Mari join..:)

Thursday, September 8, 2016

Road Trip Utara Part 3 (Final)- Penang

*********Day 3**********


Its monday, and I'm not working. Hahha what a wonderful feeling. So lepas makan roti puri, kitorang gerak ke Teluk Bahang. Bawak baju siap2, nanti lepas hiking mesti busuk keti.Eh. 


Destinasi pertama hari ketiga ni: Penang National Park, Teluk Bahang

Aku rasa, semua kawan2 yang datang Penang aku mesti bawak sini. Aku sendiri suka gi sini, tapi kalau ada kawan la. Kalau sorang2 I seram sikit. Kalau weekends orang sentiasa ada,tapi tetap taknak gi sorang haha. 


Fast track jugak la, sejam setengah dah sampai Monkey beach. Ada jugak selfie dan berehat, tapi eh takde gambar. Huhuhu. Masa selfie dan berehat tu dah tolak siap2 k sejam setengah tu haha. Sampai monkey beach jela, tak larat nak ke rumah api, lagipun sebenarnya kejar masa jugak. Ecah macam nak gi Kerachut,tapi takut jugak sebenarnya, sebab kami gi weekday, orang tak ramai,jalan dia ada mendaki2 sikit.  Awal2 lagi dah plan,balik naik bot. Nak jalan jauh lagi kan,nanti letih lak. 


Sampai2, singgah gerai pertama, order air kelapa. Perghhh sejukkkkk. Dia bubuh dalam ice box,air pun sejuk. Ecah je air tak sejuk walaupun body kelapa tu sejuk. Sedih huhu. harga kelapa tu satu RM5. Ok la kot. Pastu pakcik tu macam ramah2, offer bot sekali. Bot dia cakap RM40, 30. So kami ok jela. Dia ingat kami student kot, tu la kesian heheh. Nanti korang lehla gi dengan pakcik ni k, tak tanya pulak nama. Tapi gerai first, ada jual kelapa, jagung bakar.


Tak pakai jaket pun haha. Nasib ada bodyguard kiri kanan. Kalau tak mesti I cuak.

Dari national park, I saja pusing lalu depan Escape Park, then taman rama2 baru or Entopia, masuk Taman Rimba (ingat nak makan,tapi tutup lak semua kedai). kami ke Batu Feringghi, cari tempat mandi. Of course, Petronas lah jadi sasaran. Aku dah pernah mandi sekali kat sana, memang puas hati haha. Dahla shower sedap, bilik air pun luas dan bersih. Lagi puas hati dari mandi kat rumah sendiri lalala. 


Destinasi kedua hari ketiga ni: Pantai Shamrock,Batu Feringghi

Pusing gak kedai makan area pekan Feringghi tapi takde yang menarik. So terus je dulu, then singgah Pantai Shamrock makan gerai tepi jalan situ. Laksa beb! Order rojak buah jugak, siap 2pinggan kongsi haha. Dulu pernah singgah makan laksa sini, tapi kedai bawah tu, masa bawak adik2 dulu. Sedap juak yang atas tok, suap2 terus rasa pedas. Ecah cakap, ok laksa checked haha. Kalau tak aku nak bawak gi Laksa Janggus sebenarnya. Tapi ok la,tak yah gi jauh2 huhu.


Setel, nak gerak gi Bukit Bendera. Tapi3, hujan la pulak on the way tu. So pusing balik, pergi muzium dulu. Destinasi ketiga hari ketiga ni: Muzium Upside Down, Lebuh Kimberley,Georgetown (near Komtar). Bayar RM16. Tapi ahh rasa menyesal pulak kami. Tak best pun. So museum, semua cancel haha.



Dah keluar, hujan dah stop. So terus ke destinasi keempat hari ketiga ni: Bukit Bendera, Air Itam. Parking atas bukit,bayar RM5. Mahal lak aku rasa huhu. Takde mood nak bergambar sangat, tengah panas masa tu. Letih pun ye. So dah pusing2, turun. 


Destinasi kelima hari ketiga ni: Restoran Nasi Kandar Deen Jelutong

Haha, aku dah lama nak gi,tapi setiap kali lalu, orang beratur. So kalini, jangan bagi alasan lagi. Parking kat seberang jalan (ada medan selera gitu), lintas ke seberang jalan. Nak parking depan satu bengkel dekat restoran tu,kena bayar RM3. Apakah. Ecah belanja wey makan petang ni hahahaha,best3. Kenyang perut senang hati.



Destinasi keenam hari ketiga ni: Padang Kota.


Tak complete la kalau tak singgah kan, so jom la singgah sebelum balik. Lepak2 je,tak buat apa pun. Ngeri k tengok air laut kat tebing tu tinggi gila. Biasanya nampak batu2 lagi. Mula la otak imagine bukan2.



Ada united bears buddy, 147 bears mewakili 147 negara sempena merdeka kot, benda ni ada kat sini sampai bulan depan.


So malam tu balik tidur. Letih,belakang sakit huhu.


***************Day 4****************


Pagi ni diorang nak balik dah. Tapi char kuetiau dengan pasemboq tak dapat lagi,cane?

So pagi ni, misi mencari. Kita checkout dulu, pergi destinasi pertama hari ketiga ni:Ropewalk Penang  (dekat Stadium Bandaraya). Ropewalk ada 2,satu lagi kat Bagan. Kalau time weekend memang meriah la,sampai parking pun takde. Gi hari weekday, makanan pulak takde! Ingat nak breakfast sini la, lepas tu baru jalan2, sekali tanya roti telur goyang, telur takde. Tanya char kuetiau, tauge takde,nak makan nasi lemak pun takde. Adoiii. Sudahnya diorang beli karipap,aku beli megi goreng mamak.


Pusing2 jap ropewalk, sempat beli lemon, diorang lak beli dokong. Murah la dari KL kan. Then gerak pergi Street Art. Tapi tak meriah la weekday, rugi betul. Aku pernah gi sorang2 masa weekend, ramai la juge. Nak2 sekarang orang cari pokemon kan.


So.. disappointed, i drive all the way to Sungai Nibong, place to hunt pasemboq. But not open yet. So kami pergi  Astaka Tun Sardon cari char kuetiau. Pusing 2,3 kali juga. Last2 ada pun. Tengahari kan,mana ada sangat. Okeyla diorang kata. I pun lega, huhu. 


Setel, pergi Sungai Nibong balik for pasemboq. Ahhh sedap. Tak sangka huhu. Nanti2 bolehla I pergi lagi. Kat Medan Suri.



Last destination before airport, Rumah Wa kat Kem Tentera Sungai Ara. Pun dekat gak ngan rumah aku hahah. Masuk kena tinggal IC, biasa la. Rumah dia hujung sekali. Kapten kan. Besar rumah diorang. Wa dah pesan dia masak banyak,dan kitorang wajib kena makan banyak. So I mengosongkan perut. 3pinggan weh hahahah.




Comel tol naura..lempang nak?


After asar, kitorang gerak ke airport. Dekat je,tapi jalan tutup so kena pusing ikut jalan lain. Tak sampai 10minit,sampai... Selesai heheh.


Planning another trip right now..will let you know about it later huhuhu... Tungggguuuuuuuuu




No comments:

Post a Comment