Mari join..:)

Sunday, May 14, 2017

Birthday trip to Taiwan (Part 1)~ Kaohsiung

So 21/4 tengah malam tu aku dah gerak ke KL. By bus. Sebab ada tebiu kat Puchong petang tu.Dah lama tak gi tebiu,tak berharap sangat pun. Just tak nak tertulis "no show" je kat status Jobstreet. Bolehkah huhu. Plan asal nak tido umah Dila,leh melawat anak-anak buah sekali,rumah dia memang dekat Puchong dah. Sekali anak-anak buahku demam,maka adik aku terpaksa tido umah mak mentua,so I terpaksa la merempat kat TBS sampai tengahari. Hambekkk.Syukurla Ecah sudi menumpangkan I malam tu,kalau tak sambungla aku merempat kat airport lak lepas tebiu huhuhu.Kak Una pun sudi menumpangkan,tapi dia nak balik Slim malam tu,dan takde transport lak dari Kajang nak ke airport.


So tanpa memanjangkan cerita, Ecah hantar aku gi KL sentral pagi tu dalam kol 4,beli roti beberapa ketul dan naik bas ke KLIA2,aku nervous sebenarnya,sebab aku takleh check in,kena pi kaunter. Risau gak tiba2 tak leh fly. Burn la tiket RM700++ tu.Tapi lega, everything's fine, dan aku ada banyak masa untuk berehat sebelum flight. Yang syoknya, tak sangka lak aku dapat hot seat,aku rasa dah habis kot seat biasa, tu yang dapat tu.Sebab aku tak bayar extra pun untuk seat selection ke apa. Pastu dia dok panggil la sape hot seat leh boarding dulu,aku buat tak tau jelah. Masa nak duduk baru pasan rupanya aku hot seat hahaha. Ceh,penat je tunggu.



Masa pergi tu maybe sebab dua malam tak cukup tido,pantang lepa je aku tido. Sambil pegang mag 360 tido,masa orang hidang makan pun aku tido,malu betul hahahha. Aku order nasi lemak Pak Nasir, memandangkan nak gi negara bukan Islam ni, kang susah makan. Flight lak delay,so aku sampai Kaohsiung dalam 2pm gitu. Nasibla aku tak kejar tren ke apa,sebab aku akan tido 1 malam kat Kaohsiung.


Sampai2 aku gi cari tandas, memang sejenis yang tak suka melawat tandas dalam tren or kapal terbang haha. Sejak dulu. Sampai airport baru kalut. Tandas kat Taiwan memang takde paip ye. Masa kat Kemboja kat airport dan tempat2 awam mostly ada paip. Even toilet kat bus company. Huhu.
Lepas tu baru selesa nak buat IG story, eh hahahah. Padahal baru beberapa hari sebelum tu mengadu bila la dapat pergi Taiwan, pastu siap ada member Honda dm. Tiba2 eh,dah sampai hahaha.


Nak pergi bandar Kaohsiung leh naik bas or MRT. MRT dia ada kat tingkat bawah, dan murah. Sebenarnya takla murah mana, $25 camtu, hehe. Dekat2 RM4. Kiranya macam tambang LRT jelah,takde la kata murah dari Malaysia. Tapi dari nek teksi kan, murah dah la ni. Tapi kan, aku bayang MRT tu kat tingkat atas haha.So naik lif gi naik atas. Tengok2 atas takde apa. Tapi ada la tulisan Welcome to Kaohsiung tu.



Tapi beli tiket MRT kat mesin kena pakai coin eh,takleh pakai duit kertas. Aku tukar duit kat TBS, sebab malas nak fikir. Aku bajet2 4500TWD, lepas kira2 semua kos. So wajiblah dapat semua duit kertas. 1000 4 keping, 100 5 keping. Memang dia tulis siap2 100 not paling kecil yang dia boleh bagi. Memang sikit kan bajet aku.Tapi wajiblah buat ATM overseas withdrawal ye. Sebab takde kad kredit katakan. Kang ada problem tinggallah ko terus kat Taiwan tu.


Walaupun kat Taiwan sebenarnya susah jugak nak cari English speaker, tapi dont worry,information counter ada di mana2 stesen. So pergi je information counter,dia akan bagi map. Lepas tu aku tanya camna nak pergi hostel aku tu (ada free wifi so boleh tunjuk emel)dan dia bagitau aku kena turun kat Sanduo shopping district station. $25. Aku cakap takde coin,dia kata takpe,leh beli kat sini je. OK setel. So dapatla I coin2.Penting nih simpan coin,nanti nak naik MRT lagi. MRT dia macam singapore je. Semua bawah tanah. Dan semua stesen MRT ada free wifi haha(penting ni!). Tak payah nak kena register.


Sampai Sanduo pening jap. Aku dah screenshot direction ke hostel, semua hostel yang aku book dalam walking distance ke MRT/train station. Tapi aku tak sure exit mana,lepas tu dari exit tu kena arah ke mana. Tengok nama jalan2 yang ada pun pening. Macam tak tally dengan map. Pusing beberapa kali gak ah. Last2 ikut gerak hati,jumpa jugak. Tapi pusing jauh gak la.Kalau tak tu 5minit je leh sampai.


Sampai2 tangkap gambar hostel dulu. Cantik,ala inggeris.Sepanjang aku dok hostel,diorang punya deco memang ala2 hipsturrrr. Kalau hotel biasa macam sama je design dia. Hostel first tu $450, leh buat kopi dan teh susu free,ada dapur leh masak, pastu leh guna PC surf internet,free kot,yang tu tak sure. Aku letak barang, pastu book tiket train kat website TRA dan pergi 7 eleven untuk ambik tiket. Sebenarnya ada lagi tempat lain boleh collect,tapi aku rasa 7 eleven la paling senang. Tapi jauh gak la jalan cari 7E tu. Haha.




Map yang di-provide

Tiket train yang di-collect di 7E. Siap ada sampul


Sekitar Kaohsiung. 

I bawak ni je jalan2, senang. 

Freeeeeeeee hahaha


Masuk2, aku gi kaunter tanya. Dia tunjuk mesin tu. Aku pun pergi,tapi semua tulisan cina! Pastu aku tanya dia, dia suruh tunggu. Memang agak ramai pun customer nak bayar. Pastu ada orang lain nak guna mesin tu,so aku bagi laluan. Dia kol siapa tah kat mesin tu,tapi cakap cina lah. Tapi rasanya bukan beli tiket tren. Aku usya je orang kaunter tu tapi dia macam sengaja buat tak nampak aku. Aku rasa dia malas ajar aku. Pastu ada sorang awek ni collect tiket HSR (ketapi laju) aku pun perati dia buat. Then aku tiru je dia. Aku agak2 je instruction tu suh masukkan booking number,passport number, pastu pilih sorang ke dua orang ke apa. Hentam je. Sambil berdoa harap2 aku tak tersalah hahah. Then keluar resit. Lepas tu awek tu pergi kaunter untuk bayar. Aku pun dengan geram pergi bayar. Pastu dia pun macam lega la kot. Tapi sebelum aku chow dia suruh check dulu tiket. Lepas tu aku cakap thank you (dengan niat perli sebab tak membantu pun) dahla buat muka ketat. Sakit hati betul.


Setel, pusing2 jap. Aku tengok dalam 7E tadi takde pun jual Maggi. Pikir2 nak makan apa lagi 5hari ni. Aku ada bawak roti, tapi sikit jelah. Capture2 sikit gambar, pastu cari balik jalan yg dekat ke MRT, then hujan rintik2. Kaohsiung ni tenang je, aku sampai tu hari Sabtu, tak sibuk sangat pun. Masih boleh melintas jalan dengan senang hati. Mungkin kawasan ni kot tak sibuk, maybe other part of Kaohsiung sibuk. Then balik hostel, buat teh hahaha.


Tu la aku suka jalan sorang. Timing sendiri, rasa tak larat jalan balik hostel jela rest. Kalau dengan member2 dapat yg suka shopping tu, hmm dapatlah ko dicop tak suka bermasyarakat sebab layan wifi dari shopping (happened to me in Lombok).


Kat hostel aku borak dengan sorang pompuan ni tengah masak dumpling. English dia bagus, orang Hong Kong rupanya. Dia offer aku makan, tapi aku cakap dah makan. Dia cakap dia datang sini kerja, dan owner hostel ni kawan dia so dia stay free je. Untunglah haha. Aku cakap nak gi Hualien lepas ni, dia cakap makanan kat sana best pastu nanti lehla cycling kat sana pusing2 town dia. Syok jugak cycling, tapi kena tengok gak traffic sana camne huhu. I ni kan penggayat sikit.


Dorm yang aku duduk malam tu semua perempuan. Siap pagi tu ada pompuan tu selamba je salin baju, terus aku pura2 tidur hahaha. Jangan anggap aku mata keranjang k, i cuma tak nak dia rasa segan je haha. Tapi diorang ni tak friendly lah. Just sorang je yang Taipei tu sembang gak dengan aku.


Pagi tu dalam kol 8 camtu lah, aku checkout. Sebelum keluar buat teh lagi hahahha. Ada 2 chinese guy kat lobby masa tu, tapi masing2 buat hal sendiri. Walaupun kat negara luar aku still tak sembang sangat dengan lelaki tak dikenali huhu. Macam kat Indochina pun diorang yang tegur aku dulu haha.


Keluar2 hostel, hujan renyai2. Lantakkan jelah. Sempat aku snap2 gak pastu jalan ke MRT.


Lubang tu je, aku tak perasan pun ada signboard ke apa menghala ke situ. 

Kat sini banyak photobooth. Tapi segan ah hahaha. 




Masa aku selfie2 ni la, tiba-tiba aku ditegur.... 


Bersambung














Monday, May 8, 2017

Akhirnya...Gshock pink aku dah habis bateri

Pagi tadi aku pakai jam macam biasa. Dalam gelap tu aku tekan kat "G" sebab nak cari gelang, tapi takde lampu. Pelik sangat. Bila dah kat tempat cerah,tengok2 dah gelap. OMG. Yup dah 3tahun 5 bulan pun pakai jam tu. Its about time gak kan. Nak2 aritu Alip buh alarm tah berapa banyak tah. Pagi bunyi banyak kali.


Gemok cakap warranty battery 5 tahun. Tapi aku tak tahu camna nak claim warranty. Resit pun macam tak de. Any suggestion korang?