Mari join..:)

Friday, November 4, 2016

Terakhir.

Salam...dah lama aku tak meroyan di sini. Mohon jangan buka kalau rasa yang post ni akan buat korang menyampah. Mungkin ada yang kata,kalau tak nak orang tahu,tulislah dalam diari. Memandangkan aku ni pelupa,kalau tulis diari pun orang akan jumpa dan baca. So lupakan saja. Aku takde sape pun untuk meluahkan sekarang,takde yang sanggup mendengar,atau aku takut dihakimi. Since this is one off, aku rasa blog adalah tempat terbaik untuk cite dan mungkin dijadikan bahan ketawa aku beberapa tahun lagi...Mungkin ini juga jawapan pada status facebook aku minggu lepas. Harap ia habis di sini,mohon jangan pm aku untuk bertanya ye,sape yang ada nombor aku tu huhu.pls.


Watak yang korang dah kenal...Gemok.


Aku ada satu harapan,berkahwin dengan first love. Sebab aku tak mudah untuk bercinta. Aku tak mahu cuba-cuba,dan end up gagal,dan cuba lagi. Ya, aku loser like that. Tak tau nak describe diri camne dah.

Walaupun I ni tak la hot mana,ramai pertikaikan penampilan I yang terlalu biasa ni,I sedar tapi I tak nak berubah sebab orang suruh,ada juga la few episodes yang orang confess kat aku. Masa matrik,2 orang,tapi aku rasa diorang test saja,sebab sorang tu,I pernah breakfast dengan dia sekali,ada girlfriend sebaik saja habis matrik,dan sorang lagi tu rupanya ada girlfriend masa dia kawan dengan aku tapi gaduh ke camne tah. Yang kes kedua tu aku tahu few years later. Camne pun I tetap rasa jengkel sebab ada satu tempoh dia macam meroyan cakap suka kat aku,tapi lepas tu aku tau dia ada hubungan dengan perempuan lain masa tu. Aku tau dia bukan playboy,dah selamat kawin pun skrg, cuma tulah,I ni apa??? Nasib tak couple kan masa tu. Sebab I takde perasaan kat dia. Tapi ok la,dia teman aku sembang hari2 masa matrik,dari 8,9malam sampai nak tidur. Tanpa jemu. Dan ada je topik.


Then masa U ada coursemate I iban dia confess kat aku,tapi dah berbeza agama bagai,aku pun tak berkenan sangat,n aku tak rasa dia serius pun sebab dah berapa tahun sekelas kan. Aku rasa laki yang jenis cakap dalam kelas "miss,ini bini saya" tu tentulah bukan serius huhuhu.


Masuk alam pekerjaan,kerja pertama di Shah Alam.I ada crush je masa tu. I pun kerja 2minggu saja,dan pindah Penang. Di Penanglah segalanya bermula.... (btw I memang suka Penang dari kecik,so bukan sebab sesiapa I pilih tempat ni)


I kenal dia lepas sebulan I kerja kat honda. Masa training. Kitorang sembang panjang,siap dia tanya pasal family aku. Dan aku rasa senang sekali. Aku jenis tak suka orang tak kenal tiba-tiba banyak2,tapi ni aku layan je. Satu hari jugak la. Pastu dua atau tiga hri lepas tu ke,dia ada add aku kat facebook. Dn mesej aku nombor dia. So satu petang tu,kami kerja syif petang masuk 3.30. I mesej dia tapi tak bagitau sape. Dia terus tanya huda ke? Aku cakap tak huhu. Tapi lepas tu dia tau sebab I panggil dia bieber. Dan dia cakap happy sebab aku mesej jugak.


Lepas tu hari2 dia akan wish morning,n mesej setiap kali time dia rehat. Bila fon berbunyi,aku tengok jam,memang time dia rehat. Kali pertama keluar? Masa ambik kereta. Aku beli kereta bulan 5 2011,dalm masa 2minggu segala urusan beli setel.Tapi aku tak cekap drive,so aku mintak dia tolong. Walaupun aku baik dengan dia masa tu,sebenarnya aku tak bagitau dia pun aku nak beli kete.Dia tau dari orang lain. Gossip ke apa memang travel fast di kilang yang majoritinya pekerja lelaki tu.


One day dia confess..time tu aku nak balik kerja. Aku masih ingat masa tu,perasaan tu,tempat tu.....Dan yang buat akh berbunga2,aku rasa kami seiras. Ok mungkin pandangan aku saja.


Then sebab tu la kereta I tu nama mybieber.


Then ada masa tu I kena pergi pindah duduk Penang,air itam. Jauh dari dia,dan aku pun ada jiwa kacau masa tu. Tak ingat sangat punca,tapi aku sedih dan cakap aku ni menyusahkan semua orang je keje. Pastu macam dia menjauh,sampaila satu hari,kat facebook ada gambar dia dengan sorang pompuan....terjawablah segala tanda tanya dan rasa yang aku rasa selama ni,confirm.Aku masih ingat..masa tu I kena bekerja sebab stock take.hari minggu.beberapa orang saje keje.


Aku tak tau nak rasa apa,rupanya dia buaya...


Tapi aku terus kawan dengan dia. Tak taulah buta hati ke apa,aku tau korang akan kata aku bodoh,takpe,cakap je,sebab yang pernah cakap aku bodoh tu pun pernah bodoh dalam cinta,tapi untunglah dia dah kawin sekarang,aku pun tak bukak cerita dia kat orang,so aku harap dia pun tutup mulut jugak.


Sepanjang 5tahun 5bulan aku kawan dengan dia,ada 2orang lelaki confess kat aku. I bukan nak cakap I hot k,tapi sorang tu dah ada anak pun.sorang lagi baru kawin 2minggu lepas huhu. Tu point aku. Dia baru kawin haha. Dan adik2 aku ejek sebab ex bf katanya.Padahal kawan sekola rendah je. Dorang tak tau pasal confess tu huhu. Dengan bab je kot aku cite. Harap dia tak cakap padan muka kat aku huhu. Dah bukan jodoh kan.


Aku pernah jumpa dengan salah seorang gf dia,student,cantik. Dia tidur kat rumah aku 1malam dan aku sembang dengan dia sampai 4pagi. Banyak benda yang aku tau,aku ni agak ignorance,malas nak ambik peduli sangat benda2 kecil,so walaupun aku nampak gambar dulu tu,aku takde pun nak ergi gaduh ke pergi selidik ke apa. Oh btw ni bukan orang dalam gambar tu. Yang gambar tu pun cantik jugak.


Then aku putuskan untuk jadi kawan je. Sebab dia rajin layan aku sembang. Aku tak ramai kawan,so aku seronok bila aku leh mintak pendapat tentang apa saja tanpa malu. Macam tanya soakan bodoh2 sikit kan.Tanya je huhu.

Sampailah dia dah putus dengan dua2 orang tu,dia jumpa seorang pompuan ni,seksi. Jenis pakai singlet n seluar pendek keluar,tapi orang kampung je sebenarnya. Orang kedah. Dia tanya pendapat aku,dan cakap,takut nak kawan sebab seksi.


Tapi do my opinion matters? Masa ni aku tau,walaupun aku ada ja,dia tak pernah consider aku as pasangan dia,cuma kawan je. Dn dia memang banyak berubah lepas kenal pompuan ni. Bukan jadi teruk ke apa. Dia jadi berterus terang pasal hubungan dia. Aku pernah pergi hatyai dengan keluarga Gemok,masa ni dia layan tak layan aku,cuma sebab family Gemok ajak aku,so pergi jugak la. Memang aku rasa jauh sangat dengan dia masa ni. Then balik tu Gemok letak gambar kami semua kat wechat,dan pompuan tu marah. As a result,Gemok macam merotan dan tak nak cakap dengan aku. Ok,dia marah aku sebab pompuan tu,dan aku ke yang salah? Bukan aku yg letak gambar tu kat public.

Aku ni bodoh,sekali lagi,sebab aku baik dengan family dia. Tak senang hati tengok mak dia berniaga sorang2,jadi setiap hari lepas balik kerja aku akan tolong mak dia. Aku sibuk macam mana pun aku singgah,kadang2 sementara nak pergi tuisyen tu aku singgah dulu. Masa tu dia kadang2 ada,kadang2 tak. Aku tahu dia dengan pompuan tu,tapi aku redha je.

Tau ape aku fikir?

Ya,mungkin dia tak pandang apa yang aku buat,takkan hargai,tapi aku nak belajar jadi yang terbaik untuk pasangan aku nanti.Macam dalam cite Im sorry I love u..mula2 derita,lepas tu jumpa orang yg sayang dia.Laki tu suka kat dia sebab tengok cinta pompuan tu pada hero sorang lagi. Oh lupa,dulu2 aku pernah buat istikharah,dan aku nampak mak dia,tu yang aku teruskan je. Aku bodoh? Ya....


Keputusan paling besar,aku pergi KL. Dorang kat group taayah cakap aku bodoh,dia tak peduli kat aku pun,move on please etc. Ya aku agak move on masa tu,macam tak kisah pun bila dia tak mesej. Tapi sebenarnya dia yang pengaruh aku jadi backpackers masa aku nak gi bandung dulu. Dan aku terus sampai sekarang...


Dia memang pengaruh aku banyak benda,kitorang pernah jual helmet,main emas,macam2. Dia memang family bisnes2 ni,aku tak. So banyak gakla aku belajar dari dia.

Mak dia panggil aku anak angkat. Sape2 tanya pun dia cakap anak angkat. Aku sedar...dari mula lagi.Mak dia tak nak aku berharap pada anak dia.



Sampai satu hari..oh sebelum aku pergi KL lagi.2013 kot.Tak lama lepas diorang kawan. Dia bawak perempuan tu datang gerai. Aku nampak dari jauh.Tapi aku teruskan dan buat tak tau. Masa tu badan aku gigil,tangan aku pun gigil,tak sangka mak dia perasan tu dan warning anak dia awal2 jangan bagi harapan pada aku. Ya,dia tak pernah bagi harapan pada aku.aku baru tau tadi,tak sangka sebenarnya. Tapi aku tau,mak dia pernah cakap dengan aku,cari laki yang baik dan ada masa depan. Tapi aku tak sanggup kecewakan dia, jadi aku terus di situ...bodohkan?


Kakak2 dan abang2 dia pernah cakap dengan dia,hang nak apa lagi,jaga anak pun pandai,belajar tinggi kerja bagus. Tapi cinta kan tak pandang semua tu...I know.


Dia pernah datang rumah aku jugak,dan mak dan opah aku kenal dia. Mak aku memang berharap dengan dia,tapi aku tak cakap apa2.even mak dia dan keluarga makcik dia pun pernah datang. Tapi bukan minang ke apa. Jalan2...


Banyak kali sebenarnya, pompuan tu stalk fb aku. Sampai aku block dia akhirnya. Dan dia dah menang pun sekarang,aku memang tak pernah nak bersaing dengan dia pun. Sebab aku yang kawan dengan Gemok dulu,aku pun bukan nak rampas dia. Aku tahu kedudukan aku. Aku tahu mana2 perempuan akan benci dengan ayat aku ni,tapi percayalah,korang takkan tahu sampaila korang berada di situ.Aku pun baru faham dalam tempoh kawan dengan dia ni.



So few months back,dia tiba2 cakap dia nak kawin. Masa tu aku tersentak. Rasa macam terjaga dari mimpi yang panjang. Aku tahu hari ni akan tiba,tapi tetap sedih. Kebetulan masa tu Ecah nak datang Penang,so aku control emosi aku tambah2 masa tu sibuk sebab aku drive sepanjang hari.Tak sempat nak emo.


Lepas beberapa hari tu dia cakap mana ada dia nak kawin. Aku lega,sampai la last week. Dia cakap nak kawin masa cuti deepavali. Kat johor. Aku tau sepupu dia nak kawin,sepupu dia dok johor. Tapi sebab dia senyap lepas tu,aku agak percaya. Tapi banyak benda yang tak kena,so aku takin dia belum kawin lagi.


Tapi harini...dia tunjuk borang nikah dia. Aku cam tandatangan tu,dia punya. Aku tau ianya dah hampir berakhir. Orang mungkin cakap aku perempuan jahat,ye aku sedih sebab dia nak kawin,tapi aku tak pernah nak rampas dia. Serius,aku memang tak impikan untuk kawin dengan dia,kecuali kalau dia tiada siapa2 lagi dah. Itu memang harapan aku. Serius,aku tak pernah sedia nak kawin,tak belajar masak,tak cari sijil kursus kawin yang entah mana tu. Ye memang. Aku tak macam perempuan yang pergi serang2,atau sabotaj hubungan orang,aku cuma di sini,menangis sendiri.


Aku tak tau dia ikhlas atau tak,dia cakap dia paling sedih nak kecewakan aku,sebab aku yang paling sayang dia. Takpelah, husnuzzon saja. Lagipun aku memang sayang dia pun. Tapi aku ikhlas,aku nak dia bahagia sampai bila2 dengan perempuan yang dia pilih. Walaupun ada yang doakan buruk2 untuk dia,aku tak nak. Aku ikhlas walaupun dia akhirnya tak kawin dengan aku. Sedih,ya,rasa bazir 5tahun aku,tapi semuanya takdir kan. Aku belum nampak hikmahnya,dan aku masih meroyan. Dia pun ada beberapa kali cakap dengan aku,adakah kita akan jadi macam shah rukh khan dengan kajol dalam kuch2 hota hai. Tapi aku sedih,sebab jadi pilihan kedua. Kalau boleh aku nak orang yang betul2 sayang aku seorang saja lepas ni.


Aku tak mampu nak cite pada sape2,aku tak rasa ade orang sudi dengar cite panjang lebar ni. Even kawan baik pun,aku tak mampu. Aku cuma cerita kat seseorang,tapi dia sibuk nak christmas pfffft.Tapi tak sangka dia layan jugak sikit2. Bolehla dari takde. Kawan2 yang huhahuha selama ni dengan aku,aku cuma menyepi. Dia Amoy tu tengah hepi nak kawin,dan asyik cakap pasal persediaan kawin kat grup,so aku tak nak spoil hepiness dia walaupun dia ada pm aku tanya kenapa aku menyepi je kat grup. Aku perlu masa nak bertenang.


Kat grup taayah ada orang tanya pasal status aku tu,tapi aku cakap takde apa2. Nanti ada orang akan beraksi ceramah aku kat group. Cakap memang senang. Sampai malam ni aku masih cuba aktiff dan huhahuha macam kebiasaan aku kat grup taayah,tapi sebenarnya aku menangis sambil taip............takpe, aku yang cari masalah kan. Lagipun bukan aku sorang je yang tau sedih. Time orang lain sedih pun aku tak tau. I tak blame sape2 pun key. I bukan budak2 huhu.


I'll be ok in time, I know,cuma perlu masa yang agak lama. Even kawan baik yang sama jantina dengan kita pun kita akan sedih bila dia nak kawin kan,walaupun kita bukan cintakan dia. Aku tak tau aku akan jumpa best friend lain tak nanti. Its all I need, a bestfriend who loves me. Aku rasa tak semua husband pun boleh jadi kawan baik isteri. Tapi aku nak tu je, dia kaya ke miskin,semua tu bisa diatur.


Sekali lagi,jangan mesej aku pasal apa yang aku tulis. Cerita sini habis sini. I cuma nak meluahkan,dah takde tempat lagi dan I rasa nak gila pendam ni.











No comments:

Post a Comment