Mari join..:)

Tuesday, August 2, 2016

Review Alice in Wonderland Through the Looking Glass

Lama dah tengok Alice ni..aku gi tengok sorang je macam biasa la kan hehe. Dia keluar time raya, tapi lepas raya la baru tengok. Time aku gi tengok tu tak ramai pun orang, maybe sebab tak banyak promosi or orang sibuk beraya di kampung lagi.


Permulaan cite ni aku macam blur sikit. Aku tengok sekuel sebelum ni, tapi tak ingat lak bila masa Alice jadi kapten kapal heheh. Rasanya takde kan? Terus2 je. Aku rasa lepas episod dia bunuh Jabberwocky tu dia dah jadi berani so bolehlah jadi kapten kapal walaupun seorang perempuan. Kan masa dulu2 perempuan ni orang pandang as simbol seks je, tak boleh nak buat kerja2 lelaki sangat macam sekarang.


So semasa satu konflik ni Alice terjumpa Absolem (sorry kalau salah eja) yang dah jadi rama2. Dia ingat Absolem dan follow dia. Pastu termasuk dalam cermin. Sedar2 eh dah masuk Wonderland. Oh baru la faham looking glass tu maksudnya cite kali ni pengembaraan dia dalam cermin.


Rupa2nya diorang cari Alice sebab Mad Hatter tu dah tak betul. Dia memang tak betul, tapi menyeronokkan. Sekarang ni dia jadi madly serious, shut everyone out. So Alice datang jumpa dia, dan Mad Hatter cakap yang family dia masih hidup. Alice tak percaya, so Mad Hatter tu marah dan halau dia jugak. Pastu Alice jumpa White Queen dan White Queen suggest dia pergi curi chronosphere dari Time (Masa). Ok ni part kelakar. Time literally means masa, berupa seorang lelaki dan merupakan boyfriend Red Queen. Time ni boleh tahu sape yang mati. So bila mati jam randik yang mewakili nyawa tu akan stop ticking dan dia akan letak kat tempat orang mati. Masa tu Alice nyorok2 je perati Time ni. Akhirnya kantoi.


Banyak part kelakar melibatkan Time ni, sebab dia kan masa. So Alice jumpa dia nak minta tolong, so dia minta sedikit masa untuk bercakap, pastu Time kata, "you want me to give you "me""? haha bila dalam english jadi kelakar. Bila translate jadi krik2 je.


Pastu sebab Time tak nak bagi, Alice curi Chronosphere tu, dan pergi mengembara ke lautan masa. So ter-pergi time Red Queen dan White Queen kecik, menjawab persoalan kenapa kepala Red Queen tu besar. Pastu kenapa Red Queen tak suka Hatter. Camne keluarga Hatter boleh diminished, memang diminished, bukan mati sebenarnya.


Lepas tu, Time cuba kejar Alice. Terjumpa dengan Hatter and the gang yang tengah minum petang. Kan masa Alice in Wonderland 1 tu arnab tu cakap, eh jam dah bergerak semula. So Time ter-pergi time sebelum Alice datang tu. Diorang bahankan si Time ni, pastu cuba tipu2 si Time ni kot, so Time marah dan bekukan masa untuk diorang.


Chronosphere tu sebenarnya yang make sure Jam Besar Abadi kot nama dia berfungsi. Bila chronosphere ni takde, masa mungkin terhenti buat selamanya,macam kiamat la. So memang bahaya sangat la bila dicuri. So last tu memang masa terhenti semua, tapi selamat jugak akhirnya. Red Queen dengan White Queen berbaik dah, family Hightopp yakni family Hatter dah ditemui, diorang sebenarnya jadi kecik dan disimpan oleh Red Queen. Tu la pelik apa benda tah yang Red Queen tu asyik main dalam frame.


Sedih sebab macam takde sekuel dah lepas ni.  Last tu Alice sedih sebab kena berpisah dengan Hatter, pastu kata maybe lepas ni takkan jumpa lagi. Hmmm.


No comments:

Post a Comment