Mari join..:)

Wednesday, September 14, 2016

Bercampur baur.

Korang pernah tak rasa, korang macam trapped. Macam diluah mati emak,ditelan mati bapa. Correct me if I'm wrong hehe. Meh aku bagi situasi.


Situasi 1

Korang sedang memandu kereta ke tempat kerja. Jalan agak sesak. Tiba-tiba, anda kena memperlahankan kenderaan kerana kereta hadapan anda brake. Anda sedang stress kerana mungkin terlambat ke tempat kerja. Anda tak nampak apa yang dihadapan kereta hadapan anda itu. Apabila anda berjaya melepasi halangan tersebut dan nampak apa yang sebenarnya terjadi, rupanya ada seorang pakcik membawa motor OKU di hadapan kereta hadapan anda sebenarnya. Tadi anda marah kerana tak tahu apa yang berlaku, bila nampak pakcik tersebut, sudah tentulah anda akan rasa bersalah kerana marah tadi kan.


Situasi 2

Korang melalui jalan yang sibuk. Seperti kenderaan yang lainnya, anda juga rushing. Anda gembira kerana berjaya memotong kenderaan yang lain, dengan kata lain, anda berjaya sampai ke destinasi lebih cepat. Puas.

Pada hari yang lain, anda tidak berjaya memotong. Kereta-kereta lain pula memotong anda. Anda mungkin marah dan tak puas hati. Tapi lepas tu anda terfikir, begini rasanya bila anda memotong kereta lain. Mereka juga mungkin marah dengan anda.


Situasi 3

Korang ingin berjimat. Cuba untuk bargain sesungguhnya. Penjual/pemberi servis dengan terpaksa, memberi diskaun. Anda gembira. Anda tidak fikir langsung kos yang ditanggung oleh penjual/pemberi servis tersebut. Kes ini banyak berlaku apabila kita ingin membeli barang dari penjual Melayu. Ya, mungkin sesetengahnya tamak. Tapi kalau kita selidik,mungkin pembekal memberi harga yang lebih tinggi dari penjual bangsa lain? Sebab tu bangsa tertentu tu dapat menjual dengan lebih murah? Ya mungkin.

Selain itu, bila kita pergi ke negara lain, sesetengahnya harga minyak lebih tinggi dari negara kita. Mungkin RM6 seliter. Tapi kita berusaha untuk cari servis paling murah. Bayangkan dia memandu kita 12jam, mungkin sehingga 100km. Bayangkan tenaga dan kos minyaknya. Adakah RM52 untuk perkhidmatan selama 12jam berbaloi untuk mereka? Fikirkan.



Banyak lagi situasi lain. Kadang2, kita pentingkan diri sendiri, dan marah tanpa usul periksa. Tapi bila kita cuba letakkan diri kita dalam kasut orang lain, mungkin kita akan tersentap dengan kebenaran. Cubalah, mungkin kita akan lebih bersyukur dengan apa yang kita ada...



P/S: peringatan untuk diri sendiri juga...

No comments:

Post a Comment