Mari join..:)

Monday, November 14, 2016

Bila mood tengah sedih pastu dengar lagu sedih.

Lagu cinta time sedih memang tak in. Buat orang tambah sedih je. Aku masa mula2 tu dengar lagu sedih terus tukar lagu bahagia2. Pastu dah namanya perasaan berbolak balik,sedih balik,dengar balik la lagu sedih2 tu,dengar lagu bahagia terus tukar hahahaha. 4-5 tahun lepas masa kerja Honda pun aku masih ingat playlist lagu sedihnya. Masa tu aku dengan Yazid member depan meja aku la,dok ulang playlist tu.Tapi dia tengah bahagia masa tu,haha.Aku sorang je jiwa kacau. 


Selain lagu segalanya by Haqiem Rusli aritu,lagu ni pun bikin ai sedih. Semua orang tahu dia frust dulu kan. Tapi membujang sampai tua?Hmmm I macam tak mampu je,I pun nak anak gebu gebu penghibur hati. Kebahagiaan seorang emak kan,lain dari kebahagiaan seorang isteri. Maybe I should consider amik anak angkat hmm. Nak dapat anak kandung entah bila,I tau orang akan cakap,ada jodoh ada la. Tapi ai tak nak tunggu je, Usia makin meningkat,ai nak baby huhuhu. Anak Dila pun dah balik KL,takde dah baby nak buat main2.


K la nak layan lagu Anuar Zain. I tak maksudkan lirik dia ni,I nak dia bahagia sampai bila2,I taklah sekejam tu nak tengok dia derita. Cuma dengar lagu ni rasa sedih terus.Feeling dia sampai ke hujung hati. Tengok orang yang kita tak bahagia,kita yang lebih sedih nanti. Sebab tu I tak nak jadi perempuan jahat yang dalam drama2 tu,kerja nak rosakkan hubungan orang lain.



Biarlah tiada pesan dan janji 
Biar tiada kau di sisi 
Aku mengerti 

Seterdaya semampuku 
Kucoba menunggu 
Biarlah lompang hatiku ini 
Mengharap pulang kau yang pergi 

Kembalilah kepadaku 
Tika punah mimpi-mimpimu 
Kembalilah di saat perlu 
Episod-episod duka, biar berlalu

Biarlah waktu ini 
Kau bebas berlari
Jika tersasar hilang arahmu 
Pulang ke pangkal ku menunggu 

Kembalilah kepadaku 
Tika punah mimpi-mimpimu 
Kembalilah di saat perlu 
Episod-episod duka, biar berlalu 

Biar sementara ini 
Tiada terisi kekosongan hati 
Diriku air tenang mengalir tuju muara 
Andainya memang takdir, berakhir, kuredha 

Kembalilah kepadaku 
Tika punah mimpi-mimpimu 
Kembalilah di saat perlu 
Episod-episod duka

Kembalilah kepadaku 
Tika punah mimpi-mimpimu
Kembalilah di saat perlu 
Episod-episod duka oh biar berlalu 

Oh 

2 comments:

  1. Lagu ni sebenarnya lebih kurang je dengan lagu, Pesanan buat kekasih - Spring. tapi zaman je la yang lain. ahaha~

    ReplyDelete
  2. Tolongla..i xminat ameng.Lagu tu yg mana? Yg "sewaktu kau melangkah..meninggalkan diriku..sebaknya rasa di dalam dadaku." Eh nak nyanyi habis ke ni haha

    ReplyDelete