Mari join..:)

Saturday, August 20, 2016

Jodoh berdekatan je.

Malam minggu cakap pasal jodoh, nampak sangat I lonely huhuhu.


Weekends kalau aku tak gi mana,tak balik kampung,memang melepak kat rumah je depan TV. Rumah ni ada Astro,tapi Njoi je kot. Entahla, tak pernah tanya. Tapi siaran yang ada memang basic sangat2 la. Selalu memang takde cite sangat, aku layan 701 or 702. Tengok CSI ke, NCIS ke,atau drama romantik kat 702.


Drama romantik kat 702 ni memang banyak, kadang2 cite hantu la. Masa takde Astro dulu, tv2 pun salu ada cite omputih romantik camni. Aku rasa memang taste aku kot cite camni huhu. Cite dia jalan cite lain2,tapi tema tetap sama.

Jodoh tu ada berdekatan.

Mostly watak heroin akan ada satu ciri yang special, macam suka anjing, or hidup dalam imaginasi. So nak cari pasangan yang sesuai tu, kadang2 payah sikit. Tapi camne pun,jumpa jugak pasangan yang so-called sempurna tu. Sempurna dari segi luaran, macam hensem,kaya semua tu. Tapi??

Bila dah kenal,rasa ada tak kena. Rasa tak connected la, rasa ada something missing. Dalam masa yang sama diorang ada kawan lelaki yang selalu ada berdekatan, jenis sembang hi hi bye bye camtu. Tapi end up, diorang tu la jodoh sebenarnya.


Ok aku cuba compare dengan hidup aku. Life aku bosan sikit, aku jarang keluar, tak suka pergi tempat ramai orang, dressing biasa2 je,rupa pun biasa. Macam adik2 aku, kadang2 pergi beli barang pun tiba2 ada lelaki datang mintak nombor fon. Eh aku tak suka la camtu sebenarnya,lagipun zaman lelaki nak mintak nombor fon aku da berakhir haha. Rasanya pernah 2,3kali je pun pernah jadi. Muka aku kan tak friendly, kadang2 macam nak belasah orang pun ada,hahahah. Kes ada orang datang mintak nombor tu pun,hmmm aku pun pelik. Tapi bia la,dah lama pun.


Bila tengok orang di sekeliling aku,contoh kat tempat kerja. Mostly cina,tapi bukan style yang aku minat. Haha. Kalau ada yang aku minat pun,bukan aku reti ngorat. Setakat cuci mata bolehla.

Area rumah sewa, nampak budak2 remaja melepak ada la. Pastu sebelah ni ada budak2 datang tuisyen. Tu jela. Persatuan2,aku tak masuk.


Kawan2, hmm majoriti kat group whatsapp semua perempuan. Dulu ada la jugak group campur,tapi aku left dah semua.


Keluar? Kadang2,aku pergi tengok wayang pun sorang. Kadang2 time kerja tiba2 rasa nak tengok wayang,so terus survey and book. Camtu je. Takde pun gi tanya kawan2 dulu ke camne. Housemates ada, tapi tak rapat. Time kerja lain2,aku je kot normal hour. Bila aku free diorang tak free. Sudahnya memang i bersendiri huhu.


Kalau balik kampung, ada la keluar dengan adik. Adik yang hawt,selalu orang datang mintak nombor tu. Huhu. Dengan adik bongsu,aku pun tak kisah dah kalau orang ingat tu anak aku huhu. Zaman muda2 sikit,aku kalau nampak lelaki ramai2 sikit,aku pusing ikut jalan lain. Sindrom sekolah perempuan kot. Tapi sekarang,aku lantakkan je sebab fikir, kalau lalu pun bukan luak pun haha. Orang pun tak tengok la.


Kesimpulan, jodoh belum sampai lagi huhu. Mungkin kena ikut cadangan kawan2 taayah,gi join baitulmuslim huhuhu.



Penangan tengok cite W two world, rasa nak kawin je tengok Kang Chul dalam episod7 tu hahahah






2 comments:

  1. DIVA banyak keluarkan telemovie romance kan. Ada satu tu saya minat sangat, Signed Sealed Delivered. Ada banyak telemovie dia, satu pun tak miss. Genre romance orang putih ni dia lain sikit. Heee.

    Semoga jodoh kita sampai juga satu hari nanti. :))

    P/S: Samalah!! Saya start dari Form 3 sampai Form 5 sekolah perempuan. Jadi, dia ada sindrom pelik sikit kalau nampak lelaki. Memang kalau boleh elak, elaklah. Tak kisahlah kalau melencong jauh pun. Haha.

    ReplyDelete
  2. Haha kan,sweet dia lain sikit dari cite jam7 hahaha. tu tv series ke drama? rasa mcm xpenah tengok hehe.

    Aminnnnn

    sep sikit! haha

    ReplyDelete