Mari join..:)

Friday, September 2, 2016

Road trip utara Part 1- Kedah.

Haha, disebabkan Siti Sarah Aisyah Basri dah mula menaip entri pertama untuk road trip kami hari tu,maka lets la start the engine huhu.


So..dalam last month kot (July), eh lepas check balik conversation,sebenarnya bulan 5 k Ecah mesej aku tanya ada nak pergi Penang tak. Dia cakap kawan dia ajak,pastu cari transporter haha. Pastu tanya ada apa dengan penang. Dah tu bulan 6 dia tanya lagi, jadi tak pergi Penang. Pastu bulan 7 dia mesej aku lagi pasal dia tengok blog aku pasal menu bukak puasa,dia tergoda dengan sotong goreng tepung tu haha. Tapi masa tu dia ada exact date dah,siap tanya aku boleh cuti tak. I okey je,syok gak jalan2 ni (aku suka,tapi kadang2 sebab takde kawan and tujuan,jadi terbantut). Ni dah ada kawan, minyak dan tol pun tong2, ok la kan hahah.


So tengah bulan August aku ada trip irau, end of August lak trip ni. Ok la kot, Irau tu bajet dalam RM200, yang ni pun I bajet dalam RM200 jugak,tapi last2 jadi RM280 kuikuikui.


So, patut ke cerita pasal bajet dulu?


Hotel- Georgetown 2 malam (RM150/3orang)
Hotel- Sungai Petani 1 malam (RM85/3 orang)
Minyak - RM90 (target awal)
Tol- RM35 (target awal)
Museums- RM90/sorang (target awal)
Makan- RM70/seorang (target awal)


Mula2 kononnya diorang nak tido rumah sewa aku first night tu, tapi cancel sebab tiba2 plan untuk hari pertama tu masih di Kedah, hari kedua pun plannya di kedah dan Prai, maka book la hotel kat SP tu.


So..sebelum hari kejadian tu ada tragedi tau. Jumaat malam tu I memang down gila, pastu dengan tak mandi nya, bertuala lagi tido. Awal la I tido,tapi sebelum tu I sempat main candy crush. Wtf la sangat kan, down pastu main candy crush. Tapi mandi tak haha. So dah habis life, I pergi la cepatkan time fon tu 3jam. So main la, pastu dapat 6hours infinity life. Tapi dah tak larat sangat, I sempat main 2jam je and tido. Tapi sebelum tido I sempat kunci jam, 6.45 dan 8.30. Tapi tak sedar pun 6.45 tu,tengok2 dah 8.30. I pun bangun terus ke toilet. Turun2 nak ke toilet tu I heran,nape nampak luar gelap. Kat dapur ada satu tingkap sebelah singki, aku memang akan nampak tingkap tu dulu baru bilik air. Bilik aku kan takde tingkap, so memang tak tau rupa luar camne. Tapi dah nak cing, I pergi setelkan dulu la. Pastu aku keluar tengok lagi tingkap tu. Memang gelap. Aku dah pelik dah, pergi bukak pintu utama, memang gelap lagi. Nak kata gelap sebab hujan,tak hujan pun. Kalau hujan pun rintik2 jela kot.


Pastu dengan pelik2, I bangun pergi atas. pastu bukak Whatsapp, senyap je Ecah dan Awanis ni. Dah gerak ke belum diorang ni. Selalunya kalau dah nak gerak,mestila kita akan inform kan. Flight diorang 7 something. Aku mesej kat group. Pastu Ecah reply, aku fikir oh,sekarang dalam flight bole wasap2 dah,dulu yela takleh langsung on fon. Lama pastu baru la teringat pasal I cepatkan jam 3jam tu haha. Patut la aku heran napa gelap lagi,pastu tak dengar pun azan subuh (rumah tepi surau), memang belum subuh pun lol.


So pagi tu aku bajet dalam 9.10 diorang sampai,tunggu turun la apa mesti 9.30. So 8.30 tu aku kemas2 beg, pastu 8.50 tu I rilek2 iron baju,pastu mandi, goreng daging burger untuk breakfast. Masa goreng2 tu teringat,eh jam kol berapa ni. Tengok2 dah 9.15,terus I kalut2 bersiap. Ecah dah kol I rupanya cakap dah sampai hahaha. Nasib rumah I dengan airport dekat je, tak sampai 10minit leh sampai huhu.


Sampai2 kitorang breakfast dulu,nak jalan jauh kan. Aku kalau turun flight memang lapar,walaupun sebelum tu dah makan. Walaupun bukan jauh,sejam something je,tetap la lapar jugak turun2 tu. So I memahami heheh.


First destination, LEMBAH BUJANG, MERBOK, KEDAH.




Sempat lagi selfie


Keluar exit SP utara, menghala merbok dalam setengah jam kot. Dalam pukul 11 sampai.  Sebelum sampai tu,korang akan nampak kiri kanan ada khemah2 tapak arkeologi. Tapi tak sempat snap. Sampai2 muzium Lembah Bujang tu dah mula panas,masuk galeri dulu menyejukkan badan.

Masuk2 galeri nampak peta ni, peta Kedah. 




Dah ber-aircon, pergi tengok candi bawah terik matahari. Ada 4candi yang besar di sini. Kat dalam galeri tadi ada la penerangan dan macam2 lagi. So better pegi baca dulu kot.

Naik tangga, mengah la sikit hahahah.


Geng kami, depan tu Sarah, tudung oren tu Awanis.








Tepi tu ada air terjun, tapi air tak sejuk sangat pun. Mula2 ingatkan ni la Tupah tu,sebab sebelum sampai tu ada jumpa signboard dia.


Keluar2 dari situ tengok minyak kelip2 dah haha. Cuak jugak, Ecah ajak pergi Tanjung Dawai,tapi tak nak la haha. Macam takde ape je. So pergi kiri,lalu balik Tupah tadi. Masuk jap tengok ada apa. 



Haa ni baru Tupah. Tapi sini ada kes kencing tikus, jaga2 la ye. Dia ada letak tanda amaran kat situ. Kalau ada luka jangan masuk. Jangan tertelan air ke apa lagi. Hati2 ye,kitorang rendam kaki je.


Masa nak balik tiba2 kupu2 ni mai kat ceq. Last2 kibas sebab takut huhu.

Dah setel destinasi pertama.. teruskan destinasi kedua ke JITRA. Tak masuk exit SP utara balik, kami terus masuk ikut Gurun sebab dekat dah. 

Jitra ni nak pergi rumah kawan Ecah. Aku memang tak kenal,tapi I layan je. Lagipun tak pernah masuk Jitra lagi. Oh takde gambar, tapi besar gila rumah dia. Kami pun lunch di sana,I makan nasik 2 pinggan huhu. Ecah and Awanis da breakfast nasi pagi tadi, I makan murtabak je (cubaan cover line). Dah makan tu ada langsat lak, makan lagi beberapa ketul. Kenyang2. Dari Jitra kami ke destinasi ketiga iaitu ALOR SETAR.


Janji sampai rumah ni, pukul 3pm. So kami singgah solat dulu baru ke rumah akak ni.

Ala, tak ingat lak nama taman dia. Tapi dari exit tu dalam 20minit kot, sebab banyak gila traffic light. Sebab dah makan nasik,mampu makan sikit jela. Kak ni hidang mee goreng mamak dengan bubur pulut itam. I makan mee je. Sebab tak sampai hati tengok banyak, I makan la 2 kali mee huhuhu. 


Setel, jom ke destinasi keempat.. PENDANG.

So dari tol Aloq Setaq ni, terus ke tol Pendang. Haa penting nih penting. Sebab apa penting?









Sebab pemandangan yang super lawa ni la. Hakak teruja! Dahla sampai memang nak sunset dah. Pastu kan, perjalanan ke sini, kami bukak waze tau. Dia tunjuk jalan ban yang kecik yang buatkan I ngeri je nak berselisih dengan kereta lain. Pastu rupanya dia tembus jalan tepi highway yang dah beberapa kali I lalu, buatkan I curious. Nama kampung yang ada pemandangan superb ni, Pokok Tai. Tapi kampung adik ni bukan nama tu kot, yang ni untuk bergambar je. 


Kitorang tinggal kereta, naik kereta dia sebab dia kata lecah,takut kereta kami kotor katanya. Takdela lecah mana pun,cuma sebab kesan mesin menuai tu je. Kat rumah dia kami dihidangkan keropok lekor, fish finger, durian, jambu kecik2 tu, and burger. Perut dah sengkak huhu. Tapi bestnya kuah rojak dia. Irresistible.

 Ni baru umah dia. Kemas gila, kami kagum dengan lantai berkilat nya huhu. Sempat solat jamak dulu sebelum gerak ke destinasi seterusnya.


Patutnya lepas ni ada 2 lagi destinasi..tapi tak sempat. Letih pun ye. So terus ke destinasi kelima..BANDAR AMANJAYA SP

Comel budak ni,tapi dia cakar muka aku. Sakit huhu. Friendly gila,tapi tak banyak cakap.

 Gambar mak dia ada tapi takyah la letak,macam tak berapa cantik sangat gambar tu. Sebab muka bangun tidor hehe. Sebab ayah dia kerja so kami leh lepak2 dulu rumah ni. Katanya rumah dia memang selalu jadi tempat lepak. Kesian pulak kat dia, so aku decide untuk tidur je situ. Ecah kata, kol 4 pagi kita bangun gi tido hotel. Iyelah tu... Lena sampai Subuh sudahnya. 



*********************Day 2******************


Bangun2 gerak ke hotel ni. Malam tadi sebelum ke rumah kawan Ecah yang kami tidur tu, dah amik siap2 kunci. So terus jelah. Mandi,bukak tv dan guna selimut sebab dah bayar kan. Rugi la tak pakai haha. Agak2 kol 7.40 kot checkout. Ni la hotelnya,dekat je ngan rumah tadi. Kawasan sini gelap sikit. Kalau terlajak simpang tu, jauh la nak u-turn. Memang kami terlajak pun sebab takde lampu kat simpang tu.


Ok teruskan ke destinasi keenam RESTORAN SUBAIDAH SP. Sebelum gerak ke Subaidah singgah umah kawan tadi, dia nak bagi barang. Subaidah ni dulu aku biasa la pergi,tapi dari rumah Bab or dari tol SP selatan. Rupanya dekat je dengan Amanjaya. Haha,biasala, I bukan ingat jalan walaupun Bab pernah bawak. 

Kawan Ecah ni tak bagi datang rumah (haha), so kami jumpa di sini je. 


Setel di sini..kami terus gerak ke Penang.. bersambung ye huhu...










No comments:

Post a Comment