Mari join..:)

Tuesday, September 13, 2016

Raya Haji 2016.

Raya haji tahun ni, rasa macam berat nak balik. Pastu 5hb 9 tu, aku tiba2 dpt idea. Alang2 dah tak balik, baik aku join bercuti dengan Bab. Pastu baru tanya hang naik flight turun penang ke, dia terus jawab,haah dan tanya balik, adakah nak bawak kitorang ronda. Hahah.


Dia request makan nasi kandar dan penang hill. Bawak Zai sekali. Zai ni kawan Fizah merangkap ex-housemate and partner bisnes dia. I okey je, lama dah tak jumpa Bab sebenarnya huhu.


So Jumaat petang tu, I balik ke rumah yang kosong. Lupa orang dah start cuti, selalunya I balik kerja disambut oleh seorang housemate yang talkative huhu. Rupanya dia dah balik kampung pun. Petang tu sebelum aku balik koje, akak tuan rumah inform yang paip belakang rumah pecah. So dia tutup air dan suruh bukak air kalau nak mandi. So alang2 dah pegi bukak, I pun membasuh la baju. Sekarang ni I basuh baju seminggu 2 kali kot. Tak taula apa yang banyak sangat huhu.


Malam tu layan TV, dekat kol 2 kot baru tido. Esoknya kol 8 camtu Bab mesej cakap flight delay setengah jam. Lama dah aku tak dengar flight delay huhu. Masa Unimas dulu memang kerap la flight delay,pernah sekali tu diawalkan pulak tu. So I bermalasan lagi,sudahnya 9.40 baru bangkit nak mandi. Kol 10 Bab mesej kata dah sampai hahahah. Kelam kabut aku. Rumah dekat pun lambat haha.


Pastu dari Airport, aku agak dah mesti diorang lapar. Memang aku bajet nak bekpes dengan diorang je. Tengok2 masuk2 kete Bab terus request nak gi makan dulu haha. So macam kes Ecah aritu, aku terus bawak diorang bekpes kat Bukit Gedung. Kami makan murtabak je. Sebab kang diorang nak makan nasi kandaq. Memang keputusan tepat wey. Sebab apa? Haa tunggu.


Dari situ, kami straight ke Bukit Bendera. Perghhhh ramaiiii orang. Cuti kan. Masa gi dengan Ecah aritu kami pi weekday, tu pun kira ramai juge le. Ni lagi ramai. Rasanya kami dapat naik tren ke3 or ke4 sejak menunggu tu. Sebab orang ramai kot, sorang je wakil dibenarkan pergi beli tiket. Good decision,hehe.


Sampai2 atas, kami terus menghala ke cafe. Aik,tadi kan dah makan murtabak. Bab cakap dia dah study, ada buah2 sedap kat atas. So kami pergi la makan mango ice dengan ABC. Kongsi 3 orang.

Bubble2 tu rasa mango dan meletup dalam mulut. Tak yah kunyah! Aiskrim pun rasa mango jugak. Strawberry tu masam, so balance rasa manis mangga tu.



Total RM15. Kami rasa berbaloi2 sangat sebab puas hati dengan kuantiti dan kualiti rasa dia. Satu je kedai Melayu dalam tu. Kedai lain semua tokey cina,pekerja Melayu(Indon kot) dan bertudung. Tapi sebab tengok ada colok bagai, tak jadi order. 


Selesai makan, baru jalan haha.





Satu benda yang aku nak highlight dari trip kali ni. Ialah benda ni:

Buggy@ bugee, tak sure nama sebenar. RM30 je satu kereta ni. Sukatila korang nak naik berdua ke bertiga ke, tapi maximum 6orang. Sebab nak jimat, kitorang decide nak panggil sape2 join kitorang. Mula2 jumpa melayu 4orang,tapi sebab jadi bertujuh, driver tu tak bagi. So kitorang gi duduk2 dulu,pastu nampak la sorang laki dan dua orang perempuan kat atas ni,macam Filipin gitu. So Bab pergi tanya. Siap speaking. Sekali masa nak gi tu, laki tu cakap, Jap eh,nak tangkap gambar kejap. Haha malu chuols. Rupanya dorang ni Siam Kedah. So tau la cakap Melayu huhu. Tapi same2 diorang, cakap Siam. 

Salah satu stop masa naik bugee ni. Postbox ni berusia 198 tahun tau.


Viewing point, ada 2. Dan lagi clear dari belah yang tak naik bugee tu.


Tak la laju sangat, bugee ni pakai bateri. Ada gak bugee yang pakai petrol. Jalan dia satu lorong je,kena ketepi la kalau selisih dengan kenderaan lain. Driver ni tunjuk la banglo ni sape punya, salah satu pemilik banglo kat atas ni mendiang Lim Chong Eu. Ring a bell? Haa kan ada satu jalanraya kat Penang ni nama Lebuhraya Lim Chong Eu. Turun2 Penang Bridge tu la highway tu. Highway tu atas nama je, tapi takde tol. Pastu tokey Magnum 4D pun ada rumah sini. Banglo2 ni ada yang milik persendirian,ada yang under kerajaan negeri. Ada jugak dato2 melayu yang beli rumah atas ni. Cantik, sebab gaya British kan.


Settle, Bab cakap nak pergi Nasi Kandaq. So ke sini le kite.


Sampai2 je, guna Waze la of course, sebab aku tak pernah sampai lagi. Beratur chuols. Panjang gile,lagi panjang dari Deen Jelutong yang aku bawak Ecah tu. Kebetulan I dapat parking yang dekat, lagi best la haha. Bab ditugaskan jaga meja, Zai pergi beratur. Rasanya 15minit gak kot beratur, ke lebih, sebab air kitorang, ais dah cair pun masa kitorang duduk huhu. 

Terbaik wa cakap lu. Aku makan nasi kandaq lain2 tu, tak tau nak cakap mana yang sedap,mana yang tak. Rasa semua lebih kurang je. Tapi yang ni, diakui sedap. Bab yang cerewet pun kata sedap huhu. *Telan ailio


Siap makan, terus ke sini. Armenian Street. Bab cakap nak gi Love Lane, tapi sampai2 takde apa. So pusing punya pusing, jumpa lorong ni. Lorong ni happening la, ada orang jual2 barang dan makanan, ada beca,siap ada satu band uncle2 cina yang nyanyi dan guna instrumen dari tin2 terpakai. Lupa tangkap gambar. 

.
Belakang2 tu la band tu. Ramai gak tengok. Diorang ada youtube,tapi tak dengar lak nama nya.


Settle, terus ke Padang Kota. Masa ni rasa tak larat nak jalan dah huhu. So duduk2 dulu. Pastu baru tangkap gambar...




Over nau makcik ni.

Sementara kitorang tangkap gambar dengan bears tu, Zai sorang2 gi main buih sabun. RM3 katanya. 


Dari Padang Kota, terus naik feri. Tunggu feri biasa la,memang lama. Satu je yang aku tak suka, orang yang beratur nak naik feri ni, kemain kedekut nak bagi orang yang turun feri keluar dari simpang tu. Ada traffic light dan petak kuning,tapi selamba je dok atas petak kuning, dan traffic light hijau pun, orang2 yang baru turun dari feri ni tak boleh nak cross. Kurang ajar betul. Aku dah 2,3 kali bila aku turun dari feri dan tak boleh cross,sebab tu aku tau. Bab masa tu dah berlabuh dah. Memang tak sedar apa. Dia kan kerja syif malam sekarang,dia cakap malam tadi tak tido. Agak2 kol 7 jugak baru la dapat naik feri. Ni first time bawak kereta, dapat bahagian atas. Nervous gak,tapi lagi best sebab dapat nampak pemandangan lebih. Kalau bahagian bawah tak berapa sangat.


Sampai2, terus lalu RNR bagan ajam dan ke Permatang Pauh. Nak skip jem la punya pasal, bayar la tol. Kami target benda ni:

Char Kuetiau Adam Permatang Pauh.


Masa kerja Honda dulu, sini la tempat lepak kami. Balik2 kerja, terus singgah. Kadang2 diorang baru nak bukak kedai, susun2 kerusi kitorang dah sampai. Tunggu la makan nasi lemak dulu, baru dapat char kuetiau. Bagi aku char kuetiau dia ni best la, memang buat teringat2 kadang tu. Dulu pun selalu je bila Gemok kerja syif malam, dia gi pickup aku dan kitorang makan kat sini kol 2,3 pagi pun. huhu.


Setel,kitorang gerak la ke rumah Bab, dekat sejam jugak la nak sampai pun. Traffic slow, tapi bergerak la. Sampai rumah dia 9.20 camtu.


Esoknya... Pagi tu pergi pasar, makan cendol sedap kat Tikam Batu. Sedap weh, berlemak dan tak over manis. Petang tu buat laksa, Bab gigih cakap dengan mak dia nak buat sendiri. Preparation nak kawin katanya hahaha. Petang tu jalan pergi jeti dekat rumah Bab, kawasan kuala sungai. Bab cakap rumah Janna Nick area situ je. Terus nyanyi "Mungkin Saja", sesuatu betul.


Malam pergi Central Square, 9.30 k dari rumah. Orang ramai, pastu dahla nak tutup. Kitorang kalut2 masuk Guardian, Zai pulak pergi beli Millionaire (Jutaria). 


Malam tu,kitorang ber-Jutaria sampai 1.15pagi, berenti jap makan,sambung balik sampai dekat kol 2. Bab menang besar malam tu, aku dengan Zai siap kena gadai rumah dan tanah T_____T

Hijau tu dia punya la. 


Tips nak berjaya: Kena selalu masuk penjara, pastu kena beli TV3 dan buat rumah, Tenaga Nasional, Jabatan Bekalan Air, Dataran Merdeka, Lebuh Persekutuan, Stadium apatah no14, MSC. Haha


Bayangkan, malam raya sibuk main Jutaria. Mak Bab siap sempat merendang lagi.


Pagi raya, 9.30 baru bangun. Anak sedara Bab balik rumah malam tadi. So aku bangun2 pergi layan dia tengok Didi & Friends. Sebab demam kot,dia tak berapa aktif. Nangis pun suara macam tak keluar sangat. Tapi comel! and putih, geram betul. Bab cakap dulu dia bambam,sekarang dah kurus. Dukung pun memang ringan je. Pastu kitorang sambung main Jutaria, dah lapar pergi makan ketupat palas sedap pulak. Baru la mandi. Kol 4 gerak pergi rumah mak mentua abang Bab, then gerak ke Penang sebab diorang punya flight malam tu,kol 8.




Selingan: Ayah aku mesej tanya bila nak balik, malam Sabtu tu. Pastu aku cakap tak balik, nanti cuti Malaysia day baru balik. Pastu ayah tanya lagi,kereta rosak ke. Aku cakap tak. Pastu dia kata okey. Pastu tanya lagi,ada duit tak. Haha lawak betul,mesti sebab aku tak pernah tak balik kalau cuti, tu yang ayah heran tu. Biasa la umo gini, rasa malas je nak beraya. Raya tahun depan pun I'm planning to travel during Eidul Fitr. Jumpa sedara mara pun dapat soalan cepu mas, baik tak yah balik kan huhu.

Gemok pun heran aku tak balik. Aku ada copy paste bagi dia satu confession ni pasal keberkatan gaji. Pastu dia tau aku tak balik raya, dia cakap tu cerita aku sendiri sebab aku tak utamakan family katanya. Cis.


Harini 13/9 I dah koje. Sekian.









No comments:

Post a Comment