Mari join..:)

Friday, August 5, 2016

Suicide Squad..best ker?

Rabu malam member umah ajak pergi tengok Suicide Squad. Tak berapa appealing sangat bila aku tengok poster film ni, tapi pergi jelah. Aku tengok poster ni teringat The Purge: Anarchy tu. Memang aku tak gi tengok pun The Purge tu. Mungkin jiwa aku tak ke arah keganasan hehehe.


Member aku ni excited, aku pun layan jelah. Aku tengok yang berlakon ni masa mula2 tu, aku kenal Will Smith je heheh. Yang lain tu muka conteng2 I malas nak layan kahkah. Cite ni DC punya character, aku tak berapa familiar sangat.


Aku rasa main attraction kat sini dia ni: 


Dia ni makwe Joker. Rasanya takde sape yang tak kenal Joker, ye dak. Sebab apa aku kata main attraction? Mula2 dia keluar, nampak spende dia dulu. Dia tergantung kat cell (read: bilik penjara) dia tu, ala2 akrobatik. Rupanya gila, so penjara dia special sikit, takde katil. Pastu dia dok sorang2 je kat bahagian cell yang besar tu.


Dia sebenarnya psychiatrist, yang ditugaskan merawat Joker. Pastu jatuh cinta pulak dah dengan Joker, Joker buat apatah dengan dia, ada flashback2 sikit la tunjuk, dan sebab tu, Harley Quinn ni jadi gila jugak macam Joker. Sepadan sangat diorang ni haha.


So untuk selamatkan Amerika dari 2 manusia berkebolehan luar biasa, diorang ni dibebaskan dari penjara. Ada captain boomerang, Deadshot (will smith),  Killer Croc, yang boleh bakar orang tu sape tah nama dan Harley Quinn. Masa diorang dibebaskan tu, diorang ada disuntik dengan satu bom. Kalau diorang lari, kolonel yang ketuai diorang tu akan tekan satu butang dan diorang akan mati terus. Memang ada sorang cuba lari, dan terus kojol kat situ.


So masa diorang keluar tu, diorang boleh pilih kostum. So Harley Quinn tu kan gila, so dia pakai spende je kaler biru merah, pastu bra, and sarung baju putih kat luar. Of course la, semua orang akan tengok kan dah pompuan separuh bogel tengah2 alam. Tapi dia tak faham pastu tanya "what?" Sebab tu la aku kata dia main attraction, banyak part seksi2 pastu lawa.




Joker ni macam Hawt tau, walaupun huduh. Tapi ada part tu berdegup juga jantungku hahaha. Ada satu scene, Joker tanya Harley, sanggup mati tak demi dia. Harley cakap yes. Dia suruh terjun dalam air menggelegak ni. Harley tu terjun. Joker jalan nak pi dari situ, tapi rasa tak sedap, pusing balik terjun dalam air yang sama. Selamatkan Harley, pastu kissing. Ceh.



Tengokla muka clean dia, aiyoooo jambu. Pastu ada satu scene ni, dia nak selamatkan Harley Quinn, hack helikopter kerajaan. Kan ada bom kat leher Harleytu. Joker buat camne tah, tapi tak berfungsi. So ketua misi diorang tu, heartless punya perempuan suruh Deadshot tembak perempuan tu. Tapi Deadshot tak mau. Pastu dia bagi offer cantik punya, Deadshot tembak tapi saja bagi miss. Pastu heartless woman tu,nama Amanda Waller, suruh tembak heli tu. So Harley sempat jatuh. Tapi Joker and the gang terhempas. Harley sedih la masa tu. Tapi dia kan gila, so dia buat2 takde perasaan, join balik squad tu. I pun sedih Joker mati huhu.


Masa jumpa manusia luar biasa tu, dia boleh bagi ilusi tau. So apa yang kita nak, dia akan tunjuk. Contoh, Deadshot rindukan anak perempuan dia. Pastu Harley nampak dia dukung baby, Joker kiss abang baby tu, nak pergi kerja. Muka clean tapi tak tunjuk full. Nampak tepi je, tapi memang kacak giler. Harley tu pun muka clean masa tu, kiranya dia nak kehidupan normal la dengan Joker satu hari nanti. Part ni wow.


Tapi part kalahkan manusia luar biasa tu, simple ja. Tak susah sangat. Dan yang kelakar, manusia luar biasa tu adik beradik, abang dah mati. Tinggal adik perempuan tu nama Enchantress. Enchantress ni dia rasuk sorang pompuan ni, awek kolonel Flag yang ketuai suicide squad ni. So last tu ingat mati la dua2, sekali eh, bersalin kulit lak haha. Macam nipu sangat. 


Ok kot cite ni, gile tak gile, aku tengok seat 7.30malam, masa aku tengok tu 9pagi lebih kot. Dah separuh full, tinggal depan je. Kol 6 punya dah sold out. Masa aku tengok Alice in Wonderland dengan Star Trek beyond tak macam tu pun. Memang ramai suka kot cite ni. Gi la tengok huhu. 


4 comments:

  1. erm..ok kot hehe. takut sy rasa best, org lain xrase camtu huhu. OST dia heathens tu best

    ReplyDelete
  2. Harap2 ada cerita pasal Jonker and Harley tu..sbb nk tahu sgt ape perasaan joker yg sebenar dkt harley

    ReplyDelete
  3. macam best je kalau betul2 buat 1 movie pasal diorg hehe. tapi xtaula bila kan

    ReplyDelete