Mari join..:)

Monday, August 8, 2016

Review Star Trek Beyond.

Haha, ni aku tengok 2minggu lepas. Jumaat. Ingat tak dulu2 aku rajin tengok wayang sorang kat Jusco Perda ataupun sekarang dipanggil Perda City Mall? Ok Perda City Mall ni dibuka semula lepas Aeon tu pindah, tapi sekarang dah dikosongkan sebab nak runtuh katanya, hmm. So dulu wayang Jusco tu dah jadi tempat persinggahan aku setiap Rabu. Even esok kerja pun, 10malam aku gigih gi tengok wayang. Cite apa2 saja,tapi tak pernah la tengok cita Tamil.


So ada la sekali aku tengok Star Trek Into Darkness. Kalau masa tu ada Star Wars, maybe sekarang aku one of the trillion fan of Star Wars (ini exaggeration). Macam2 cite aku tengok masa tu sampai dah tak ingat pun. So jadi rasa nak tengok lagi la cite Star Trek ni.


So Star Trek ni masih mengekalkan pelakon utama, baru2 ni pulak aku tengok cite Princess Diaries 2. Kan hero dia ada dalam tu. Chris Pine. Pastu baru2 ni jugak salah seorang pelakon dalam tu mati, Anton Yelchin. Dalam Star Trek Beyond watak dia agak menonjol, aku rasa sekuel sebelum tu macam tak banyak scene. Ke aku yang tak perasan. Dia mati dilanggar kereta sendiri, parking kat bukit pastu kereta tu meluncur langgar dia.


So cite dia, kapten Kirk nak apply jawatan higher. Leftenan kot. then dia propose commander Spock jadi kapten. Tapi dia tak bagitau sape2. Pastu tiba2 ada mission, diorang kena selamatkan sorang makhluk ni, makhluk ni kata dia pergi satu nebula ni dan kapal angkasa rosak kat sana. Dia sorang je selamat. So kononnya, misi ni senang la, selamatkan orang je. Tapi sampai2 planet tu, diorang nampak kapal, nak communicate dengan kapal tu tak boleh. Pastu tetiba kena attack oleh benda yang macam lebah. Diorang berkumpul dengan banyak dan tak dapat dikesan awal. Masa tu komunikasi diorang terputus dengan HQ.


Masa tu jugak, kapal diorang diceroboh oleh puak yang menyerang ni. Kapal Enterprise diorang dah teruk sangat, so kapten Kirk suruh semua orang cabut. Tapi yang nak cabut tu semua ditangkap. Kapten Kirk dengan Chekov lak terhempas kat planet tu. Scotty punya pod pun terhempas dan jumpa sorang makhluk ni nama Jaylah. Jaylah bawak dia pergi "rumah" dia yang merupakan kapal angkasa lama, adik beradik Enterprise jugak.


Pastu diorang dapat tahu yang attack diorang tu nakkan satu artifak yang ada dalam kapal diorang untuk cipta satu mesin yang boleh memusnahkan segalanya. Makhluk tu sebenarnya merupakan manusia iaitu kapten kapal yang rumah Jaylah tu. Krall panggilnya. Makhluk tu boleh hidup lama dengan ambil source dari manusia lain. Tu yang muka jadi macam makhluk asing. Tak expect pun manusia sebenarnya.


So diorang cuba selamatkan krew kapal yang lain. Dalam masa yang sama, kapten Kirk kantoikan orang yang mintak tolong tu sebenarnya berniat jahat. So geng2 makArtifak tu dia buh dalam kepala salah seorang makhluk asing ni. Geng2 Krall ni ugut la tahanan mereka ni, so makhluk asing yang simpan artifak tu pun bagi la.


Jalan cite ni agak mendebarkan. Yelah,ko bayangkan ko duduk kat planet tah mana2, takde sape nak selamatkan.Macam kes helikopter terhempas kat Ba'kelalan tu. Pilot tu hidup selama 11hari camtu tapi sebab takde orang nak selamatkan, mati camtu je. Tu dalam Malaysia, ni kat planet luar. Lagila takde orang nak selamatkan.


So kesudahannya kapten Kirk tak mau jawatan Leftenan tu, lagi syok jadi kapten katanya sebab dapat travel. Pastu Commander Spock, mula2 nak berenti jugak, dia pun tak bagitau Kirk, tapi last2 tak jadi jugak huhu. Saling sayang menyayangi walaupun mula2 tu banyak gado sebab Spock ni kan skema huhu.


Best jugak, sekarang ni banyak cite best sampai tak cukup masa lak nak tengok huhuhu.







No comments:

Post a Comment