Mari join..:)

Wednesday, September 7, 2016

Road Trip Utara Part 2- Penang

Bersambung dari part 1...


Ok dari Subaidah, kami straight ke Tikam Batu. Ikut jalan dalam je. Sebab ingat nak pergi KMPP, bekas matrik ecah. Aku yang excited nak pergi sebenarnya haha. Lagipun I memang suka ikut jalan dalam kalau bawak orang jalan2,kalau ikut highway mana nampak apa pun kan huhu. Tapi sempat jugak suh Ecah bukak waze nak compare jalan mana lagi dekat haha.


Destinasi pertama Penang: KMPP


Ecah kata nak pergi astaka je,so jom sibuk bergambar jugak. I nampak ayu tak? Huhuhu


Dari KMPP terus ikut jalan dalam ke Sungai Dua dan terus keluar ikut Permatang Pauh. Jalan nak gi rumah kawan Ecah yang ni I tau,cuma tak sure jela rumah yang mana. Sebab taman dia betul2 belakang Pauh Indah,tempat aku menetap lebih 2 tahun.


Destinasi kedua Penang: Taman Pauh Jaya



Depan ni anak kawan Ecah tu,cantik kan huhu.

Kawan Ecah ni orang Pahang,pastu dia buat lontong,siap ada sambal hitam. Aku tak pernah makan,pastu sebab tak tau lagi tekak leh terima tak.So I ambik sikit je. Macam sedap je heheh. Dah makan lontong, ada sagu kuah melaka eh nama dia. Siap ada mangkuk comel. Macam makan kat hotel je comel2 gitu. Alamak takde gambar! Masa makan sagu tu,perut I macam takleh masuk dah tau. Kenyang. Maybe sebab kat Subaidah dah makan roti telur. Pastu makan lontong pulak.

Ok, setel rumah pertama dan terakhir di belah mainland,jomla gerak ke Penang (pulau). Semalamnya kitorang ikut jambatan la kan nak ke Lembah Bujang, so aku ingat nak bawak diorang naik ferry. Pastu Ecah cakap,ingat kitorang ni budak2, nak naik feri. Budak2 seronokla. Tapi last2..bila naik feri..tengok la sape yang excited.


Masa ni angin kuat gila,feri pun macam tak betul je. Aku risau je kete kena tolak dengan angin. Dengan hujan lebatnya. Struggle jugak aku rasa feri ni nak sampai jeti sebelah sana.


Sampai2 terus menuju ke Bayan Baru, rumah Arina. Rupa2nya rumah Arina dekat je dengan rumah sewa aku hahahah.

Destinasi ketiga Penang: Bukit Gedung, Bayan Baru



Anak Arina yang comel,kami sampai2 dia sambut dengan hai. Tak tau masa bila dia tangkap gambar ni,tapi takleh tahan tengok. Pandai betul pose




Dua dah anak Arina. Arina ni classmate aku ngan Ecah masa form 4&5. Pandai dia ni. Last jumpa dia masa dia kawin, kat Bertam.

Dia nak ikut kitorang jalan k, nasib tak nangis kena tinggal haha


Dari sini,kami singgah rumah aku jap. Nak amik iron. Pastu tengok time macam kena je,so terus ke Destinasi keempat Penang: War Museum,Batu Maung. Dekat je dengan rumah aku,dalam 10-15minit,depends on traffic.




Kawasan belakang tu dilarang masuk, ada periuk api kot.








Ngeri betul han atas tu.


Ni satu lagi

Berek


Terkejut mak nengok patung dua tu. Patutla diorang dua jalan kat atas, I je ikut jalan bawah. Diorang syak something rupanya. Cis



Opocot mak jatuh

Cover malu hahaha

Lama gak kitorang pusing dalam tu,tapi kitorang tak berani masuk terowong gelap,ada 3 tempat kot. Sebab masa tu dah nak senja, and takut terjumpa pape. Lagipun kitorang je visitors time tu. Bapak seram.


Settle war museum, jom makan!


Destinasi kelima Penang: Mee Udang Salwa Teluk Kumbar

Tak jauh dari Batu Maung, aritu aku bawak Shidah datang sini jugak. I tak makan mee udang, so I just layan orang makan je.

RM20. ada beran?

Eh terus tunjuk makanan pulak, sebenarnya sebelum makan kami pergi layan sunset dulu.

Jeti ni belakang kedai ni je.



Tak nampak sunset pun! hahah


Settle, kami gerak ke destinasi keenam Penang: Balik Pulau. Sebenarnya lalu je, tak singgah pun, terus lalu nak ke Air Itam. Sampai Petronas Air Itam, terus singgah cing dan surau before terus ke hotel untuk check in.


Destinasi ketujuh Penang: Ros Heritage Motel,Georgetown

Sampai2, tengok pintu hotel tu ada tulis tutup. Cuak dah takut takleh check in dah. Pastu Ecah call, orang tu suruh tunggu sekejap. Rupanya, lobi hotel tu adalah dekat kaunter cashier kedai mamak bawah hotel tu. Lawak gile. Tak expect pun. So amik kunci, dan naik atas. Masa tu nak parking,risau lak kena letak kupon parking. Yelah, I tak pernah bermalam area town, kot2 la kena letak huhu. Pastu tanya orang situ (hotel ni seberang Kapitan je,situ area Little India, so ramai la bangsa diorang kat situ), dia kata pukul 8 pagi ke atas je kena bubuh. Ok, esok sebelum kol 8 kita keluar hahah.


Pagi esoknya, 7.30 dah siap nak breakfast. Lepas subuh terus siap2 mandi semua. Ni kali kedua dok hostel, ok la dari yang first time tu. Sebab bilik air ni banyak, masa first hostel dulu kat Singapore, bilik air 2 je. Pastu kena tunggu lama. Eh I recycle je tudung hari pertama,sebab harini nak hiking. huhu.

Breakfast lok. Sedap ooo roti puri tu. I selalu kalau gi mamak, mesti roti canai,roti telur. Takde variasi langsung. Kalau tak pun, order megi goreng. Bosan kan menu I.


Ok la,sambung part 3 nanti. Hahah.







No comments:

Post a Comment