Mari join..:)

Wednesday, January 18, 2017

Jarang nak tunjuk.

Ai ni sejenis yang susah nak tunjuk concern.Tanya la family aku ke,bestfriend aku ke.Memang jenis tak pernah nak jiwang bagai. Typical Malay kan,ke tak?haha. Sebab kadang2 kat facebook aku tengok macam bestfriend buat ayat sweet2 bagai kat pasangan memasing. I macam tak pernah. Selalu wasap je,weh happy birthday! gitu. For me,action speaks louder than word gitu. Haha adoi.


So yang sebenarnya nak cite,ayah aku tak berapa sihat kebelakangan ni. Dari keturunan sudah mewarisi kencing manis dan darah tinggi. Kencing manis ni detected since 2009,aku ingat sebab masa tu aku praktikal,dok kat umah makteh aku kat Klang. Mak aku macam biasa,bekalkan makanan suh bagi kat mak teh. Pastu pakteh cakap,haa dah kencing manis ni buat pulak kuih manis2. huhu no comment.


So baru2 ni lah,dalam bulan lepas. Adik aku update status FB,cakap ayah tak sihat.Terus aku wasap dia.Masa tu aku kerja. Adik aku cakap ayah aku ada tanda2 strok. I terus ketar tangan rasa masa tu. Yelah,ayah kot.Dahla I baru kehilangan jugak kan few months before. Hmm. Masa tu baru lepas kenduri Ana,kan aku balik Sabtu petang ke Taiping,so terus balik Penang.Ayah aku kena hari Isnin or Selasa tu. Bayangkanlah. Down jugak rasa. Pastu ape2 aku tanya adik aku Dila tulah,kebetulan dia ada kat kampung seminggu. Mak aku memang jenis tak cite.Hmm. Aku bayang teruk jugak la,sebab katanya air liur terkeluar2,cakap ada telo,cuma tak sampai lumpuh.


Khamis tu lak,adik aku kata diorang pergi Mydin shopping barang sekolah. Tiap tahun company ayah aku memang bagi baucar Mydin kat pekerja untuk beli barang sekolah. Aku macam confused,ayah aku ni sihat ke tak.Pastu cite kat member aku pun,dia pun cakap "hahaa..macam tak sakit sangat je tu" tapi still,bukan ayah aku yang drive pun.Khamis adik aku Apis tu memang cuti,so dia yang drive diorang. Hmm.


Weekend tu aku tak balik, kan dah overspend langkawi bagai,pastu memang member aku pun datang Penang.Aku dah janji dengan dia sebulan sebelum,ayah pun adik aku kata dah ok sikit,yang utamanya bukan sebab2 tu.Aku yang tak kuat nak tengok ayah sakit. Bayangkanlah,kitorang 8 beradik memang ayah ye yang jadi nurse tiap kali kitorang sakit. Pastu bila dia yang sakit? Mestilah terasa kan.Sobssss.


Seminggu lepas tu,ayah wasap tanya balik tak minggu tu. Aku memang reluctant nak balik sebenarnya,betul2 rasa tak kuat lagi.Pastu member cakap,baliklaaa,family first.Ok sentap iols huhu. Kebetulan bos bagi semua orang balik awal,kol 3, so kol 3 ai terus balik rumah pack beg dan shoot balik rumah. Tapi sempat la aku singgah Ipoh ajak cousin aku lepak dulu baru balik. Haha.Dasar sangat.


Sampai rumah,tengok ayah takde.Aku ingat dia ada dalam bilik tido ke. Sebab aku sampai umah pun dah lepas isyak.Pastu aku masuk bilik la apa,keluar2 tengok ayah baru balik masjid. Ok lega. Ayah sihat la maknanya boleh pergi masjid.Mak aku cakap ayah dah much better lepas urut beberapa hari sebelum tu.Tapi ayah memang tak drive dah sejak hari tu.


Pastu,31hb tu dua pupu aku kawin kat KL. So aku bawak la mak aku pergi,pagi tu ada perjumpaan keluarga belah mak,balik tu siap2 gi KL,malam tu lak aku ada BBQ kat Pantai remis dengan member2 Irau haritu. Ayah aku tak nak gi,dia gi dengan Apis je terus ke rumah opah yang dekat Pantai Remis tu. Hmm dia kata ada masalah kencing sekarang. Susah control so kalau boleh tak nak jalan sangat.


Bila keluar bawak ayah,bila nak bangun dia akan berpaut kat tempat pemegang tu baru bangun. Mak aku selalu akan pegang ayah aku,aku lak salu tanya je,boleh ke yah(tak turun).Ayah aku akan cakap bolehhhh. T____T


Pastu Ahad petang baru ni aku bawak ayah hantar Alip balik asrama. Anak manja ayah Alip ni,so tiap kali hantar ayah mesti ada atau ikut. Semua orang tau dah haha. Ayah aku nak taip mesej,nak hantar nombor kawan dia pada kawan sorang lagi. Tapi tak reti.Alip pulak tak tahu guna Sony katanya. So aku tolongla buat kan. Pastu dia nak taip apatah.Tapi tak boleh2. Last2 dia geram cakap hmppph.Aku tanya kenapa,sebab kita bawak laju ke.Dia kata susah betul nak taip.Aku kata,biasala jari gemuk,huruf tu kecik(bukan menganjing) Pastu dia kata,bukan.Sebab tangan ni dok ketar.Aku lagi sekali T________T


Malam tu,kitorang makan2. Pastu mak aku cakap,tengok mata ayah yang hitam tu ada garis. Baru la aku tau,rupanya mata ayah kena libas dengan daun sawit. Pastu teringat,semalamnya ayah ada meracun keliling umah.Maybe kena masa tu.Aku cakap,jomla gi hospital.Ayah kata nak gi esok,so aku pun cancel tak jadi balik Penang esoknya. Doktor bubuh ubat,jadi hijau mata ayah.Kitorang sempat gelak2,cakap ayah mata German. Siap aku tangkap gambar ayah buh caption "this pirate name Zulkifli"huhu. Makcik pakcik pun ada komen kata kenapa ayah sibuk nak buat kerja anak dah besar2 pun.Hmm.


Pastu Selasa ayah kena gi lagi sekali ke hospital.Tapi mak aku kena gi sekolah adik aku sebab ada majlis akujanji.So aku kata takpela,aku tambah cuti lagi sehari. So berdua je gi hospital,adik aku Saadah bawak mak aku.Apis takleh cuti. Takpela aku tak kisah pun.Kalau aku balik,nanti ada pape doktor cakap ke,bukan mak aku nak bagitau pun. Alhamdulillah tak de apa,tapi Khamis kena gi lagi sekali.


Balik dari hospital,ayah cakap nak gi pasar beli ayam la ikan la pisang la.Pastu singgah makan. Jumpa sepupu dia. Ayah aku ni kan spesies dengan anak2 bukan la nak cite sangat.Tapi dengan orang dia bercerita.So aku pun dengar la. Dia cakap "aku bukannya strok pun kiranya. tapi sebab aku tak jaga makan,tu yang leh kena tu." Sambil tu aku usya je pakcik sepupu aku tu minum teh tarik. Sepupu ayah tu badan boleh tahan jugak beso.Siap ayah aku cakap macam tong. Haha adoi. Ni la lelaki,dah sakit baru nak beringat. Eh bukan pompuan pun sama ke?Huhu.


Malam semalam hujan.Ayah sorang2 gi masjid,bawak Kelisa tu.Takla risau sangat sebab auto.Tapi dahla hujan,ayah pun tak berapa nampak.Risau jugak.Mak aku siap asyik tengok2 jam sebab ayah macam lambat je balik.Hmm.


Harini aku dah stat keje. Risau jugak lama sangat EL. Tapi family first kan.Lantakkan jelah. Kalau dia bising sangat aku cari jela kerja lain.


Hmm,apa ni. Ayat tah pape. Anyway korang doakan ayah aku ek.





No comments:

Post a Comment