Mari join..:)

Saturday, June 17, 2017

Pergilah kawin...

So sejak adik aku yg nombor 4 ni,aku panggil kokde duduk kat penang sekali aku.keje company sama tapi site lain. So apa2 buat dengan dialah. Kalau time i gi dating je dia tinggal rumah,ooops.


Dia ni peramah kot budaknye. Plus comel. So gi mana2 pun ade je laki berkenan kat dia. Bak kata mak aku, yong sombong n jual mahal, tula laki takut nak dekat. Adik aku mase keje billion, balik 10malam,ada laki ikut dari belakang otw nak balik rumah. Sejak tu hari2 ayah aku tunggu kat simpang nak masuk kampung. Tu tak masuk yang gi jalan mana2 ade je orang mintak nombor. 


Pastu adik ipar aku, ada kawan dia berkenan la kat adik aku ni. Kokde dengan dila adik aku yang da kawin ni, jenis yang ada laki pm kat facebook pun nak berkenalan. Aku rase aku penah le kot sekali dua je orang pm kat fb nak berkenalan. Yang ngerinya sorang tu laki orang, euw. Tapi adik2 aku ni ramai kot, aku pun xtanya. Sebab sampai boleh kapel lagi dengan orang dari fb. 


So kawan adik ipar aku ni cakap dengan kokde, taun depan nak masuk minang. Kokde ni tahun ni 23,so tahun depan kira cantiklah nak kawin. Tapi dia kata tak nak, satunye sebab tak kenal sangat laki ni, pastu dia takde duit nak kawin. Kete pun takde lagi. Adik aku la ye, bukan laki tu.


Aku pun ok je dia nak kawin awal, tak rase ape pun. Kalau ikutkan 3,4tahun dulu dia nak kawin pun aku ok je. Susah ade adik pompuan ni huhu. Tapi diorang dok pikir aku nak cincin emas je haha. Cukupla kes masa dila tu, tulah aku nak adik2 aku kawin cepat so tak jadi gitu dah. Ok2,marriage do not solve everything, ye faham.


Jumaat tu aku pickup dia kat hillside, nak balik kampung. Masa tu kat traffic light, aku cakap lagi kat dia. Eh baik kamu kawin je taun depan tu, sementara umo kamu tengah ade orang nak ni. Nanti dah umo macam yong susah dah. Serious,memang aku rasa susah dah nak cari jodoh sekarang ni. Walaupun lelaki2 yang aku jumpa cakap aku nampak macam umo 24,25 je. Tak taulah amik hati ke apa. Tapi takutlah family laki tu tak suka. Complicated rasa. 


Pastu dia cakap, tak nak. Duit pun takde nak kawin camne. Tak kawin pun takpe, kamu elok je tak kawin pun.walaupun simpan banyak boyfriend. Pfffft ayat last tu. Pastu aku kata la,  yong lain kome lain. Pastu dia kata, apa yg lainnya. Aku malas nak jawab huhu. 


Biasela pompuan umo macam aku, dah biasa berdikari. Walaupun dalam hati memang fikir, syoknye kalau ade orang yg take over. Tapi nak buat macam mana kan. Nak tak nak memang kena buat sendiri pun sume. Orang2 yg ada kakak abang ni lain.dia tau dia bole mintak tolong kat abang kakak. Yg anak sulung samada tanya parents or kawan2. Orang lain mungkin tak gitu, tapi adik2 I ni, I yg tolong apply sekolah, U, kerja. 


Pastu yg tak tahan kadang tu, diorang rase macam kenal sangat kakak diorang ni. Masa kes ada budak rumah kena rasuk tu, kokde cakap,kamu takut gi la naik atas. Memangla aku bukan berani sangat, tapi selama ni macamla aku ade teman yang drive 2,3,4,5 pagi tu. Aku ok je hidup takde dia pun selama ni. 


Baru ni lak, lalu parit. Aku cakap eh tangkap gambar signboard tu. Pastu dia kata, takyahla nanti orang taula kamu perak.dahla parit ni peraknye pekat. Pastu aku cakapla, apa masalahnya. Dia kata, kamu kan macam malu ngaku perak, cakap perak pun tak pekat. Aku macam eh, sejak bila lak,aku lagi kabo kat orang kot aku orang mana. Tak pernah malu eh. 


Tu belum jumpe kawan2 aku. Masa aku layan anak member, dia cakap sejak bila kamu pandai layan budak ni. Haih, aku anak sulung yg ada 7adik kot, sape lagi yg tolong mak ayah jaga adik kalau bukan I ni.


Haa, melalut teruk. 


Aku terpikir gak, aku bagi pengaruh buruk ke pasal tak kawin ni. Haha. Aku tak kawin sebab tak terbuka hati nak terima orang lain masa aku kawan dengan G dulu. Lepas G takde pun, susah gak cari jodoh sebab umo dah lanjut. Yang available semua muda 3-5tahun dari aku. I memang tak kisah (dasar mak ikan) tapi....


Haih, kawin la cepat adik2 ku sekalian. I tengah simpan duit untuk next trip nih. Hahaha.  






No comments:

Post a Comment