Mari join..:)

Tuesday, December 13, 2016

Kenduri Farhana aka Juwita (sebelah perempuan)

Macam first story pasal wedding member kot di-post di sini. huhu.


So Jumaat tu Bab cakap dia takleh datang rumah Ana untuk sesi berinai malam tu, sebab dia hantar uniform pengapit dia tu ke dobi pastu malam tu baru leh amik. So aku balik keje direct la ke Slim River rumah Ana. Sampai2 aku konpius rumah dia yang mana,walaupun nampak khemah dan Shrek Ana (myvi dia kaler ijau) tapi macam takde orang je. Ada majlis ke tak ni? Telefon dia tak angkat pulak.


Sudahnye, aku dok bawah khemah sambil merenung nasib. Cewah. Lapor pun boleh tahan jugak masa tu sebab last aku makan masa lunch,makan KFC je lak tu. Sambil2 tu berdoa kot2 ada nasi malam tu,haha.*tak malu



Pastu Ana kol aku cakap dia tengah mandi sebab tu tak tengok fon,anak2 buah dia jemput aku masuk dalam rumah sambil tanya,"akak ni yang tolong buat inai mak ngah ek". I was like,uuu rasa nak sayang ketat2 anak2 buah Ana sebab panggil I akak k. I kan kawan mak ngah diorang,so basically I taraf2 auntie jelah bagi diorang. Ana nyampah je bila aku cite pasal diorang panggil akak tu hahahah.


Inai dua belah tangan RM10 je. I amik kaler merah sebab tak suka kaler maroon. Lagipun buatpe nak tahan lama sangat kan,bukan I yang pengantin hahah. *Eh nampak putih tangan I dalam gambar ni haha.


Ni tangan pengantin.

Dah kering tu aku gi kropeh2 inai tu,pastu nak buang tu gi la basuh tangan sekali. Pastu tengok eh okey je,aku pun basuh la banyak sikit (malas nak kropeh dah) sudahnye warna dia pudar haha padan muka aku. Tapi cantik kan kaler dia.

Kasi matching sikit dengan jam I.

Malam tu kawan2 Ana pun datang, 3 orang. I macam biasa la,suka buat macam dah kenal lama haha. Malam tu siap melepak dengan diorang kat Mamak. Tengah malam makan nasi kandaq,so not me, tapi memang dah kebuluran masa tu sebab dah 1 pagi pun. Habis makan lepak2 jap terus shoot balik rumah. Sampai rumah 3 pagi, kena kol adik2 suh bukak pintu hahaha.


3/12/2016

Sabtu tu Ana nikah,malam. So petang tu aku ajak Alip pergi temankan aku. Dalam kol 6 gerak dari umah.


Tunggu pengantin mekap.




Haa ada dulang boys and dulang girls tau.Meriah sangat chuols.

Lighting pelamin malap sikit.



Cntik kan.dulang pun rare.











Eh terlebih sudah. Ana selamat dinikahkan dengan sekali lafaz. Cewah. Malam tu kol 1 lebih jugak sampai rumah.Konon bawak Alip sebab nak suh dia drive separuh,sekali dia tido sepanjang jalan.Hmphh.



4/12/2016

Hari ni kenduri. Aku agak malas nak datang sebenarnya.Letih lagipun besoknya aku n family nak trip pulak kan. Tapi sebab ramai member Taayah datang,so jomlah. Leh jumpa semua.

Kitorang semua single ladies, Yehaaa

Aniss cuba mencelah

Hamboi cikgu ni kemahennn





Pengapit laki ni hot sebenarnya,kitorang dok padankan dia dengan Bab sebab2 sama pengapit kan huhu.








Sian Nana hahah.


Ok Nana masuk dah.


Hamboi Ecah posing

 



Pengapit hot chuolssss.






Ex-Taayah gak,Maslin. Lama tak jumpa.

 








Redha jelah eh banyak gambar hahahah. Gambar selfie kitorang kalah dengan pengantin. Macam sibuk reunion,bukan kenduri.








No comments:

Post a Comment