Mari join..:)

Tuesday, November 8, 2016

Cerita Last weekend.

Sabtu aku ada training ISO 9001:2015. Memandangkan wajib, dan dapat sijil,no reason la untuk tak pergi kan. Start 9am sampai 5 petang. Jenuh la nak tunggu habis. Masa dah ujung2 tu aku dah terlelap pun huhuhu.


Amoy buat makan2 sabtu malam tu. Memandangkan 12hb aku ada training 2nd day untuk ISO,sebelum tu aku dah janji dengan diorang nak pi Ganu sekali sebenarnya,ada kawan kitorang buat event. So sebab dah terpaksa mungkir janji,takpela,habis training,I shoot KL terus. Lagipun aku memang PERLU keluar dari penang minggu lepas tu. Tak kira la ke mana.



Habis training sempat ambik barang kak Liza and the gang kat rumah diorang sebab kak Liza nak amik kete dia kat Ipoh,so sampai tol jambatan kedua pun dah kol 6 petang. Kol 7.10 sampai tol Jelapang,drop diorang dan terus shoot ke KL.


Aku nak gi amik kawan kat Kota Damansara dulu, sampai Rawang aku singgah toilet jap,punya ramai kat RNR Tg malim terpaksala aku menahan rasa haha. Dari rawang aku rasa dalam setengah jam sampai la kot tempat kawan aku tu,eh sekali tengok2 tak sampai 20minit dah sampai. Aku mesej Amoy siap2 kat rawang yang aku maybe sampai 10++ haha.


Aku segan sikit orang tak pernah jumpa kan,so mula2 tu awkward la sikit dengan Maico haha. Pastu ok je sebab dia banyak cakap.English aku agak berkarat so bantai jela hahahah. Aku pasang waze siap2,tapi sesat jugak kejap,pastu dia kata "Its ok,thats the beauty of road trip..getting lost" pffft dia perli aku ke apa. Since dia takleh drive,lagipun tak silap aku kat Philippines diorang drive belah kiri,so memang aku la drive sampai Cheras.



Muka letih oiii huhu

Maico ni kurus gila dari gambar. Aku rasa aku kena migrate jugak kalau nak kurus haha.


Ni la Maico. Sebab dia la aku taip blog dalam English hari tu haha.Sebab dia nak baca.



Dia suka gila kambing grilled tu. Mula2 dia cakap dengan aku malu la,kenyang la.Sekali dia tibai 2 pinggan kambing. Pinoy sebut kambing tu kambing jugak. Aku tak la suka sangat kambing,tambah lak kambing tu lembik2,I kalau rangup2 I like hehe. So I makan setengah pinggan dengan bihun sup je. Amoy taruhkan aku nasi dagang tapi sudahnye kenyang,tak makan pun haha.


Nasib Amoy memang layan je aku bawak kawan ni. Sebab kitorang nanti nak trip sama2.Aku takut Maico segan dengan diorang nanti. Haha,so ok la gak kitorang borak. Aku tanya la Amoy,tempat lepak area situ kat mana. Maklumla dulu I dok KL pun kat hostel,so mana ada jalan malam2 sangat.Paling lambat balik 10.30. Tu pun dah cuak takut takleh masuk.


So kitorang gi Bukit Ampang pulak. Maico ni dia tak jalan sangat area KL. So ok la,aku pun tak pernah gi gak.

Test Oppo F1s baru I haha.



Nampak macam 2 couple di belakang,I solo pffft. Belah kiri aku Sky dengan pakwe dia. Amoy tak habis2 show off Gshock dia haha.


Lepas lepak jap,tak minum pun,kan baru lepas makan je. So pergi hot spring lak rendam kaki. Kami je ada kat situ,n tak payah bayar pun.Tempat dia open je. Aku rasa macam malas nak balik,padahal aku ni dahla dari 8pagi berjaga,tu sampai 3-4 pagi tak nak balik jugak huhu. 


Sudahnya dah hantar diorang balik,aku cakap nak balik kampung terus. Amoy suh tidur rumah dia,tapi malas lak nak patah balik Cheras lepas hantar Maico.So aku ingat nak tidur RNR Tg malim je. Sampai dah kol 6pagi,aku dah mengelewor2 bawak kete,terlelap. Pastu belum 7 pagi aku dah bangun cis. Bangun2 terus balik kampung. Buat kerja,dah janji dengan Yellow nak hantar kol 12 tengahari. Pastu sudahnye Isnin I MC hahahaha. K tu je cite weekend. Takde motip pun.





No comments:

Post a Comment