Mari join..:)

Friday, December 16, 2016

Family Trip ke Langkawi 5~8 December 2016

Gituh. Rasanya tak pernah kot satu family jalan jejauh. Selalu kalau ada family trip jauh2 biasanya semua adik beradik mak, Pak long yang ketua. Last trip kami Melaka kot,yang kaki aku sakit gila tu sebab jem #tragedi


Aku dah lama nak bawak family jalan2,kebetulan ada rezeki lebih bulan ni, lehla I bawak diorang jenjalan. Yang pernah pergi Langkawi ayah,aku,cousin,dengan adik 2 orang. Mak tak pernah gi.


Motip letak muka sendiri awal2? Dahla pakai B612 haha.


5/12/2016

So hari kejadian tu... 3.30 aku bangun,malam tu tak berapa nak boleh tido pun. Agak dalam 3 jam plus je aku tido. Letih letih. Hari sebelumnya aku dari umah ana dalam 6.30pm. Malam tu aku setel kerja apa yang patut so leh bercuti dengan tenang.Huhu

Konvoi 2 kete,bagi ayah dok depan,tak nampak jalan katanya. Dah sampai Penang baru I lead #kakakkawasan hahaha


Sampai Sungai Dua dalam 7 lebih adik aku yg co-pilot tu dok ngadu lapor. So singgahla Hentian Sungai Muda sat. Mak 2.30 pagi dah bangun,masak nasi,sambal telur rebus,pisang goreng. So lehla kami makan huhu.


Keluar Tol Pendang sebab nak pickup cousin aku Manja,dia dok rumah Tok dia untuk cuti sekolah ni,sebab mak dia pergi umrah. Alang2 bawak sekali gi bercuti. Good decision sebenarnya hehe,lagi meriah percutian kami. Dari rumah tok tu tak sampai setengah jam sampai ke jeti.


Aku dah beli tiket feri kol 11 pagi siap2. Total semua dalam RM180 gitu sehala. Parking macam biasa la,RM10 sehari,parking sebelah sekolah rendah tu. Sebab dua kereta,dia bagi diskaun. RM50 je chuols,patutnya RM80. Aku syak dia salah kira huhu.





Cubaan wefie tak berjaya.


Sampai2 jeti dalam kol 1 gak la,kol orang kete sewa. Kami amik Avanza untuk 3 hari ni,RM150 semalam.  


Nape I kat depan?Sebab I drebar huhuhu. Nasib auto,so just kena control stereng jela. Tapi tak syok bila naik bukit.Pickup tak kuat. Terus rindu mybieber I yang manual itu.





Bawak my toy ni sekali- SJ6 legend je,tak mampu gopro

Amik Avanza terus gi isi minyak RM50. And menuju ke homestay terus. Sampai homestay rilek2 jap, makan nasi pagi tadi tu,and masak maggi hahah. Semua lapar. 


Petang sikit aku dengan Ayah pergi shopping barang dapur sikit,pastu dekat senja baru gi beli tomyam untuk dinner. First night tu rilek je kat homestay. Malam tu sempat mesej member ex-Taayah yang memang stay Langkawi,aku mintak dia bookkan pakej island hopping untuk 8 orang, total RM270. Sharing boat. Malas dah aku nak kuar gi cari pakej apa haha.

Ni our homestay,area Temoyong,bukan tourist area,tapi ok la ada washing machine semua. RM380 for 2 nights,ada 2 bilik. Ada dapur n peti ais jugak. Leh masak.Astro pun ada.


6/12/2016

Aktiviti pertama, Island Hopping. Bole nampak kan,yang tinggi tu cousin aku sebab ketinggiannya. Hahha. Tinggi dia dalam 170 gitu. Baru form 4. Demn tercabar iols.



Seperti biasa,cuba wefie tapi I syok sendiri T_T







Sebenarnya I baru makan Twisties masa tangkap gambar ni.Tu yang comot.Demn baru pasan hahaah.

Adik bongsu pompuan I,baru form 2. Yg belakang tu abaikan. Ni semua tunggu bot ni.

Beg Hypergear beli kat Bab *pomot jap, kedai dia nama Extremax Outdoor ada kat IOI Putrajaya n Mydin Pulau Sebang




Adik yang pemalu sangat,tak nak mandi kat tempat yang ramai orang.Ngade2 dia ni.Waktu bercuti ni keje dia pau I je. 



Cubaan nak selfie dengan signboard belakang tu tak berjaya.Demn.Dahla panas gila masa ni.


Balik tu singgah beli makanan area homestay dan makan kat rumah. Rilek jap,siap2 petang tu gi cable car.Ayah aku cakap nak naik,gi la.Tapi aku malas.Hahah. Orang ramai gila,dengan panas lagi. Pastu diorang pernah naik cable car dah pun kat Genting,so tak ralat sangat la kan. #sedapkanhati haha. Singgah nak naik kuda kononnya.Tapi adik cakap mahal sangat,tak baloi. So gi la Telaga Tujuh.


Nak naik dah,pastu takut haus n lapar kononnya.Gi la beli jagung n coconut shake.Tak da sign warning pun pasal monyet mungkin merampas makanan.Sekali ada monyet datang dekat so lari la ikut jalan lagi satu.Ada jugak. Pastu tengok monyet tu dah jauh sikit. Try naik lagi.Sekali kena terkam chuols dengan monyet. Terus ai lepaskan je jagung tu.Nasib dah makan separuh haha. Sudahnye kite tangkap gambar sini jela.Hakak pun tak larat nak naik bukit tu sebenarnya haha.




Dah frust tu,ajak Alip jomla masuk kete je. Sekali nampak Adik turun sorang2.Tanya dia kenapa,dia cakap jatuh dalam air terjun.Tapi tak nampak basah pun. Dia kata sikit je.Pastu dia nampak ada kedai runcit jual aiskrim.

Mak ngan ayah last sekali turun.Kitorang dari dalam kete dah jadi paparazzi haha. Malam tu I start nak sakit gigi.Demn.Spoil gila. Pastu letih punye pasal,tido kat sofa, 4 pagi baru Isyak dan masuk bilik huhu.


7/12/2016


Pagi ni nak checkout. Tido kat Kuah pulak. Mula2 ingat nak pergi rumah Cik Na,baru patah balik dan checkout.Sebab dia dok Pulapol tu je,kira tak jauh la kan. Tapi tak dapat dihubungi so kemas jela siap2 barang. Cik Na ni dulu masa aku kat Unimas dia kol aku,abang dia dapat tahu aku dapat Unimas.So dia kol la aku ajak aku datang rumah dia bila2.Masa tu laki dia keja trainer kat Pulapol Kuching. Aku dahla tak kenal dia ni sebenarnya,haha. Sebab dia adik angkat ayah aku.Arwah ayah dia cikgu sekolah ayah aku,amik ayah aku jadi anak angkat. Husband and wife orang Pulau Besar Kg Gajah. Tapi pernah la aku tido umah dia 2 kali masa kat Sarawak dulu.Masa aku konvo, dia nak pindah Langkawi dah.Panjang lebor nye cite haha.



So tangkap la gambar homestay dulu before checkout haha.



Mak ayah macam honeymoon.

Ni bilik kami bertiga pompuan yang besar2. Dalam almari ada toto lebih.

Ni bilik mak ayah dengan adik aku 3 orang. Mulanya katanya 3 bilik.So aku ingat cukupla.Nasib baik ada toto. Dua2 bilik ada aircon.


Toilet.





Selfie jugak sebelum bertolak.haha.Sambil tunggu tuan rumah cek rumah. So jom ke Beras Terbakar.






Adik aku test spec baru.Ceh






Sakit gigi so apa pun tak boleh haha. 




Mak ai buat duck face ke tuh.


Then ke Makam Mahsuri.


Ala lupa lak harga tiket. Tapi ayah mak dengan Adik je masuk.Kitorang malas haha. Dalam RM32 rasanya 3 orang. Dewasa RM12 kanak-kanak RM8 ke RM6.





Setel,kita ke Wildlife Park,Kuah. Haa ini highlight kita.

Sementara aku dengan ayah pergi parking,diorang pergi berurut. Haha, parking tak la jauh pun. Cuma sebab kete panjang kan,I neves sikit nak parking haha. Nasib baikla sepanjang percutian ni,dapat parking yang tak susah je.Kalau kat Penang or KL harus I surrender awal.


Beli tiket. Dewasa RM24, warga emas & kanak-kanak RM16. Yang masuk aku,ayah,Izzah,Manja,Alip,Adik. Mak aku dengan adik aku Saadah tu tak larat jalan so diorang dok luar je. Ceh. Pastu beli makanan haiwan 1 pack RM6. Ni optional je tapi kalau tak beli memang rugi. Sebab itulah keseronokannya. Hehe.














Ada penerangan jugak.



Adik excited. 



Muka orang sakit gigi.














Setiap haiwan makanan dia lain2,dia ada tulis kat sangkar tu.Dalam pack makanan tu memang ada macam2 jenis macam dedak,sayur.
















Pastu ada satu sangkar yang ada burung2.








Tapi ada limit pengunjung yang dibenarkan masuk pada satu2 masa.Takut burung takut kot.


Keluar2 jumpa sang merak ni.


Tak faham,bulu dia rosak ke camne.



Sang kancil.









Tiba-tiba ada slot barang kemas. Lega sebab sini ada aircon hehe.Walaupun redup tapi ada bahang la juga.











Eh boleh pegang burung helang!





Punya excited la budak kecik ni.




Alip pun nak juge.


Burung enggang.




Ayah macam takut je haha. Ada petugas yang tolong tangkapkan ni.









Muka orang sakit gigi haha. I banyak duduk je. 

















Adik cakap nak pegang nak pegang.















Arnab pun ada,leh masuk kandang dia pegang2.

Mengeram dalam pasu k.huhu.








Sedih je rupa dia ni. Kitorang pun kesian tengok dia.

Habis tu,ada kedai sebelum keluar. Lehla beli coklat kat situ.Kitorang compare,harga dia lebih murah dari HIG.


Setel,jom gi beli tiket feri dan checkin Baron Waterfront. Hotel ni aku dok masa pergi dengan Shidah n kawan dia tahun lepas. Ok selesa dan murah. Lagipun last day nak shopping sajor. Dalam 1km plus dari jeti. Tapi dalam description cakap 5min jalan kaki.Tertipu sangat. Tapi ok la still dekat. Tapi ada tragedi. Waze la tempat tu,sekali dia bawak pergi area Makam Mahsuri.Tak pasal je pusing2. Kalau tak cukup je minyak RM50 sampai balik haha.


Sebelum tu isi perut dulu. Tak sempat tangkap gambar apa,lapar dah. Haha.


Dapat bilik 406 & 407. Ingat tingkat 4.Sekali naik atas takde dah lepas tingkat 2 tu.Rupanya bangunan sebelah lobi tu.Haha. Penat je naik tangga. RM70 satu bilik, deposit RM50. 

Ni bilik kitorang pompuan. Satu je prob,nak charge fon jauh haha. Setel,I sempat tidor.Petang tu mak ajak gi HIG.



Shopping tak tahulah berapa ratus habis kat sini. I beli coklat je,mak beli periuk ajaib kat Dila. Pastu tah apatah lagi. Balik dari HIG gi pasar malam dekat area Baron Waterfront tu. 

Budak ni biasala,mintak lego. Ai pun suka dia buat benda ni,biar otak jalan.



Malam tu tanya nak makan tak,ayah kata malas. Kat pasar malam kitorang beli kebab je 3 ketul.Pastu dah balik bilik,lapor pulak. So pergi keluar jap kedai depan tu.

Ni gosip,Manja tanya aku, Yong ni bila nak kawin. Umo 25 dah kan. Hahaha. Tq sebab ingat I 25 haha. 

Dah siap brick dia. Dia sibuk nak tido dengan kitorang malam tu. Sebenarnya kalau kat rumah pun kalau aku balik memang dia tido dengan aku huhu.


Hotel tu tepi laut kot,tambak sebenarnya kawasan tu. Ada lak bangunan ni.Cantik ke?




Dari semalam dia nak slurpee. 








Sibuk je Adik nak enterprem tangan dia.











Bosan.sempat la aku tido dalam setengah jam kot. Ada rasa mabuk sikit tengah2 tu sebab dok ngadap fon buat kerja.

Aku bangun tido adik kata nak kencing,so sempat la capture.



Sampai. Bye Langkawi. Till then.



2 comments:

  1. comelnya kdin! ok alip nampak kacak.. betapa spek hitam ni memainkan peranan yg besar juga ya.

    ReplyDelete
  2. Hahahaha.tengokla kakak dia.kahkah.

    ReplyDelete