Mari join..:)

Thursday, August 25, 2016

Minat awak.

Taste kita,atau dalam kata lain, citarasa kita untuk ciri2 lelaki/perempuan idaman kita, adalah cermin diri kita. Setuju?


Hehe.. setiap orang taste berbeza. Tapi aku dengan Intan dulu, kawan baik masa unimas, taste kitorang dekat2 sama. First benda yg relate kitorang,sama2 budak sekola perempuan. Pastu kami,dengan amsal suka rock kapak. Memang layan. Aku dengan Intan suka Lee Dong Wook (hero My Girl), erm banyakla jugak sama. Penah gaduh sebab laki. Percaya tak?


Masa tu,apatah sebabnya. Tiba2 Intan menjauh dari kami, sebelum tu kitorang rajin mesej. Aku ada minat senior nama Amin, senior Civil, Intan minat Ridha. Ridha ni senior aku,tapi mekanikal. Biasala, budak mekanikal kann ramai jugak yg hawt. Pastu saja2 usik la cakap berjodoh dengan ridha la apa,last2 dia bengang kot. Tu yang jadi tak bercakap. Masa tu 3rd year, aku praktikal 3rd year 2nd sem,diorang(intan dan amsal) course 3tahun. Maknanya lepas aku habis praktikal,tak jumpa dahla diorang. Tapi rasanya setahun ke beberapa bulan lepas tu, Intan mesej mintak maaf.dan punca gaduh sebenarnya bukan pasal Ridha pun. Ceh.


Back to topic.


Aku dulu cukup tak berkenan lelaki yg banyak kawan pompuan. Macam bila jalan2, ada satu kumpulan pompuan,tiba2 ada sorang laki. I suka yang lelaki yg tak ramah dengan perempuan.selalunya budak bio la hehe. Pastu bila fikir balik, aku pun tak ramah dengan laki haha. Tapi sebab aku amik engineering, jadi ok jela kalau kawan2 semua laki pun. Siap masa fourth year,ada satu kelas ni 10orang, I sorang je pompuan,pastu kena buli sobss.


Dari segi fizikal, tak suka laki tinggi sangat. Yang bila aku jalan sebelah, dia cakap pun aku tak dengar. True story tau, ada satu masa ni aku jalan dengan sorang laki ni tinggi 180 kot. Tak ingatla sebab apa masa tu,tapi jalan dari kolej sampai library dalam 30-40 minit gitu. Aku tak dengar dia cakap apa,so tak dapat response well. Pastu 2,3kali jadi camtu. Siap kantoi, dia cakap, tak dengar la tu. Hahaha. Oh bukan scandal,masa tu baru masuk first year,kitorang sama2 budak kmpk,tu yang jadi baik kejap. Mula2 masuk unimas I takde kawan T___T


Pastu dari segi kecerahan, I suka putih. Sebenarnya dari kecik I suka yg kulit milo. Razlan Kristal (ehem) salah seorangnya. Laki utara ramai juga yang kulit milo, maklumla anak mami ramai,tapi tak penahla sangkut lagi dengan anak mami. Sebab lepas matrik, laki yg aku tertarik kepada,kebanyakannya putih. I pulak jadi pelik pada diri sendiri.


Amin tu, masa mula2 tengok dia. Terus terfikir,lelaki idaman selama ni. Tapi sekarang bila fikir2, apa ye yg menarik kat dia tu. Masa first time nampak dia,rambut panjang takat bahu, mata sepet,cerah. Rambut dia lurus elok la, bukan kerinting. Tapi aku memang suka laki rambut gitu,yang tutup dahi separuh tu. Ok gelakkanla taste I ni huhu.


Kelakarnya, memang selalu jumpa dia ni, mula la berbunga2 rasa. Intan cakap muka dia macam aku. Ada sekali tu dia kat kafe nampak Amin yg rupa orang baeu bangun tido,katanya sama macam muka aku masa ngantuk haha. Pastu Intan cakap maybe dia minat aku jugak, tak taulah sebab sampai kesudah aku tak bercakap dengan dia haha. Last jumpa masa aku konvo. Bukan jumpa, terserempak.


Oh, aku dengan Intan dulu salu usyar diorang balik kelas dari balkoni rumah aku. Sekali tu, aku, Amsal, Intan gi kafe masa weeekend, diorang ni galakla usik aku,saja buat aku tersipu2,sampai aku lak pelik. Aku ingat sebab lalu depan blok Amin tu, rupanya memang Amin and the geng tunggu kitorang lalu haha.dahla weekend tak ramai orang,memang kami ja masa tu. Dan mustahil diorang tau kami ngintai dari umah sebab umah aku tingkat 4 okey, pastu bahagian hujung. Kalau nampak ty mata memang binokular. Eceh,nak mengukuhkan fakta nampak. Perasan la tu.


By the way,Amin dah kawin huhuhu.


Sebenarnya, Gemok dengan Amin physically ada persamaan. Cuma Amin lebih sepet, Melanau kan. Masa mula2 nampak Gemok, I tak suka dia huhuhu. Oooh dont start.


So pasal taste tu, jarang dari kita yg dapat kawin dengan taste kita. Sebab apa? Sebab cerminan diri kita tu la. Kalau sama dengan kita,agak sukar la nak melengkapi satu sama lain kan. Ada,tapi maybe tak ramai, dan maybe tak berkekalan sangat.

Tapi dah 28tahun ni,akui aku memilih. Sebab apa? Entahla. Contoh laki yg anak sulung,aku tak nak. Aku nak bongsu, sebab letih ngadap ramai adik,tapi yg bongsu yg aku kenal tak rasa dekat di jiwa huhu. Pastu ada satu negeri ni,aku memang avoid sungguh. Tak taula kalo end up dengan orang negeri tu. Takleh sebut apa dan kenapa,nanti kena kecam huhu.

Dan paling pelik, tak suka laki yg lebih suka pada aku. Normal kot, kita jarang suka orang yang suka kita. Memang aku lari. Aku suka orang je takpe,tapi aku tak expect pun diorang suka aku balik. Pernah sekali sebenarnya jadi, dan aku pulak yg lari. Oh bukan Amin dan Gemok ye. Dulu suka sangat,pastu bila dia dah okay2 dengan aku, aku pulak taknak. Dia sulung by the way. Mungkin sebab suka fizikal kot,maklumla zaman2 BBNU dulu, haha.


Erm harini rasa tak best sangat, cried a lot on the afternoon. Sebab dirahsiakan. Huhu. Tu la orang kata, jangan seronok sangat,nanti menangis. Tetiba nak menaip pun sebab terpengaruh dengan 2 cite korea yg aku tengok arini. W dan Five Enough hehe. Nite chuolss. Mari menghadapi mimpi yg mungkin indah,mungkin tidak.









No comments:

Post a Comment