Mari join..:)

Thursday, October 6, 2016

Indochina Solo Trip Overland Udez: Intro & Tips

Lama tak bersiaran, I berada di luar negara sebenarnya. For about 10 days je pun. Southeast asia dah hampir siap aku jejaki, tinggal Philippines, Myanmar dan Timor Leste je lagi. Tapi Timor Leste tu I nak skip je boleh? Mahal gila k flight dia huhu, macam baik pergi New Zealand je harganya. Baru flight,belum lain2 lagi.


Route aku camni: 


Penang-KL-Phnom Penh (Kemboja)-Kampong Cham(Kemboja)-Phnom Penh(Kemboja)-Ho Chi Minh (Vietnam)-Phnom Penh(Kemboja)-Poipet/Aranyaprathet (Border Kemboja/Thailand)-Nakhon Ratchasima (Thailand)-Udon Thani (Thailand)-Nong Khai (Thailand)- Vientiane(Laos)-Nong Khai (Thailand)-Bangkok (Thailand)-Hatyai (Thailand)-Padang Besar (Perlis)-Penang


Semua ni ambil masa 10 hari, dan pernah aku tak mandi 30jam++ haha. Dah namanya overland, dah tentulah duduk dalam bas/train lamaaaaaaaaa. Tu pun aku skip train Vietnam. Rancangan asal aku nak naik train Vietnam dari selatan ke utara, 33jam then ke Vientiane, Laos 20jam. Tapi sebab 6jam bas dari Phnom Penh ke Ho Chi Minh pun rasa letih dah, so I tukar, pusing balik naik bas ikut Phnom Penh dan cross dari Thailand untuk ke Vientiane.


Bajet? Aku rasa dalam RM1400 campur tiket flight RM150 dari Penang-KL-Phnom Penh tu. Patutnya dalam RM1000 je. Tapi bajet lari haha. Biasa la. Plus kena tipu lagi.


Tempat target aku di Indochina is cultural, samada architecture, gaya hidup setempat, atau tengok batu bak kata Nad. Apa2 yang I rasa unik, mall aku masuk kat Bangkok je. Tu pun sebab Bab dan Zai shopping untuk kedai diorang. Ikutkan sebenarnya plan di Bangkok aku nak gi Kanchanaburi dan Maeklong Railway Market je. 


Makanan? Ya, ada jugak makanan halal. Tapi jauh jugak dari hotel aku duduk,so pernah la aku order room service macam roti, pastu aku bawak roti dan Maggi dari Malaysia. Pernah makan luar tu ada la dalam 4 kali. Serius, aku macam tak lapar je kat sana. Bukan sebab tak lapar, tapi bila fikir makanan halal susah nak jumpa, pastu letih kot jalan banyak. Tu yang rasa tak berapa selera nak makan. Padahal kat Malaysia aku kena makan kurang2 3kali sehari. huhu.


Memandangkan ada yang tanya2 pasal solo trip I ni. Camne nak buat,tak bosan ke bla3. Aku tambah kat sini jela ek. Kalau buat entri baru macam poyo lak haha,padahal noob je.


1. Study,study dan study.

2-3 bulan sebelum aku dah study. Nak pergi mana, kat tempat tu nak buat apa,nak pergi tempat tu macam mana, berapa jam perjalanan,kos perjalanan, nak dok mana.


Nak pergi mana - aku nak try semua negara,tapi pilih few tempat je. Contoh macam Vietnam, ada tempat peringatan perang, pantai2 yang cantik, tapi sebab I seorang,n sebenarnya tak berapa minat dengan Vietnam,tak tau nape, so betul2 pergi sana,tidur, beli kopi,balik hahah. Laos pun, aku tau Luang Prabang tu cantik,tapi nak pergi sorang macam tak berapa feel je.Kalau honeymoon ok la kan hahaha. So sudahnya aku pergi Vientiane je. Plus masa pun suntuk, ada sorang BBMer ni pompuan,buat solo trip 2 bulan k gi Indochina. Hebat,bajetnye 2k je dia cakap.


Nak buat apa- tangkap gambar jelah hahahaha, sambil belajar sikit2, experience is the best teacher katakan, lagipun kalau tak tengok tempat orang,just dengar cite je, cerita tu kadang2 tak betul pun. Apa yang aku rasa, aku lebih bersyukur dengan kehidupan aku,bila lihat kesusahan orang kat tempat yang aku gi.


Nak pergi macam mana - Transport yang ada. Macam tuktuk,bas,train,moto taxi ke apa. Kena tau,tapi aku gi tempat yang town,so takde masalah.Kalau aku masuk ceruk2 tu mungkin la kena risau takut stranded kan hahaha. Aku kan bajet,so masa naik tuktuk tu kadang2 berkira la jugak kalau mahal, pastu bila fikir,Cambodia kan susah,ramai yang cari makan guna tuktuk/cyclo/moto, so kalau ada bajet lebih tu janganlah berkira sangat dengan diorang. By the way,ada tuktuk muslim yang aku jumpa kat page BBM,kalau korang nak gi sana bolehla cari dia.


Kos- of course la kena cari yang murah, paling murah sekali. Tapi kena compare jugak dengan masa. Tengok mana yang berbaloi k.


Nak dok mana- selalu backpacker ni main redah je. Tapi aku malas nak redah,especially masa kat Nong Khai tu,nyesal jugak sebab tak cari awal2,kalau tak bolehla dapat murah lagi. Paling murah aku dapat $3 kat PP, paling mahal Nong Khai la hehe.


2. Kumpul keberanian.


Buat je,tak yah pikir banyak hahahahah. Aku pun dah sampai PP baru kumpul keberanian tu.


2 tips je,yang paling penting KENA STUDY. Kalau rasa malas nak study g amik pakej jela,berlambak orang buat huhuhu.











No comments:

Post a Comment