Mari join..:)

Tuesday, August 9, 2016

Kereta..bila meragam

Pengalaman aku dengan kereta..hmm.. buat masa ni aku pernah memiliki sebuah kereta saja, Myvi 1.3 SE tahun 2011, kaler silver,plat AHN xxxx,transmission manual. Bukan Lagi Best. Dia keluar awal sikit dari Myvi Lagi Best. Nama timangan kereta aku Mybieber. Motip nak cite detail huhu. So kereta ni aku beli dalam pertengahan bulan 5 2011. Sebulan lebih selepas I mula bekerja di Honda. Haa? Kenapa beli kereta awal sangat? Hmm banyak sebab, salah satunya susah nak dapat kerja bila kita cakap takde transport. Lesen ada, tapi kenderaan takde. Pastu sebulan lebih tu tumpang housemate, dan duduk kat rumah sewa yang dia dan bakal suami akan tinggal nanti lepas kawin. Ada beberapa kejadian, dan rasa tak sedap dah nak menumpang. So I beli dengan harapan nak pindah secepat mungkin. Sebab utama, susah nak balik kampung mak masa raya. Dua tahun sebelum tu, ayah kena buat 2 trip tiap kali nak balik kampung sebab kami kan ramai. So lepas aku start keja,aku tak mau dah camtu. Kesian ayah.


So aku pernah eksiden hmm. banyak kali jugak haha. First masa tu lepas farewell diri sendiri kat Hammer Bay. Masa Honda aku kerja Safety untuk bahagian Assembly, so take care pasal kes pekerja2 yang eksiden la. Sekali elok2 resign I terus eksiden. Ceh. Then pernah langgar lori, dan pernah sekali eksiden sendiri kat highway masa hujan lebat. Bila fikir2, banyak betul kesusahan sebab eksiden. Tapi still bawak laju huhu.


Kereta ni biasa la, dah bayar bulan2, ada la maintenance fee nya. Sebab tu aku rela pakai Myvi dari pakai kereta mahal. Tau kemampuan diri sendiri. Setakat ni dah 5tahun 3bulan, 3tahun pertama tu tiap2 tahun claim insurans. So roadtax tiap2 tahun mahal. Tahun ni syok sikit, NCD dah 30%, harga kereta pun dah tinggal 30k kot. Masa beli tu 50k, mahal2. Tak sampai 2 tahun, kena tukar tayar. Pastu servis2 yang lain. Kereta tu pun banyak bergerak, masa awal beli tu tiap2 minggu balik kampung. Dapat kereta Selasa kot, Jumaat malam tu lepas balik kerja I terus balik kampung. Masa tu tekanla banyak mana pun syok je. Siap kereta besar jeling2, dahla Myvi, perempuan, pastu lesen P lagi lak tu hahahah.


First sekali dia meragam, bateri. 4 tahun lebih tak pernah tukar. So aku mula risau. Air tu aku pun tak sure pernah topup ke tak. Tapi aku syak la kan, masa aku eksiden langgar lori tu, kete aku tu dibawak ke Perodua. So mungkin masa tu diorang ada tukar bateri sekali. List part yang diorang tukar masa tu, ada 2 ke 3pages. Total belas2 ribu masa tu. So aku rasa jela, nak check pun takleh dah sebab tulisan kat bateri tu dah pudar habis.


So aritu masa makcik aku kawin kat KL, aku bawak la kereta ni. Aku cakap dengan ayah, ayah nanti tengokkan bateri kereta ni. Balik dari Ampang, terus balik Perak balik. Sampai Sungkai, kan ada Nasi Buluh yang femes tu. Kami singgahla makan. Masa nak balik kete tak leh start dah. Tolak pun tak jalan. Sekarang kan kereta elektronik apa tah, tak boleh tolak. Dulu mekanikal boleh tolak katanya. Aku pun tak faham sangat, tapi dua benda tu lah yang aku tangkap huhu. Engineer konon,tu pun tak tau. Panggil pomen jump start. Sampai Petronas berhenti jap, tapi tak tutup enjin. Balik2 kat kereta enjin dah mati. Aduhai. Pastu ada satu keta parking tepi, kebetulan diorang ni pomen and tokey bengkel. Tolong jump start, dan diorang suh tukar terus bateri. Memang nak tukar, tapi hari tu Ahad,petang lak tu. Confirm takde kedai spare part buka.


So Isnin tu terus EL, pergi tukar bateri. Ayah bayar huhuhu.


Pastu aircon. Baru fikir nak tambah gas, pastu terus problem. Ada aku cite dalam entri tragedi raya aritu huhuhu.



Aritu lak dah setel aircon, aku parking macam biasa. Masa tu hujan lebat. Pastu kol 2 lebih camtu tetiba alarm kereta bunyi2. Pelik lak,semua tutup rapat. Aku pun takde usik bonet ke apa. Pastu try bukak bonet depan.Eh loose pulak ni macam sedia terbukak dah. Pastu try tutup,tarik lagi. Bunyi jugak. So last2 I kunci secara manual dan blah. Tanya Gemok, dia cakap maybe sensor pintu problem. Tapi aku tak faham camne nak cek tu. Esoknya tanya member technician sini suruh gi tengokkan. Dia ajar la suruh tekan2 sensor kat bonet depan tu. Pastu eh, setel. Lega I.


Ni clutch pulak. Haritu kami pergi makan2 sempena birthday mak. So Apis bawakla kereta aku, pergi Teluk Intan. Dia cakap keras gila clutch aku, rasa nak patah kaki. Mak aku cakap, "aii yong ko bawak hari2 takde pun patah kaki lagi". Aku syak sebab minyak gearbox, tapi tak taulah huhu. Baru2 ni bunyi masa tekan clutch, tapi kadang2 je. Aku google2 la kan. "screeching sound while driving".  Banyak info jugak aku dapat, camna nak buat kalau clutch habis,camne nak check habis tak lagi. Tapi bila aku ikut tips diorang bagi tu, tak habis lagi. Tapi mungkin soon la kan. Sebab aku baca, kalau kat bukit kita selalu main minyak dan clutch,pastu selalu dok dalam jem. Clutch lagi cepat habis. Logik jugak,kete aku pun dah 5tahun. Dah nak sampai masa. Bila aku baca pun, mostly tukar dalam 4-6tahun gitu la. Penang dan KL memang la jem kan sentiasa. Agak logik la kalau nak habis dah. huhu.


Gemok cakap tu perasaan je. Tadi gi onsite dengan bos. Tanya la bos sebab dia pernah pakai kete manual jugak, bos cakap maybe clutch dah makan,tapi belum habis lagi. Ok lega sikit. Tapi bos suggest suh tukar je dari kena lebih teruk nanti. Sobsss.


Kereta..kereta..memang keperluan..tapi bab maintenance... sedia jela duit


3 comments:

  1. Kereta manual kalau tak boleh start, boleh tolak lagi. Tapi kalau kereta auto, bila tak boleh start, kereta tak boleh tolak. Itulah yang saya pernah dengar sebelum ini. Mungkin itu agaknya pomen tu maksudkan. Haha.

    Saya ni pulak reti pakai je, bab-bab servis semua abah yang buat sebab still duduk sekali dengan parents. Tapi mula belajar sikit-sikit, takut nanti kena hantar kerja tempat jauh sikit, at least tahulah juga kan. :)

    Saya ni pesen kalau pertama kali dapat kereta, mesti akan accident. Dulu masa belajar kat Perak, pinjam kereta mak, accident. Kereta abah pun sama. Beli kereta sendiri, sama juga. Adoi. Tak tahulah nak kata apa. Kalau tak orang sondol saya, saya yang sondol orang. Haha.

    ReplyDelete
  2. Saya ni kereta manual, aritu nak tolak pun tak boleh start dah. Diorang cakap kereta lama je boleh stat kalau tolak, xsure gak haha.lagipun masa tu bateri mungkin kong sangat3.

    Tu la kan, pompuan. Tau bawak je hehe. Sy ni pun sebab dok jauh,kna mintak tolong kwn2 tengok.nak terus bwk bengkel takut jgk sbb nanti sng kena tipu. stkt g bengkel suh tukar minyak hitam je berani hehe

    ReplyDelete
  3. Org kata pengalaman tu bila eksiden hehe. sy pun masa bwk kereta ayh mula2 tu masa reverse terlggr tiang bendera sekola haha.

    ReplyDelete