Mari join..:)

Saturday, August 20, 2016

Hiking Trip: Irau Mossy Forest

Aku rasa dulu aku ada letak satu wish list kat blog ni. Panjang lebar jugak la haha, tak tau mampu capai tak huhu. So Irau ni salah satunya la. Femes kot Irau ni, Sejak tahun lepas kot berderet orang kat Facebook cite pasal Irau ni,pastu ada satu masa ni Irau tutup untuk pemuliharaan, katanya banyak sampah. Hmm.


So one sweet day ni, kitorang- aku, Amoy,Sky camne tah. Sembang kat FB kot. Jom irau,bulan 8. Pastu terus wasap2 buat group semua. Set date 13hb. Contact Andy, agen Tebing Tinggi backpackers. Time kitorang nak gi tu full, dia cakap boleh kata every Saturday full. Sekarang kena ambik permit,limit 100orang sehari. So bayangkanlah huhu. Dia kata better amik Jumaat or Ahad. So discuss2 ok la amik Ahad,malamnya tido Cameron.


Dah deal semua, maka Sabtu malam, lebih tepat lagi Ahad pagi, dalam 12.20pagi gitu, I gerak ke tol Simpang Pulai, tunggu diorang yang dari KL ni. I sorang je dari Perak. Sekali diorang sampai tol pukul 3 daaa.. Sejam lebih jugak I tunggu huhu. Sempat I layan cite Korea- W Two world. Sampai2 terus gerak naik atas. Dekat pukul 5 jugak sampai Nova Hotel, tempat powil pickup kitorang nanti. Diorang gi pacak khemah, aku pulak gi lena dalam kete sebab sejuk sangat. 6.15 bangun. Diorang sempat tangkap gambar lagi. Ish3.



Naik2 singgah Petronas nak cing huhu

Cakap je 6.30 powil datang..tapi sebenarnya dekat 7.30 huhu. 

Atas powil, merasa la jadi Bangla jap haha. 

Kitorang say hi kat semua orang yang dijumpai sepanjang jalan haha

Gambar wajib huhu. Cuaca sejuk masa ni,tapi takyahla nak pakai baju tebal. Nanti panas lak and leceh nak bawak beban.


Lepas signboard tadi akan jumpa tangga camni. Kitorang start dalam 8.20pagi. Yang depan sekali tu Wak, ayah angkat member. Orang penting ni,nanti I cite nape.

Terus sampai 2000kaki haha, actually leh je jalan kaki dr bawah,ni kira cheat la

Muka fresh lagi, Sky, Amoy, aku. Sky dengan Amoy ni adik beradik,tengokla mata sepet tu. Tapi Amoy cakap aku leh join #gengsepet haha



Hakak tak pijak moss,so jangan kecam k huhu











Sebelum jumpa puncak akan jumpa mini Irau, dari mini ke puncak tu dalam sejam juga la. Bayangkan dah sampai mini Irau,kena turun pastu naik turun naik turun baru jumpa puncak. Condition jalan memang mencabar, sepanjang jalan bila jumpa orang,diorang akan cakap 10minit lagi,10minit lagi. Pffft psiko. 


Glove wajib pakai, aku ada satu dah yang jenis jari terkeluar tu, tapi pesan kat Amoy suh beli satu yang tutup semua. Masa naik aku pakai yang tutup semua tu,sampai mini Irau tertinggal, nak patah balik tak larat,pastu pakai la yang aku beli tu. Masa balik tengok dah takde,aku syak orang lepas tu ingat sampah,so diorang buang. Maaf I tak sengaja. 

Semua orang akan tangkap gambar kat sini

Letih,sempat la tido dalam 5-10 minit

Tak sangka ceq bole sampai atas

Condition kasut dan seluar kat puncak. Masa turun lecah semakin dahsyat,ish3

Sempena hari kebangsaan yang bakal menjelang, huhu

Berjaya!

Ok la walaupun semua orang Selangor,I join je. Kampung I pun selangor apa.

Ni masa da nak sampai bawah

Ni pun, geng pewai haha

5jam k nak sampai puncak, turun laju sikit 4jam sebab banyak luncur je haha. Lagipun on the way balik, suku jalan Wak tolong angkat beg aku,so memang ringan je nak hike huhu.

By the way,ada jumpa ular berbisa, nasib tak jadi apa2. Sorang member ni asyik jerit, kita kena sampai bawah sebelum 7pm,sebab takut gelap.Alhamdulillah, 6.50 kitorang sampai. Hehe. Group last. Ada member kaki problem, so Wak tolong urut. Sedikit sebanyak affect time turun. Tapi kan teamwork tu penting, so tak kisah pun tunggu. Diorang pun banyak tunggu aku dan Amoy. Ada sorang je budak team ni, jenis menonong ke depan, tak nak tunggu. Dia turun bawah dalam masa 1jam setengah. Padahal masa sebelum naik, berkobar2 cakap siput pun siputla, janji sampai,naik sama2,turun sama2. Huhu.

Dinasihatkan, better pakai kasut Adidas kampung ni. Kalau pakai kasut cantik2 sayang je. Pastu training la sikit masa nak naik ni. Sebab track dia bukanla senang sangat. Pastu baju tu macam biasa je,sejuk memang sejuk,sampai asap keluar dari mulut,tapi dha jalan tu ok je. Turun bawah balik baru betul2 sejuk.


Turun2 lapar gile. Terus cari nasi ngan tomyam.


Pagi esoknya, cari breakfast. Mana tah King masa ni. 

Turun bawah ingat nak bawak diorang makan laksa sarang,tapi tutup lak. So terus gi Thai Food Festival kat Batu Gajah. Tak jauh sangat dah dari Bandar Botani tu.


Kesimpulannya, ni first time aku naik Gunung. 3hari menanggung sakit kaki,eh 4hari. Track ni bukan pasal ketinggian tapi tactical. Ada member banyak guna tangan untuk lompat instead of kaki,so kaki dia tak sakit sangay. Aku masa nak ke mini irau dari puncak, memang tak larat dah nak angkat kaki. Aku letak lutut dulu baru tarik diri sendiri naik, member aku gelak gila sebab tak pernah nampak orang jalan pakai lutut sebab pewai haha.


Kos?

Permit -RM5
Powil -RM25
Service charge- RM25( for 1 group)
Apartment- RM200 (belakang petronas Brinchang, dekat je dgn pasar malam)
Shopping- jagung,strawberries,jambu epal hehe










No comments:

Post a Comment