Mari join..:)

Friday, November 11, 2016

I am okay now.

Terjumpa satu quote ni kat facebook.


"Bila orang tak pedulikan kita,jalan saja. Bila orang tak menghargai,usah peduli lagi. Jangan serik beri manfaat,Allah tahu apa yang kita niat. Dalam doa selitkan tentang dia,moga Allah lindungi semua.


Hmmm Alhamdulillah,bila aku fikir semua air mata aku,apa yang aku lalui selama ni,aku rasa aku dah much much much better than last 3 weeks.


Kita saja yang betul-betul boleh gembirakan diri sendiri, jangan expect orang lain to care for you. Belajar mencintai diri sendiri dulu. InsyaAllah kita akan lebih bahagia. Kita sedih ke apa,orang lain pun ada masa sedih juga. Tak semestinya kita sentiasa ada untuk mereka kan.


Aku banyak fikir dari bright side of it. Contoh,kalau aku jadi dengan dia,mungkin aku takkan gembira dalam persekitaran family dia. Macam cara diorang bercakap macam tu. Or kalau aku dengan dia,mampu ke aku bersabar untuk 20,30 tahun lagi. Aku tak pasti walaupun aku dah bersabar 5 tahun pun,dalam sehari tu bukan 24jam ai mengadap dia pun. So manalah tau kan...


Walaupun begitu,aku cuba sibukkan diri jugak. Tak duduk diam. Tu lah translation ni datang tepat pada masanya. Dah habis nanti tak taulah camne. Mungkin aku akan cari boyfriendssss untuk keep me busy hahahaha. (Satgi kena tarbiah huhu) Ramai orang sekeliling aku yang sedang bersedih,ada 2 kawan baru bercerai,ada yang baru break jugak,dan they keep themselves busy dengan hiking dan travel, one of the reason aku start hiking and travel sebab ni jugak. Every weekend aku sanggup pergi mana2 supaya aku tak dok sorang2. Macam last week aku pergi KL tu. Aku tak tidur hampir 24jam,sebab bila aku tidur aku selalu terganggu hmm. Samada mimpikan perempuan tu(actually dah few months aku asyik mimpikan dia,dalam mimpi aku pun aku takleh rasa happy)atau tiba-tiba terjaga tengah malam dan rasa sedih. So sekarang ni aku tidur 3jam pun ok dah,asalkan tak terjaga tengah malam tu dan merapu gitu.


Aku sedang mencari hikmah tersembunyi di sebalik kejadian. Apa yang aku jumpa sekarang,at least aku lebih menghargai diri sendiri dari sebelumnya. That's a good thing. So I am okay now,no need to stand on ceremony dengan aku hehe. I tetap udez yang dulu :)










 

No comments:

Post a Comment