Mari join..:)

Wednesday, August 3, 2016

Makan-makan Aidilfitri

Semalam aku pergi lunch dengan kak Liza dengan Lean Lean. Kat tempat kerja aku paling rapat dengan 2 orang ni la. Pastu kak Liza kata diorang ada meeting kat opis so alang2 nak buat makan2 sekali. Dia nak masak lemang dengan rendang, suh kawan dia buat kuih seri muka pastu bawak sedikit kuih raya.


Pastu cadang nak beli KFC delivery tapi kutip duit la dari semua orang. Almaklumlah kitorang Melayu tak la ramai, company pun macam takde nak sponsor huhu. Tapi bos ada la bagi RM50 sorang hehe. Then kutip dalam RM13 sorang la untuk KFC. Aku beli kek marble semalam kat Giant. Murah je walaupun besar, tapi sedap lembut. Pastu Nizan suruh bini dia send kuih raya sebekas jugak. Jadi la kan.


Ramai ni je join, masa ni aku busy cari makcik cleaner. Justin suruh jemput dia as special guest, aku jemput dah pun pagi tu. Tapi hilang pulak dia. Dah habis orang makan baru jumpa dia. Justin la yang bubuh makanan dalam pinggan, simpan untuk makcik.




4 set family feast, tu pun berlebih.

Leong yang baju merah kiri sekali ni, masa aku send email jemput semua orang dia jawab "when talk about eat, must count me in" LOL


Tak merasa kuih seri muka tu, laju je habis. 

 
Ni bos paling baik dalam dunia, Justin

Bos tengah cakap pasal keindahan sawah padi kat utara semenanjung, yang tengah tu Nizan, orang Perlis. Dia cakap kalau nak balik kampung nanti bagitau dia. Masa ni orang lain tengah berkemas, I sibuk habiskan air huhu.

 

Matching lak baju kami, jam aku pun matching dengan tudung hahahah. Biskut atas meja aku tu sibuk enterprem hahah.

Gambar candid. Kanan aku tu bos besar, Melayu Singapore. Dia cite la, kat Singapore dah takde kampung. Susah nak makan lemang dalam buluh la apa. Dia kata dia suka traditional food, tapi susah nak dapat. Kebetulan dok sebelah dia, sembang jela. Sambil tu dia discuss pasal kerja dengan orang sebelah kiri aku huhu.



No comments:

Post a Comment