Mari join..:)

Sunday, April 30, 2017

Birthday Trip to Taiwan (Intro)

So this year I've celebrated my birthday in Taiwan. Yeah, by myself.


Dah berapa tahun nak celebrate birthday dengan travel, tapi xberjaya. So tahun ni aku dapat kutu bulan 4,pastu bonus pun masuk hujung bulan 3. So elok je bonus masuk aku terus book tiket hahah.


Sebenarnya aku pernah cakap dengan someone tu, aku nak gi taiwan for honeymoon. Memandangkan aku takde sape2,so gi jelah, buat ape nak tunggu benda tak pasti ni.


Aku dah study tempat nak gi agak lama, tak ramai melayu gi taiwan, kalau gi pun mostly gi taipei. Aku tak suka gi bandar2 sebenarnya, so I skip taipei. Aku book flight pergi balik KL-Kaohsiung-KL. Tak beritahu sesiapa. Even my family. Till the very end.


Then memandangkan nak jalan jauh, awal bulan ni aku bawak mak dan adik2 gi gold coast morib dulu. Lebih kurang bodek jugak, sayangnya ayah tak leh cuti. Kalau tak leh kira percutian anniversary dorang jugak. Letih tapi worth it la kot.


Persediaan ke taiwan. Hmm, baca blog, dan paling penting, tengok currency. Dulu just buang 0 kt blkg, tapi sekarang bahagi 7. Lebih kurang la. Dan tengok weather. Sebab taiwan ada musim typhoon macam Philippines jugak, kang tak pasal je. Ramai orang recommend untuk gi taiwan bulan 4-5 sebab cuaca cantik.


Apa yang best taiwan? Nature. Banyak national park. Aku takla pencinta nature sangat, tapi bolehla. Much much love dari shopping. So tu reason yang kukuh untuk gi taiwan, sebab kerajaan taiwan memang jaga national park diorang. Dan sekarang memang dorang ada tahun melawat taiwan ke apa, tak sure.


Aku fikir jugak, kalau cuti sape nak buat keje aku, macam mana kokde nak gi keje. Tapi bila lagi nak selfish. Kilang aku takkan tutup sebab aku takde je. Kokde boleh naik uber or grab car. Bukan jauh pun hillside dengan rumah kami. Tiap2 tahun aku celeb besday dengan family, so apa salahnya tahun ni aku jalan. So... 22 april selamat la aku ke Kaohsiung Taiwan. Details aku cite nanti dalam part2 seterusnya ye. ✌

1 comment: