Mari join..:)

Friday, October 7, 2016

Indochina Solo Trip Overland Part 1: Phnom Penh,Kemboja

Ok Part 1 fuh...


So a few months back, aku terus book tiket ke Phnom Penh. Aku mulanya target bulan 10, terus sambung Deepavali cadangnya. Siap buat alert kat Skyscanner lagi untuk tarikh tu. Pastu rasa macam lambat sangat, so aku terus book 24/9. RM150 untuk tiket Penang-KL-Phnom Penh,pergi sahaja. Bolehla, takdela murah sangat. Beli pun bukan masa promo.


Aku tak bising2 pun nak pergi. Yang tau cuma Ecah,Awanis dengan Bab dan Zai. Ada la sebut2 nak pergi Kemboja kat orang lain tapi cakap2 je. Sebabnya, aku pun tak konpiden nak buat. Serius,sampai aku nak naik flight pun aku dok tanya,betul ke nak pergi ni.

23/9/2016

Tragedi bermula masa nak pergi airport. Takde orang nak hantar! Haha, tu la ceghodik bebenor. Bukan nak cari awal2. Sudahnya mesej Arina dan Wa, dua2 tak free. Arina suggest aku guna Grabcar. Ok la jugak,RM7 je dari umah aku ke airport. Dekat je, dalam 3km. Kalau taxi kena caj RM24 camtu. Gila.


Masa gi airport sembang2 dengan pakcik drebar tu,dia buat full time. Pastu dia tanya,pergi sorang ke. Macam mengembara je tengok saiz beg tu haha. Memang besar, I bawak beg 50L dengan handbag. Beg aku memang besar. Aku bajet baju sehari sehelai, dengan makanan lagi,pastu tak bawak seluar pendek sebab nanti dok mixed dorm, takkan nak pakai seluar pendek. Bawak tracksuit je sehelai,jeans 3. Sebenarnya bawak 2 pun cukup je. Tapi biasa la pompuan, takut tak cukup baju kan.


Barang yang aku bawak antaranya:

Baju lengan pendek 3 helai,
inner 2
cardigan 1
Baju lengan panjang 4 helai
Jeans 3
Tracksuit 1
Maggi hot cup 3
Chipsmore kecik 2
Snackbar 2
Roti gardenia dalam 5-6 camtu
Ubat antiseptik
Bandage
SJ5000
Universal charger
Baju hujan
Tudung 3-4helai
Botol air- hilang kat dorm,aku syak cleaner buang
Sweater 2 helai- 1 tak tau hilang kat mana,sampai dorm baru perasan takda sobssss.
Tuala microfiber murah2 (motip nak declare murah haha)
Serkup 2
Selipar 1 je, tak bawak kasut
Beg oren Honda (boleh lipat kecik2)


Bawak duit USD145. Aktifkan CIMB international withdrawal siap2.


Flight dari Penang 11.20 camtu, sampai KL tengah malam. Sampai KLIA2 aku cari port nak caj fon. Tak sempat nak caj semua, dengan SJcam pun berjaya caj separuh je. Kat port tu try nak tidur tapi dengar orang jalan kat tepi2 aku, memang I tak boleh tidur. Tunggu jela sampai pagi. Flight 6.30 camtu




24/9/2016

Dalam 5 lebih I masuk balai berlepas, cari surau. Sebab masa suntuk,kang tak sempat nak Subuh. Sampai surau, rilek2 jap pastu ada 3 orang gadis masuk. So tak jadi la aku nak tido. Tunggu jela subuh. Dah nak masuk tempat menunggu baru tanya salah seorang diorang. Diorang nak gi Bandung. Best jugak kan jalan ramai-ramai huhu. Tapi Bandung selalunya orang shopping hmm. Lagipun I kan dah gi huhu.


Masa nak masuk plane, aku tengok semua muka Kemboja je dalam flight tu. Semua balik kampung kot. Sebelah tempat duduk aku pun Kemboja, ada anak dalam 1 tahun lebih. Sebab ada budak sebelah aku, kerap jugak la pramugara datang tanya2 kat mak budak tu. *cuci mata jap* Aku duduk tepi tingkap,memang bahagia sebab boleh lentok2 tidur.


Tapi tak lama pun, ada la sejam kot aku tido, perjalanan dekat 2 jam. Masa kat Kemboja dan seluruh Indochina lewat sejam dari Malaysia. No worries, set je time kat my Gshock pilih BKK (Bangkok) time huhu.


Sampai2 aku blur jap. Ok takpe, lepas imigresen gi toilet dulu. Ok ada paip, lega. Pastu dah ehem2 eh tak keluar pulak air ni! Aku dah kalut. Pergi bilik air sebelah ok ada air. Pfffft. Kurang asam betul.


Keluar2 dari balai ketibaan tu aku blur jap. Tengok orang tunggu2 kat depan tu. Pastu aku pikir memang nak naik bas, sebab murah. 1500 riel or RM1.50 gitu je. Tapi pastu aku macam hmm, letih pulak. Naik jela tuktuk. Ada orang datang kat aku, bole cakap English, tanya nak naik tuktuk tak. Pastu dia panggil kawan dia,hensem. Bole cakap Melayu tapi slang2 Kemboja la. Tanya aku nak pergi mana semua. Aku tengok muka dia terbayang Firman Ebrahim, watak dalam I love you stupid. Haha.


So naik jela tuktuk tu. Aku cakap nak murah2 je,hantar sampai Central Market. $6.  Konon2 nanti sampai Central Market aku nak naik bas ke gi Tuol Sleng or terus guesthouse. Sekali sampai Central Market aku pusing punya pusing tak jumpa pun bus stop. Pastu kan, tuktuk,motor taxi ke cyclo ke, memang melambak kat situ selain penjual2. So setiap kali diorang tengok muka aku diorang akan tegur,aku rasa diorang tanya nak naik dengan diorang tak. Masalahnya semua cakap Kemboja. Aku tak faham so aku jalan je ignore haha. Pastu last nya aku berhenti dan fikir. tanya orang kat mana bus diorang cakap jalan terus tapi aku tak jumpa jugak. Nak lintas jalan aku takut tengok kenderaan bersimpang siur area Central Market tu. Betul2 central market tu,aku rasa dia macam tengah2 pekan betul.
Atas tuktuk

Tak faham nape dia berenti tepi lak.





Sesak k


Eh ada RHB, pondok ATM banyak macam ni kat sini

Signboard pertama yang aku nampak

 Parking atas sideway camni je, pemanduan sebelah kanan macam Eropah


Di mana2 ada moto Honda, dan moto Honda Dream 125 ni yang aku nampak paling banyak sekali sepanjang kat Kemboja. *proud ex-employee of Honda haha

Ko rasa? Tak ngeri tengok trafik dia?



Roti ni banyak dijual seluruh Kemboja, ada di mana-mana. Keras, macam biskut lutut. Nanti aku cite aku makan kat mana


So sudahnya, aku tanya tuktuk. Kat mana Street 13,tempat hostel aku tu. Tak larat dah nak pikul beg,lagipun aku tak buat roaming. Sekurang-kurangnya leh cari wifi dulu kalau balik hostel. So satu cyclo ni mula2 dia tak faham,pastu dia kata dia tahu. Dia mintak $2. Ok la aku rasa kan. Malas dah nak fikir, lagipun letih sebab tak tido semalam kan.

Central Market, malas nak selfie, muka macam apa dah



Tapi pastu, cyclo ni asyik la berenti tanya orang. 13 tu aku rasa diorang sebut macam "ta pai" gitu, so aku dapat agak dia tanya jalan. Last2 jumpa. Jauh jugak dia berbasikal, dia mintak tambah $1 lagi, tapi sebab aku geram,aku tak bagi. Sebabnya ikut peta memang dekat je #13 dengan central market tu. Pastu dah tak tau nak jugak cakap tau. So bukan salah aku la dia kena mengayuh jauh kan huhu.

Gelapnya wajah pakcik cyclo huhu


Sampai Street 13 tu,belum betul2 depan guesthouse pulak tu, aku nampak Jalan 13 tu aku dah lega dah, malas dah aku nak kena tipu,diberi harapan palsu. So aku kena mencari pulak la. Nasib dekat papan tanda kedai ada tulis nombor lot dan jalan. Pastu eh,sampai2 aku tengok,apasal macam rumah cina je ni. Dia dalam rumah kedai tapi aku nampak apek2 tengah rilek2 gitu. Takkan hostel camni.


Tanya dia, dia tak faham English. Aku tunjuk screenshot alamat hostel tu, dia panggil anak dia. Anak dia cakap aku kena jalan dalam 3 block lagi straight je. Dia cakap ni memang no.59 street 13, tapi macam kawasan lain. Mana la aku tau kan. Ingatkan asal jalan 13 jadi la.


Ok aku pun jalan lagi dalam 3 block, sampai la habis rumah kedai, jumpa Pejabat Pos. Aik, pelik dah ni. Aku jalan lagi, dah lebih 3 blok pun. Sampai jumpa Negro sorang ni,aku berenti tanya. Confirm dia tau English kan. Pastu dia suruh call nombor guesthouse tu. Tapi aku tak faham lak orang tu cakap apa haha. Sudahnye aku cakap thank you,i nak jalan sampai riverside jap tangkap2 gambar.


Pejabat Pos

 

Riverside! atau dipanggil Sisowath Quay



Pastu eh eh, Wat Phnom! Haha sesat2 tiba2 terjumpa tempat yang aku memang list nak pergi. Tapi kena bayar $1 nak masuk, so I tangkap gambar kat depan je. *Gambar tak cantik sebab guna tab je.




Ngeri aku tengok pokok ni





Sedih tengok gambar sendiri huhu.


Kat sini aku tanya lagi alamat guesthouse kat pakcik tuktuk yang tolong tangkap gambar aku tadi. Diorang offer nak hantar aku naik tuktuk,of course la kena bayar kan. Tapi sebab reaction diorang sama macam cyclo tadi, aku decide untuk jalan je. Kang sesat lagi,buat sakit hati je.


Jalan balik, jumpa balik Pejabat Pos tadi. Masa jalan tu ada orang panggil. Rupanya Negro tadi. Dia laung dari seberang jalan tanya aku dah jumpa ke. Aku kata belum. Dia suruh aku datang kat dia, kali ni dia dengan seorang kawan. Kat area situ ada satu pejabat bas. 


Kat Phnom Penh ni, pejabat bas dia merata. Bukan berkumpul kat stesen bas. Stesen bas dia ada, kat Central Market tu je, tapi aku pun tak tau nak panggil stesen bas ke tak,sebab ada beberapa company je ada situ. Masa aku sampai Central Market tu memang aku nampak bas2 tapi takut nak lintas jalan kan. Tu yang last2 naik je cyclo tu. Lagipun masa tu aku nak naik bus bandar, bukan bas exkspres. Tu yang ignore dulu.


So Negro tu tanya kat orang kat ofis bas tu kat mana alamat tu. Orang tu leh speaking so ok lah. Orang tu cakap near2, so Negro tu tanya la you boleh hantar dia tak. Dia cakap boleh, $2. Pastu Negro tu cakap, no no you say near, nah $1. She no money haha. Dia tolong bayarkan lak tu. Terharu I kahkah.


Akhirnya..aku rasa kol 11 kot sampai. Pastu aku tanya, boleh checkin dah ke. Rupanya aku dah terlepas kedai tu masa jalan tadi. Aku rasa samada orang mula2 tadi salah bagi direction atau aku terlajak. Aku rasa yang first. Sebab jauh jugak tuktuk tu bawa aku walaupun jalan straight je.


Dah bayar $3 untuk bilik (mixed dorm), dan amik 1 botol mineral besar sebab haus sangat (harga 3000 riel or RM3) aku naik atas. Tingkat 4 atau 5, dan takde lif! Patutla murah haha. Aku dah tak larat nak naik tangga, orang yang bawak aku naik tu usya je aku mengah2. Tangga dia dahla kecik2. Ah dahla ko tak nak tolong angkat beg aku. Lepas tu kan, malam or petang tu, aku ada nampak dia tolong angkatkan beg minah saleh. Cis. Kalau aku tau, aku bagi je dia bawak. Penat je angkut sendiri.


Sampai2, aku tengok ada sorang mamat Libya tengah tido. Takpela, aku nak rehat2 dulu. Makan roti dulu. Pastu caj SJ apa. Baru fikir nak buat apa. Wifi boleh tahan la, tapi kejap2 hilang. Mungkin sebab jauh kot atau bilik kedap wifi haha. Okey la dari takde. Upload gambar kat Wat Phnom macam buat announcement aku dah sampai Phnom Penh kan. 

Katil I

Pastu mamat Libya tu bangun,kitorang pun sembang2. Dia cakap nak mandi, nak breakfast. Dia kata dia tengah tunggu visa nak masuk Malaysia. Dan dia suka Pelita. Haha. Aku cakap nasi kandar mahal, lagipun takde la sedap bebenor Pelita tu. Deen Maju sedap lagi huhu. Pastu dia kata okey la harga dia. Memangla, tukar USD baru dalam $2 gitu je nasi ayam sayur. Aku syak dia ni orang kaya sebab dia rilek je dok lama2 kat negara orang. Pastu aku tengok dia dengan fon dan earfon je. Tak nampak macam orang bekerja pun. Takkan nak tanya kan, are you rich? Sesuatu sangat. Dia keluar, aku lehla tanggal tudung mandi semayang apa. Lega sebab memang panassssss walaupun berangin. Setiap katil ada satu kipas.


Aku try tido, tapi eh kejap2 dengar bunyi derap kaki pula. Pastu eh dah penuh ke SJ ni, gitu. Nak cari kiblat pun 1 hal. Kat Malaysia takde masalah, surau ke hotel semua ada tanda kiblat. Nak tanya pun boleh, ni kalau tanya tau ke diorang tu huhu.


Dah semayang tu, aku tengok ke luar tingkap. Nampak atap pagoda. Wow dekat je ni. Aku dok area Khan Doun Penh,semua ada kat sini. Berdekatan sahaja semuanya. So aku putuskan untuk keluar. Aku ada tanya kat mamat Libya tu night market kat mana. Pastu konon2 nak gi sekali malam nanti. Tapi tengok awal lagi, aku keluar dulu lah. Aku bawak beg oren je, senang nak buh SJ, poncho dan sebagainya huhu.


Aku tak buat roaming atau sewa pocket wifi, so aku screenshot siap2. Tapi sebagai seorang yang buta arah, aku bukan tau pun kena gi kiri ke kanan based on google map tu haha. Betul2 gamble je,berpandukan atap pagoda yang aku tuju tu. Entah kenapa minat lak dengana architecture kat sini,padahal niat asal nak belajar sejarah Kemboja. Gara-gara I Love U Stupid la ni huhu. Kalau tak I memang tak tau sejarah nya secara detail dan jatuh cinta dengan watak Firman.


Jalan yang aku lalui menempuhi pasar basah tak jauh dari hostel aku tu. Keadaan jalan tak elok. Nasib tak jumpa anjing tengah-tengah jalan tu. Sana sini memang tak jumpa orang bertudung. Ada la, tapi jual buah-buah camtu je. Takde yang jual makanan macam bihun sup ke kuih ke apa huhu. Akhirnya aku jumpa la bangunan yang dituju.


Ada masalah ke bang?
Try selfie

Try Photo Lapse

Mula2 gigih nak buat Photo Lapse. SJ ni boleh connect dengan fon, tapi aku malas. Sebab fon kan besar, leceh nak pegang. Lagipun risau ter-ralit. Bahaya. Photo lapse ni macam ko set dia 3 saat ke 5 saat ke dia akan tangkap gambar ko non-stop,tapi masalahnya, aku tak tau nak agak timing dia haha. Sudahnye banyak kali jugak aku minta orang tolong tangkapkan huhu. Contohnya adik ni. Dia punya malu la. Maybe sebab tau aku orang luar. Sambil tu dan aku capture gambar dorang.




Pastu aku jalan depan sikit. Belok kanan je dari kedai tadi. Memang dah riverside dah tu, tapi bukan belah Wat Phnom tadi. Sisowath Quay tu panjanggggg. Jumpa satu gerombolan tuktuk. Dia tegur aku, fasih speaking. Dia tanya dari Indon ke Malaysia. Dia offer nak bawak aku gi Gold Pagoda, siap tunjuk gambar, harga $15 untuk half day tour. Dia cakap gold pagoda tu harini masuk free sebab weekend,harga sebenar sama dengan masuk Royal Palace $6. So dia kata lehla aku jimat kat situ. Aku memang tak bercadang nak masuk royal palace pun. Nak tangkap gambar di depan sajor. Bajet aku untuk hari pertama dah lari sebab cyclo dan tuktuk tadi, so aku decline je. Lagipun gold pagoda tu tak masuk dalam senarai yang aku dah buat siap-siap. Esok pun aku nak gerak ke tempat lain dah, so aku rasa kalau aku gi, nanti aku tak sempat buat benda lain kat Phnom Penh ni. Teringat juga dengan mamat Libya tadi, kan dah cakap dengan dia nak gi Night Market. Takut dia tunggu aku.






Belakang ni Tonle Sap, atau orang panggil Blue River. Sebab apa? Memang kaler dia biru macam laut. Aku dapat jawapan kenapa kaler dia biru masa kat kampung Cham.


Guesthouse owner tu cakap, sebab air Mekong deras, so tanah tu tak sempat turun bawah. Sebab tu air dia kaler tanah. Tonle Sap ni airnya slow saje. So tanah tu mendap, jadi la dia kaler biru. Lepas tu dia cakap sekarang ni musim air naik,air dari Mekong masuk ke Tonle Sap. Bila air surut air dari Tonle Sap lak masuk Mekong. Unik kan. Ada satu pulau tengah2 antara Mekong dan Tonle Sap tu, aku nampak ada satu hotel tinggi je. Yang lain tu kampung kot.




Pastu aku nampak ada satu macam tugu kat tepi sungai tu, tapi sebab khusyuk sangat tangkap gambar, tambah2 ada tuktuk tadi tu, terus aku lupa sudahnya haha. Jalan punya jalan sampai dah Royal Palace, so aku teruskan saje.

Takut sebenarnya nak melintas, jalan dia takla lebar, tapi sebab macam takde peraturan jalanraya,moto macam takde brek je walaupun nampak orang nak lintas. Tu yang cuak. So I follow je ada 2 pompuan yang nak lintas jalan jugak. Fuh selamat. Senang je sebenarnya. Konpiden tu penting! Haha.







Dari Royal Palace I berjalan ke Independence Monument. 



Korang nampak tak apa yang I nampak? hehe, jawab jangan tak jawab



Awan hitam berarak mendung, ada taman kat Independence monument ni, ada budak2 main skateboard.


Ada pulak pompuan tangkap gambar kat situ, seksi. Tapi tengok pose macam pelik je. Beria-ia je photographer tu aku tengok, tapi gaya pompuan tu macam aku masa bergambar je haha (read:kaku). 


Dah settle, aku tak tau dah nak balik. Letih memang letih, botol air tak bawak. Fikir masa tu kalau dapat air ais memang lega ni. So nak senang aku tanya lelaki-lelaki yang melepak kat situ. Area situ ada U, aku syak dorang ni budak U je, satu sebab muda dan dressing macam educated. Dua, sebab tau speaking. Bukan nak pandang rendah dorang ni, English aku pun gagap-gagap jugak. Cuma tu lah, susahnya nak tanya orang kat sini. Sepanjang setengah hari aku kat PP ni usah kata speaking, baru bukak mulut nak tanya pun diorang lari dulu geleng2 cakap tak faham. Tunjuk tulisan rumi pun diorang tak reti baca. Tu yang susah negara yang huruf simpul2 ni, aku tak faham diorang,diorang tak faham aku huhu.


Waktu tu dah hujan rintik-rintik, aku cepat-cepat pakai poncho. Aku memang ada dah poncho tu dari Irau trip ari tu,ni baru nak rasmi. Tapi hujan-hujan pun sempat aku tangkap gambar depan royal palace lagi sekali. Tadi masa tangkap mula2 tu ramai orang. Ni orang-orang semua lari berteduh dah. 


Waktu tu dah berangin-angin, awan hitam memang berarak mendung dah. So aku cepat-cepat jalan takut basah. Pastu nampak makcik ni jual air, masa aku nak gi Independence Monument tadi dia ada tegur aku. Aku cakap tak nak. Ni kesian pulak kat dia,tambah lak aku memang haus. So aku beli la air soya Yeos. Yeos ni memang merata ada kat Kemboja ni. Sebab kat gerai tepi2 jalan tu pun memang ada je. Tapi diorang jual 3000 riel or RM3, mahal sikit la kan,kata import. Sebab aku nak bayar duit air mineral kat hostel tadi, aku mintak la balance sebab aku bagi $1 kan. Padahal balance 1000 riel je, serius lepas tu aku nyesal sebab ambik balance. Sian makcik tu, RM1 pun aku nak berkira kan. Adoi la.

Pastu aku jumpa satu bangunan ni. Aku tak tau nama apa, sebab signboard memang kurang kat sini. Dan kalau ada pun tulisan simpul2, memang susah. Tanya orang, diorang tak faham aku, aku tak faham diorang huhu. 


 
Laki ni semayang dalam hujan-hujan tu. Mula2 aku ingat dia gila. Tapi tengok lama2 macam siuman je. Maybe dia tengah buat hajat penting kot.


Jalan punya jalan dah jumpa Jalan 13. Lega dah, pastu sempat lagi aku selfie. Tak tau gak bangunan apa, tapi rupanya tu National Museum. Aku tau National Museum tu dekat je dengan hostel aku, tapi sebab tak rasa nak masuk, tu yang tak ambik tau. Dah tangkap gambar situ baru balik hostel. Sidai2 baju hujan, masa tu Mamat Libya tu dah balik. Dia diam je, so aku diam gak.






Transfer2 gambar,mesej2 apa. Aku decide nak keluar jugak gi Night Market malam ni. Mamat Libya tu aku rasa memang tak nak gi dah, masa aku tanya siang tadi pun dia macam tak layan je tempat gitu huhu. So aku siap2 la dalam 7 lebih. Tanya dia ajak2 ayam dia kata tak mau, betulla sangkaan aku huhu. Aku tengok orang berebut beli baju macam murah sangat je baju. Aku baca kat blog2 memang baju kat sana murah2, tapi aku memang tak berniat nak membeli. Jarang aku beli baju kalau tak niat dari awal huhu. Beg aku dah cukup berat, tak payahla tambah.


Crowded jugak. Orang ramai dok atas tikar je tunggu makanan. Aku tak nampak mana-mana penjual bertudung, tapi sebab aku dah jalan kan. Aku ingat nak beli jugak la something. So aku beli buah potong. Nampak amrah, pelam muda, jambu, sambal atas meja perghhh. Telan ailio le teman, aku cakap nak very spicy hahah. Dia letak 3 balang. Satu sambal cili hijau, satu cili merah, satu lagi sambal kicap. Dia kata kicap tu tak pedas langsung. So aku suruh campur. Nasib adik tu tau speaking, leh la layan hakak ni. Dalam 5000 riel semua, ada la balance 3000 riel. Sekarang tau kan nape aku nyesal amik 1000 riel petang tadi tu haha. Tak ambik pun tak pe, dapat jugak riel kat tempat lain.


Habis membeli balik terus. Risau jugak nak dok luar lama-lama. Sepanjang aku jalan tu jumpa tuktuk yang asyik menawarkan perkhidmatan. Masa aku jalan tengahari terik tu pun ada je motor berhenti offer aku naik. Tapi tak payahla, dah tau jalan pun ni. Memang jalan straight je. Jauh tu ada la dalam 1km plus kot hehe. 


Sampai dorm aku menyicah sorang-sorang. Waktu solat aku agak-agak je, yang penting syuruk tu. Yang lain aku leh jamak, just agak2 untuk tau tu jamak ta'khir atau taqdim gitu je.Faham tak aku cite ni hehe. 



Malam tu ada tragedi jugak. Gemok. Aku dah ngantuk masa tu, dia dok whatsapp call. Aku memang tak bagitau dia aku nak pergi ni. Dan biasanya tak pernah la dia nak call aku pun. Tiba2 malam tu eh rajin pulak dia mengekol, sampai belas2 kali. Sampai heng gak tepon I. Pelik2. Tu jelah, tak ada apa pun hehe. Cuma dia macam marah. I risau le, kan I pakai SJ cam dia haha. Nanti dia tak bagi pinjam lagi camno #alasansebenar


Malam tu masa aku tido ada sorang mat saleh check in. Aku ngantuk sangat so aku tengok sekali je dan tido. 


Perbelanjaan Day 1: 
Tuktuk Airport-Central Market- $6
Cyclo Central Market- Street 13 - $2
Hostel- $3
Air mineral- 3000 riel
Air Yeo's- 3000 riel
Menyicah- 5000 riel

Total: Lebih kurang $14 (Balance 1000 riel)


25/9/2016

Pagi tu bangun2 siap2. Kol 7 memang matahari dah terpancar dari tingkap. Mamat yang checkin malam tadi tu rambut panjang. Hensem ke tidok, I tak sempat teliti. Dia tido pakai spende je alamak. Aku rasa dia tak lena tido sebab bunyi2 yang dihasilkan aku kot. Ke sebab cahaya matahari yang terik tu. Aku cuba minimumkan bunyi. Oh lupa, bilik air walaupun kongsi tapi ada di dalam dorm. So takyahla jalan jauh-jauh nak gi bilik air pun. Mujurla takde tragedi sakit perut. Sebelum keluar aku makan roti siap2. Dah janji dengan tuktuk yang ada kat depan guesthouse semalam,suh bawak aku gi stesen bas 7.30pagi. Bas kol 8.


Dah checkout semua, terus naik tuktuk. Patutnya $2, tapi masa aku nak bayar dia takda balance, so aku beli tiket bas dulu. Destinasi aku hari ini ialah Kampong Cham, aku dah kaji tiket paling murah $4.5, ikut syarikat bas. Tapi ni aku naik bas Sorya, $6. Bukan bas pun, macam VIP transit gitu. Aku dapat dok depan. Memang bahagia. Dapat tisu dan air mineral free. Bayar $20, dapat balance dalam riel. So $14= 56000 riel. Blur jap nak tukar2, pastu mamat tuktuk tu amik je 10000 riel. Puiiii tu $2.5 tau. Tapi I blur masa tu so hmm.



Ok bersambung ke Part 2 hehe.





















































































No comments:

Post a Comment