Mari join..:)

Friday, April 14, 2017

Disibukkan.

I was busy since last year August. Mula2 sibuk dengan entertain guests from KL (u know who u are haha) pastu part time jobs, padahal aku da stat keja tu dari january 2016. Tapi keje nye salu masuk xbanyak.Sekali last year tu belambak chuols, nak bernafas pun rasa tersekat2. Cewah.



Just imagine la eh, I bole setel skrip 1800++ lines in one day, kadang2 2 skrip 500,800 lines a day (drama senang sikit sebenarnya). Dan ada bulan tu aku bole dapat 3k plus from that. Memang sibuk la masa tu. So lehla I beli gshock ice2 baby 1, SJcam,bawak family gi langkawi hahaha. 


Lepas tu dah slow sikit pasal tu, adik I datang keje sini. Bulan pertama tu teruk jugak la, sebab parents pun tengah takde duit,aku pun cukup2 je nak sara diri, tambah lak nak sara adik. Masa tu jugak I busy kena handle onsite. Semua kucar kacir, dan ada perasaan tak puas hati sebenarnya. Yelah, engineer kena buat keje Planner. Kadang2 rasa macam downgraded. I tak kata Planner tu keje orang bawahan,tapi well u dont need a degree to be a Planner in this company. Orang takde SPM pun jadi planner kat company aku. So u got my point?


Tapi lepas tu,bos aku, maybe dia memahami walaupun aku tak pernah cakap kat sesapa pasal ni. Dia cakap "I want u to get your hands dirty",kata maybe u can be good enough to take whole department later. Baru la I rasa motivated sikit. Well aku takdela jenis orang yang rasa mighty, engineer so nak poyo kata ni bukan kerja aku, ni tak setaraf dengan aku ke apa. I dont mind helping others, kerja operator pun aku buat je,takde masalah pun. Kita satu team kan,kalau quality tak bagus, delivery failed,semua affected kot. Tapi aku kena careful, pernah dulu aku tolong kerja operator dan bos besar nampak,cakap tak berbaloi bayar gaji u untuk buat kerja2 ni,jadi issue pulak dah. 


Tapi satu je benda yang tak buat aku happy, gaji. Hahaha, fikir umur2 gini gaji dok tang tu je, orang yg takde engineering degree tapi jadi engineer pun gaji lebey dari aku, wth betul. Pastu merungut depan aku gaji engineer sikit. Kira bersyukur la ko boleh jadi engineer. Orang yang penat2 belajar 4 tahun ni yang patut merungut. Eh luahan perasaan lak.


I have to admit, I miss someone sebenarnya. Someone I shouldnt miss. Tengok Saga BLM teringat,motor merah pun teringat. Keep reminding myself about the pain he brought me, his weaknesses, the reasons why he's not a good partner, telling myself everythings a lie, but still, we have no control on our heart. Easier said than done. Thats human. You can say all the good things like "tak payah jadi bodohlah, dia tak layak untuk kau lah, ramai lagi bagus dari dialah" no need babe, I know. I think I'm just lonely.  


Yup,memang disibukkan dengan macam2, Allah helping me to forget it.

1 comment: