Mari join..:)

Monday, August 1, 2016

Review Kabali

Aku rasa sepanjang aku buat review, bukan review sebenarnya. Mostly cerita ringkasan cerita yang panjang lebar je kahkah.


So semalam, aku ingat nak pergi tengok Kabali. Tapi tunggu punya tunggu member tak sampai2, so aku pergi la hiking dulu. Aku check dah BJ dengan QB punya showtime.Target tengok malam la. Pastu last2 kol 8 baru dia sampai rumah aku. So QB memang out dah, paling cepat kalau nak tengok Kabali pun 9.15 kat BJ, dahla cite tu 2jam setengah. Harini kan kerja, so letihla kalau balik lewat sangat. Member aku pun nak balik seberang pulak kan lepas tu.


So on the way tu tukar rancangan nak tengok The Shallows. Aku sebenarnya kureng sikit nak tengok, sebab cite tu kan saspens banyak. So target la the shallows 8.50. So sampai parking 8.30 camtu, tapi tunggu lif la apa, pastu member nak gi toilet pulak. So aku cakap aku nak gi beli tiket dulu. Elok2 sampai kaunter, aku terus order KABALI 2 orang. Pastu member tak sampai lagi, aku pergi beli makanan dulu. Aku kelaparan sebenarnya, pagi sampai tengahari makan mee goreng je hasil pergi open house Sabtu tu. Haha.


Pastu baru dia sampai, berak rupanya cis. So terus bagi tiket nak masuk la sebab dah 8.50. Staf tu pun ok je koyak tiket. Tapi tengok2 eh belum bukak lagi so pusing balik. Pastu kawan aku cakap "haa, cite Kabali?" Aku pelik la kenapa pulak dia nak pelik. Kan memang nak tengok kabali. Pastu dia kata, tadi kan kita discuss nak tengok the shallows. hahahahhahahahaaha i memang terlupa dah. So tengok jela. Member aku pun pesan siap2, sebab panggung Lotus tu memang ramai Indian, kita pun tengok cita depa, so tahan jela k kalau riuh ke apa. Aku pun, okey jela. Riuh baru syok haha.


Sekali tengok, sampai akhir pun tak riuh k. Tolong la. Semua khusyuk k tengok cite, tak de masa nak meriuh.


Yang lawak, aku rasa aku je melayu pakai tudung kat situ. Duduk tengah2 lak tu haha. Ada gak lagi  yang pakai tudung, tapi India muslim dan aku dengar dia cakap Tamil sebab dia duduk betul2 depan aku.


So pengenalan cite ni ok la, Kabali baru keluar penjara lepas 25tahun meringkuk dalam tu. Yang kelakar, mula2 tunjuk la perbincangan polis pasal Kabali ni. Kelakar sebab Rajinikanth jadi warganegara Malaysia, lahir kat Pulau Carey. Tapi memang cite ni 70% la kat Malaysia, Ada sikit kat Siam pastu India jap. Pastu ada la sebaris dua kot dia cakap Melayu. Rosyam Nor cakap Tamil weh, banyak baris jugak dia cakap. memang suara dia huhu.


Memang stail la Kabali tu, patut gakla memang ramai minat. Ada lagu dalam tu K-town Clan nyanyi, dulu masa ada X-fresh fm aku layan jugak lagu diorang. Lagu English la, bukan Tamil. Part menari ada jugak sikit, celebrate Kabali jela bukan cinta2 ni huhu.


Sebenarnya mula2 tu okey jugak, tapi masuk setengah jam ke sejam macam boring sikit. Berapa kali jugak aku tengok jam. Tapi kalau takde scene2 tu rasanya maybe tak lengkap la keseluruhan cite tu. Tapi dah nak last2 tu..huiyo


Part sedih, ada jugak. Dia ingat bini dia mati. So sepanjang 25tahun tu bersedih jela bini takde,anak dalam kandungan pun mati sekali. Kan masa bini dia kena tembak tu, dia tengah sarat mengandung. Pastu time tu polis terus tangkap dia. So tak sempat tengok bini dia tu macam mana.


Sampai la masa dia gi Siam sebab nak cari Velu. Masa tu Velu tu cakap anak perempuan Kabali hidup lagi. Dan time tu jugak anak dia tu muncul dengan pistol. Rupanya pembunuh upahan Kabali tu anak dia. Nasib dia tau masa dia dapat job tu. So dia cuma ambik job tu untuk protect bapak dia je. Bukan untuk bunuh. Patutla berapa kali dah dia ikut je Kabali tapi tak buat apa2. Pastu anak dia bagitau, mak dia masih hidup. Time tu sedih la, saspens pun ada sebab pergi banyak tempat pastu mak dia asyik pindah2. Aku saspens sebab fikir jangan2 nanti dah jumpa, bukan bini dia sebenarnya hahaha. Memang spoil la kalau gitu. Tapi akhirnya memang betul. Fuh lega.


Time dia bergaduh dengan Tony Lee, kemuncak cite la dah. Memang stail la. Kabali rilek je, Tony habis keluar peluh jantan semua sebab Kabali musnahkan bisnes dia satu persatu sambil duduk je. Pastu fon Tony Lee tak habis2 berdering bagitau kilang musnah la polis serbu rumah pelacuran diorang la.


Aku sebenarnya ada ter-pergi promo filem Kabali ni. Aku tak tau pun, tengok ramai2 orang berkumpul je. Sekali eh, promo Kabali rupanya. Masa tu member siap tangkap gambar la dengan Rajinikanth palsu tu. Aku agak je palsu sebab macam takde aura pun. Kalau dia betul2 mesti ada bodyguard la apa. Tapi masa promo tu ada la tulis nama Norman Hakim dengan Yang Kassim. Aku pun tunggu la part diorang ni. Rosyam Nor memang dari awal lagi dah ada. Rupanya jadi pak pacak je, konco2 Tony Lee. Sian jugak, tapi diorang mesti rasa best kan sebab dapat gak berlakon dengan Rajinikanth.


Hujung dia tergantung sikit, yang tau dia masuk penjara balik. Overall rasa macam bangga jugak sebab sedikit sebanyak macam promo Malaysia di India. Kan masa mula2 ditayangkan di India, diorang siap dapat public holiday khas untuk tayangan tu ja. Gila tak pecah panggung la kan cite tu. Kat Malaysia pun agak pecah panggung juga, maybe sebab shooting kat Malaysia kot.


Rating? Erm tak tau nak bagi.






No comments:

Post a Comment