Mari join..:)

Wednesday, June 14, 2017

bila mak meluah perasaan... *ini post mengumpat

Macam biasa lah, I kan driver full time mak. Bila drive mak aku memang rajin meluah perasaan. Kalau time lain aku memang tak sembang sangat dengan mak aku.


So citenye camni. Aku bagi intro dulu lah. Mak aku guru besar kat sekolah KAFA kat kampung aku. Mak aku jadi ustazah kat situ dari aku kecik lah. Dia guru kelas darjah 4 kot. Ajar akhlak (demn jangan cakap pape k), jawi, sirah kot,dengan AlQuran. Sepanjang dia mengajar dia paling selalu sebut batch pak anjang aku, budak2 lahir 1985. So mak aku start jadi guru besar tak lama, lepas ustaz sorang tu diberhentikan. Masa tu ustazah pun ada 3 orang je,mak aku,ustazah Kamariah,ustazah ML(mulut longkang). Lepas ustazah kamariah pencen digantikan dengan anak ustazah ML ni. Aku tak nak sebut nama sebenar ML sebab anak dia sama sekolah Taayah dengan aku.


Ustazah ML ni aku memang benci dari masa aku darjah 2 or 3 gitulah. Family dia ni jenis tudung labuh, anak2 pun semua sekolah agama lah. Memang luaran tu perfect. Rumah takde TV,sekarang tak taulah. Aku start benci ML ni masa dia kata bapak aku,depan2 aku. Masa tu ayah aku datang jemput kitorang naik kereta, masa zaman tu tak ramailah orang kampung ada kereta. Bukan la kereta besar pun, Datsun je kot,aku pun tak sure nama kereta tu. Ayah aku jemput sebab kitorang nak balik kampung kot. Dia cakap bapak aku belagak. Dan sebab lain jugak dia tak suka ayah aku sebab dia kuat PAS,ayah aku UMNO. Aku rasa memang mostly orang kampung aku UMNO masa tu, sekarang ni je ramai dah sedar keadaan.


Lepas tu pernah aku duduk silang kaki lah kat kelas, ada budak tu cakap kat ML tu huda duduk silang kaki (aku pun tak taulah motip dia mengadu) pastu dia cakap tu cara duduk orang kaya berlagak. Like what, ko tu ustazah kot, jaga la ayat ko tu. Cakap depan budak2 kot.


Pastu kan,alang2 aku dah sakit hati aku nak lah cite. Anak dia kan masuk taayah kan. Aku dapat masuk taayah memang sebab aku dapat 2A untuk peperiksaan kemasukan,walaupun UPSR aku 3A 2B je. Aku taklah kata aku pandai kat sini, tapi memang aku masuk cara betullah. Diorang bagi surat tawaran semua dan aku masuk panggilan pertama. Panggilan kedua dan ketiga aku tak katalah rayuan eh. Tapi setau aku ade jugak yang rayuan, sebab diorang cite kat aku. Tapi pandai2 lah budaknye,UPSR 4A semua. So anak dia ni,tak dapat masuk. Dan dia memang naklah anak dia masuk jugak. Abang dia masuk Maahad gitulah. Rasanya sejak sekolah rendah lagi dah sekolah situ. So kira ML ni mintaklah tolong sape2 pergi merayu untuk anak dia masuk. So masuklah anak dia,panggilan ketiga. Satu kelas pulak dengan aku, bilik je lain. Anak dia ni baiklah juga,tapi memang sejak azali aku tak ngam dengan dia. Mungkin sebab diorang kan baik2,aku ni kuat lagho.


So pernahla aku dapat satu grup dengan anak dia ni,kelas komputer masa form1. Satu group 3 orang. Bila cikgu suruh buat apa2,diorang malu2 suruh aku yang buat. Aku part komputer ni taklah pandai, rumah pun masa form1 baru ada PC. Tapi dulu masa sekolah rendah aku rajin guna PC kat sekolah. Main game pastu cikgu siap mintak aku tolong checkkan tesis dia lagi. So diorang budak group aku ni suh aku la buat apa-apa. Pastu kan,minah ni tak puas hati sebab dia kata aku je yang conquer PC masa kelas komputer tu. Eh eh,dah orang suruh buat tak nak. Pastu kata kita yang conquer. Hantar surat layang lak tu. Aku malas nak kecoh,dulu2 aku baik,bukan jenis sound orang. So next class nye aku asyik suruh dia buat, pastu dia macam sengih2 malu kononnya. Tapi still, dok tolak2 suruh aku gak buat. Pffft sangat, habis tu yang gi hantar surat layang kat aku buat pe?


Lepas tu masa aku form 4 ke form5, adik dia masuk taayah gak. Aku tak ingat rayuan ke apa, tapi aku rasa ye jugak. Sebab ML ni sejenis rajin pergi turun naik pejabat jumpa orang itu ini. Tak silap aku semua anak2 dia dia suruh masuk taayah izzuddin pastu selagi boleh pergi merayu kalau tak dapat. Tapi dua orang tu je kot selamat masuk,aku tak amik tau dah hat yang lain2 tu.


Jadi masa taayah ada la beberapa kali dia tumpang aku balik rumah. So ayah aku hantar la sampai umah dia. Ni bukan nak ngungkit, masalahnya ML ni kata ayah aku sombong. Sebab ayah aku bukan jenis beramah mesra sangat,nak2 pulak dah tau orang tu bukan suka kita. Dan dia pun perempuan, tak kerja sekali dengan bapak aku pun, takkan tiba2 je nak mesra bagai ye tak. Sebab ayah aku dengan perempuan tempat kerja dia bolehla melawak2 jugak.Aku taulah ayah aku sebab masa Taayah kadang2 PPPNP buat event kat gym sekolah aku, ayah aku yang bawak diorang ni main netball la apa,semua perempuan. Ok je pun.


So tu hat flashback. Sekarang ni cite sekarang. Aku tak ingatlah tahun bila,dia beli kereta. Viva. So gi keje hari2 dia bawakla viva tu. Pastu lepas anak dia join keje situ,dia bagi anak dia Viva tu,dia beli Saga. So parking kat sekolah tu dengan kereta anak beranak dia jelah. Mak aku salu bawak moto je,kalau hujan ke apa baru bawak kete. So mak aku kena la parking luar takde bumbung. Kitorang memang kata, lebih dari guru besar depa ni.


Pastu mak aku,memang hari2 pergi sekolah awal, 2.30 camtu dia keluar rumah dah. Sekolah bukan jauh pun,naik moto tak sampai 5minit je. Sekolah start pukul 3. Dan mak aku memang sejenis rajin, dialah pergi tutup pagar,kunci kelas,cuci jamban,semua lah. Yang ML ni,nan hado. Mak aku dok merungut,susah nak harap dia ni buat apa-apa. Memang dia tinggal je. Ada jelah yang dia tak buat. Dia mengajar lama dah kot, takkan tak tau lagi.



Mak aku cite lagi, budak2 kat sekolah panggil ML tu senduk. Aku memang gelak gila lah, budak2 pun tak suka dia. Siap budak2 kalau time kelas ML,cakap kat mak aku ustazah tak payahla keluar,tak seronok la ML tu.Bayangkan, mak budak tu pergi zumba, hat yang perempuan saja pun bukan gi disko,dia boleh kata macam2, pastu siap boikot budak tu. Lah zumba je pun. Pastu boleh tanya kat budak2, eh mak kamu semayang ke. Gile ah,tak pernah aku jumpa manusia macam ni.


Budak2 pun,apa2 mesti cite kat mak ayah diorang.Pastu mak ayah diorang cite kat mak aku. Tapi mak aku nak buat apa,satu kampung tau dah perangai dia pun.


So dah bertahun2 lah mak aku pendam je perangai dia ni, tengokla umur aku pun dah berapa. So satu hari dah tak tahan,mak aku lepas lah. Tu pun tegur elok2, eh dia pergi cerita kat anak dia yang masuk taayah gak muda 3,4 tahun dari aku tu,ah sebut jelah nama,Kamilah tu. Member2 aku masa taayah dok puji lah si Kamilah tu comel lah apa,dia tu femes lah jugak masa taayah,masuk nasyid la apa. Yang Kamilah tu pun, pergh tak sedar diri,boleh nak pergi serang mak aku. Eh eh,mak kau yang hawau lagi nak pergi serang orang. Tapi ML ni punya muka tebal pergi jaja cite mak aku satu kampung. Kahkah, macam buka pekung sendiri je aku rasa.


Meh aku lak bukak cite pasal ko. Konon baik sangat kan, tapi anak2 siap bertumbuk dengan opah tok sendiri ape cite. benda ni lama dah, aku tak cite kat orang pun. Boleh lak dia ajar anak2 dia benci opah sendiri. Opah dia duduk satu baris dengan rumah aku. Kawan sekolah arwah opah aku. Opah aku pernah la cakap, aku kenal dia ni dari sekolah,tak pernah aku tengok perangai dia pelik2. Tapi dia, yang menantu ni leh cakap mentua sendiri gitu. Pasal tanah ke apa tah,tapi sampai sekarang lah tak berbaik. Ni mentua sakit, haram tak jenguk. Duduk satu kampung pun,kereta pun ada kan. Husband dia pun ikutttt je apa pun,yang tu pun pelik jugak tu. Aku rasa sebab apa2 hal pun memang ML tu je yang uruskan,tu yang husband dia takleh cakap apa tu.


Lagi satu cite yang aku tak sangka, rupanya anak ML yang member aku tu jadi cikgu pun ada kabel. Pakcik dia yang tolong. Tapi ada kes apa tah aritu,bergaduh pulak ML dengan ipar dia tu. Tu lah mak aku kata, dah lepas sesak dia, orang yang pernah tolong tu pun leh dia buat musuh. Mak aku kadang2 kesian kat dia sebab dia tu macam2 masalah, tapi hmmph tak payah kesianlah kat orang macam tu mak oiiii.



Aku malas nak cite kat orang sebab kesian mak aku. Berita baik start minggu ni ustazah Mulut Longkang tu dah tukar sekolah. Alhamdulillah la,rasa nak sujud syukur je. Penyelia mak aku pun lega gila. Bayangkan sampai Penyelia pun tak suka dia hahaha. Mak aku kata,biarlah bukan mak yang tukarkan dia,dia yang nak tukar. Dia tak sedar kot orang semua tak suka dia, maklumlah mulut camtu sape berani bidas dia depan2.







No comments:

Post a Comment