Mari join..:)

Tuesday, November 15, 2016

Hilang harapan pastu pulih semula.

Cerita sedih lagi.Hahahha. Aku ada letak status FB few weeks ago, kalau orang yang kita cintai akan berkahwin,apa korang nak buat?


Dan memang berderetlah komen dan like. So antara yang komen tu,aku panggil dia abang aku. Sebab dulu kitorang ala2 bestfren.Kenal dari masa SPM. Dia la tolong aku buat myspace and friendster dulu. Haha. Dulu2 kala boleh sembang lama2 sampai tidur. Bukan gayut la.Mesej je.Dulu kan mana ada Whatsapp. Memang mesej biasa jela. Tapi dia dah kawin,haha korang jangan gosip ai lak ek.


Komen dia "Tulah ko lambat." Aku memang tak reply komen2 kat status tu. Cuma aku perasan, budak2 Honda yang tau pasal aku ngan dia,tak like or komen status tu. Padahal biasanya muka tu memang ada ja like or komen. So aku pm jela abang aku tu kat whatsapp. Nak tau apa maksud dia. 3,4 minggu baru nak tanya kan. Dia pun tak ingat dia ada komen haha.



Masa tu aku baru balik keje,singgah KFC. Biasala,lone ranger makan sorang.Kalau Shikin kerja pagi je aku ada geng nak makan. Sambil makan tu mesej dia. Dia cakap la,aku terlambat sangat. Kalau aku muda sikit,chance aku masih tinggi. Masa tu aku terus tersentak. Yelah,selama ni aku kawan ngan orang tu. aku tak fikir pun pasal umur aku yang meningkat tua. Tak kisah pun kalau semua orang nak kawin ke apa. Dan akhirnya aku 28 dan ditinggalkan. Sedangkan dia kawin ngan orang yang muda dari dia.Hmmm. Malang jadi perempuan.



Few conclusion jugak aku dapat, jangan cari orang yang lebih muda.


Jangan cari orang yang rendah dari kita. Rendah ni maksud aku dari segi pelajaran dan kerjaya.

Seriously,aku memang tak kisah sebelum ni,aku tau kepayahan dia semua,aku dah fikir,I'm not that naive come on,dah tua kot,tapi just tak kisah. Sebab aku dah biasa susah macam2,aku kan banyak lonely sejak dari asrama,anak sulung lak tu,banyak benda tanggung sendiri, aku tau camne pun boleh diselesaikan asal ada kemahuan tu dan yang penting Allah ada. Buat ape nak takut.


Tapi...lelaki mungkin tak fikir macam tu. Diorang nak rasa berkuasa, so camne pun diorang prefer orang yang rendah dari diorang. Ala contoh paling senang,kawan2 engineer lelaki aku semua cari perempuan yang course biasa2 je untuk buat awek or bini. Diorang tak cari orang sama course. Sebab tu lah bila orang tanya,nape tak cari orang satu course.Haa tengok balik kat atas tu sebab dia.


Then..jangan berkorban selagi belum masanya. Serius,walaupun aku rasa ikhlas dan aku lega aku dah buat yang terbaik (supaya aku takkan menyesal kemudian hari) still ada rasa menyesal tu. Contoh,aku pernah pagi raya haji,balik penang sebab dia masuk hospital.Then balik kampung balik. Ko tak rasa gila buat camtu. By the way,dia dan family dia pun banyak tolong aku. Dan aku fikir,kalau diorang takde pun susah jugak aku dulu. Ni la masalah perempuan,dia selalu ingat kebaikan orang yang dia sayang. Hmmm. Sebab tu susah nak move on.



So aku memang down la pasal umo tu.Patut ke aku ambik anak angkat kalau tak kawin jugak umo 30 ke atas nanti. Macam2 la. Macam air sungai je semua fikiran tu.


Dan ayat yang asyik terngiang-ngiang dalam fikiran aku, "teruk sangat ke aku ni". Even aku bangun tidur,ayat tu yang kuar dulu. Sampai rasa takut nak bangun hmmm. Dan aku kena fikir untuk control perasaan,sebab tak elok kan menangis bila baru bangun tidur. Macam tak syukur nikmat.


Hmmmm. Sebenarnya ada cite yang buat aku lupa jap kesedihan aku malam tadi.Tapi dah tak de mood nak menaip.








No comments:

Post a Comment