Mari join..:)

Friday, June 2, 2017

Birthday trip to Taiwan (Part 2)~ Hualien

So pagi tu aku gerak ke Kaohsiung main station awal gak. Dah beli tiket,masa tunggu MRT selfie kat sini, tiba2 ada orang tegur dari belakang. Dia tanya dari Padang ke. Haih, sedih.



Tapi ok la, ada geng berborak. Sepanjang dalam MRT, pastu sampai Kaohsiung main station, dia tolong tunjuk arah.Pastu offer tangkapkan gambar. Pastu ajak masuk 7 eleven cari makanan. Aku dah download google translate app sebenarnya nak tengok ingredient semua, tapi slow la offline dia. Dia kata nasi sapi boleh makan, sebab lembu kat sini halal katanya. Tapi takde stock pulak.


So dia belikan onigiri, air mineral, susu pisang, bagi kudap2,epal,teh hijau dan bermacam lagi benda satu beg. Haha speechless iols.




Takor.


Tengokla harga pisang sini.

Jagung tu nampak appealing sangat tau masa tu,

Akak tu, alah lupa dah nama. Ni lah hasilnya bila update blog lambat sangat. Sebelah kanan dia tu Pinoy.dia tanya2 kat pinoy tu pasal makanan.

Kat 7E Taiwan ni rasanya memang ada ni,sebab tu kot orang ramai.Macam2 boleh dimakan.

Mesin yang sebelah kanan tu lah,yang buat hakak pening aritu.Dia memang terletak ceruk kedai.

Then kitorang berpisah. Dia kata hari tu Ahad, dia cuti.Tapi kawan dia tak cuti. So dia nak rilek2 kill time sementara tunggu kawan dia datang petang sikit. Dia kata siap masak nasi dengan sambal la nak jamu kawan dia makan.


Turun platform. Jumpa indon lagi. Diorang tanya nak ke mana. Diorang tau cakap cina,agak meyakinkan la diorang ni, satu tren dengan aku. Tapi pastu tren kitorang dah sampai,tapi diorang cakap bukan. Aku tengok jam, tren mestila sampai beberapa minit awal, takkan sampai masa sepatutnya berlepas kan. So aku tanya pekerja situ dia cakap tu trennya. Berambat la kami. Ceh. Nasib tak kena tinggal.
Platform 5B.



Pergh cahaya keimanan!

Semua tulisan cina,tapi ada lah dia tulis nama tempat dalam roman.

Bangunan dia banyak yang gini je.

memang i tak dapat seat tepi,sedih.

Hasil dari kak Indon tadi.Banyak kan? Ada lagi selit2 bawah tu. Aku rasa kalau timbang mau 2-3kg gak.





Ni bukan beauty camera function,tapi foundation. I dont like tengok muka gini,fake sangat haha.

Petugas

Sini pun banyak je bendang


Teringat cerita "orang tua di kaki gunung" walaupun aku baca cite tu masa sekolah rendah. Masih berbekas di hati.










Masa ni dah kebuluran,so makanlah. Tapi ikan dalam tu agak spoil, I tak lalu. Lebih rela makan nasi kosong je.



Bomba hehe.











Nampak tak betapa banyaknya gambar sungai sepanjang jalan ni. Aku tengok sungai kat sini semua macam ni.




Sampai Taitung. Aku snap2 sikit pastu cari tempat duduk. Perati je diorang2 ni makan. Bau sedap,tapi sah2 la tak halal. Pastu makcik yang dok sebelah aku cakap sesuatu, bersungguh2 cakap cina dengan aku. Adoi tak faham. Last2 aku dengar perkataan "shishi",oh dia nak kencing n suruh jagakan beg rupanya hahahha. Baik makcik, gi la tunaikan hajat.


Ada 2 ekor anjing ni dok follow sorang mamat yg pegang makanan, aku punyala nak snap sampai auntie sebelah pun senyum2 je tengok. Ngeri weh anjing tu follow, buat nye dia follow aku,ngeri. Mamat tu rilek je tapi jenuh la dia gi sana sini nak elak anjing-anjing tu.



Pastu aku agak2 da nak sampai tren aku. Gerak la aku ke platform. Pastu dia tanya "nak gerak dah ke" aku rasalah, main agak je. Aku angguk n cakap Hualien. Pastu dia tanya oh g hualien (sebut macam Huarien) ke. Haa pandai2 je kan aku, main angguk je. Tapi dari nada macam tulah. Betullah orang kata, orang Taiwan memang friendly. Jadilah walaupun macam ayam dan itik je bercakap hahaha.


Naik tren ke Hualien.sampai2 tu dah petang macam nak senja. Memang lama pun. And sini gelap awal, terang pun awal. Aku terus menuju keluar dan ke information centre. Amik map (boleh kata as souvenirs haha) pastu gi stesen bas tanya pasal bas ke Taroko. Train station,info centre dan stesen bas tu dekat2 je. Terus beli tiket, dan gerak ke hostel. Aku tengok map, tak nampak pun semua landmark pada map tu di alam nyata kecuali 3 benda tadi. So aku jalan straight je dari stesen bas dan cari orang untuk ditanya.

Esok naik bas ni la kot,amik feel jap haha, macam bas dalam cite My Girl Lee Dong Wook n Lee Da Hae pun ada kan

Penat gak jalan haha,nampak tak signboard kaler hijau tu



Jauh gak aku berjalan, dan sebenarnya takla dekat sangat. Wow hostel tu memang dekat, tapi rasanya tak murah sangat macam yang aku book tu. Tanya orang,tengok semua nama jalan (ada dalam tulisan roman dan cina) tapi tak jumpa. Aku rasa nama jalan dia confusing lah. Sebab nama sama tapi ada 1,2,3 pastu dah dekat baru nampak kan nombor kat belakang tu. Tapi akhirnya yeayyyy jumpa.

Dekat dengan McD



Dasar tangan tak berseni, hahah.


Sampai2,checkin kena tulis nama,emel address, birth date dan apatah. Owner tu tanya gak I tak tau cakap cina langsung ke,haruslah tak tahu,kalau tahu I terus tegur dia cakap congcengcongceng. Pastu masa I tulis,owner tu tengok cakap eh, pastu aku cakap yeah my birthday is tomorrow. Pastu dia kata, my son's birthday also tomorrow. Aku cakap ok then we can celebrate together. Haha. Takde pun celebratenye.

Apa dia tulis ni weh? 

My katil, bilik paling murah yang aku duduk sini,menyesal tak duduk seminggu,dahla murah,siap ada basikal sewa free. Tengok toilet, eh satu tu ada paip. Nice. Lehla buat bisnes dengan bahagia HAHAHAHA.

Map cuisine yang recommended kat sini,aku tak gi satu pun haha.



Lobi hostel cun, kaler merah, i like. Naik atas, buka pintu terus nampak katil I. Ada langsir keliling katil, bagus. Tiba2 ada suara lelaki tegur.Ada orang rupanya. Nasib tak buat bukan-bukan tadi hahahahahahahaa. Friendly, dan dia orang Hong Kong. Lembut2 sikit lelakinya. Ok lah. Dia cakap dia spent 5hari kat Hualien sampai tak tau nak buat ape. Dia g situ sebab ada direct flight dari Hong Kong je, weird reason tapi biarlah,duit dia haha.Dan lepas tu dia keluar kata nak gi makan. Aku tak join sebab rasa berlengaih. Lagipun nak update IG hahahah.

My Hong Kong roommate. Malam tu ada orang lain lagi masuk selain lelaki tadi. Taklah kitorang dua je.



Malam tu I basuh baju,sebab baju interview Jumaat tu,baju hari first semua rasa banyak dah. Lagipun barang dalam limited,oops too much information. Basuh $30, dry $40. 

Thanks to Gemok, I tak payah beli adapter hahah.



So.. Happy Birthday to me :) wish kat diri sendiri je, takde orang special pun nak wish kat kite. Continue part 3 nanti.









































No comments:

Post a Comment