Mari join..:)

Tuesday, August 23, 2016

Disturbed.

Harini aku memulakan hari dengan mengantuk sikit haha. 7.20 baru bangun (I cuti ehem) tapi ok la,sampai tempat kerja kol 8 tepat jugak. Morning meeting, pastu buat kerja macam biasa semua. Tengahari 11.30 biasala,start lapar. 12.30 gi makan kat Seagate dengan kak Mas (diorang kilang lain,tapi time rehat sama so bolehla sekali). Makan2 dengan kak mas, adik dia,kakak dan abang ipar kak Mas (ok kakak dan abang ipar ni first time makan sekali, biasanya kak mas,adik dia dengan 2 orang lagi member lain je). Makan macam biasa, sampai la dah habis makan, bukak cite pasal K.ilya.


Ok K.ilya ni budak JCY jugak,sekarang keje kat Linear. Dulu penah dok satu rumah jugak dalam sebulan lebih masa aku mula2 kerja Bayan Lepas. Aku nak ajak kak Ilya makan sekali harini,tapi tak reply. Kak mas cakap diorang takleh keluar lunch. Oooo ok.


Pastu kak Mas tanya, Huda tau tak Pung (bukan nama sebenar) dah balik sini?


Ok cite la sikit pasal Pung ni. Pung ni Vietnam,dulu JCY jugak. Dia engineering operator, kira bekerja rapat dengan technician, bahagian tooling. Kak Mas dengan K.ilya dulu technician kat JCY. Kira kitorang Melayu2 ni semua rapat la jugak, tak rapat pun kenal semua orang, so jadi rapat jugak dengan Pung. Pernah pegi tengok wayang dan Pesta Penang berdua dengan dia. Dia muka Melayu,cakap pun cakap Penang k. Cantik tu memang cantikla, rebutan jugak kat JCY dikalangan lelaki2 melayu. Pung ni dia ada boyfriend Melayu,technician bahagian Tooling jugak, kita panggil je D. Tooling ni bos besar dia Hann Tan,yang dulu ada dalam blog ni haha. Nampak tak relation dia. 


Ok sebab aku baik dengan Pung ni, tau la pasal kisah cinta diorang. D ni family dia nak jodohkan dengan sorang pompuan ni kita panggil W. Diorang punya nenek kot janji nak jodohkan cucu camtu. So diorang ni kira bercinta la,kenal dari kecik kot. Pastu Pung ni muncul,dia kerja kat JCY lama la kot,lagi awal dari aku masuk. Aku kerja sana dari May 2013 sampai Aug 2014 camtu. D ni pulak,cinta mati kot kat Pung, so ada la bawak Pung ni balik jumpa mak dia la apa. Tapi dah tentula, family dia tak nak terima. Satu pasal bangsa, agama pun lain kan. D ni kira orang kampung ja,kalau orang bandar maybe tak kisahla kan pasal kawin campur ni. Lagipun macam aku kata tadi, D ni dah ada tunang.


Dah kata jodoh kot, bertunang jugak la D ni dengan W. Yang Pung ni frust la jugak, dahla W siap mesej kat facebook cakap macam2. Walaupun Pung ni kawan kitorang, tapi kitorang (aku,kak Ilya,kak Mas) semua tau, ala selalu la kes laki Melayu saja nak seronok2 ja kawan dengan vietnam,indon semua ni. Bukan serius pun. Tapi dah kawan kan,kesian la jugak dengan nasib Pung ni.


Tak lama pas tunang tu,diorang kawin. May 2014. Pung ni memang frust la. Kak ilya warning aku jangan sebut nama D depan Pung. Sebab Pung nangis gila2 depan kak Ilya. Kak Ilya brainwash dia habis2 pasal D ni. Aku takde masa sesi tangis menangis tu. Pung ni try jauhkan diri dari D, tapi D la sibuk mesej dia. Siap Pung tunjuk aku mesej D tu, ayat sedih bila Pung macam taknak kawan dah dengan dia. pastu jeles la bila Pung cakap dengan orang lain,tapi tak nak sembang dengan dia. Aku macam hekeleh laki ni. D ni muka pendiam je, macam pakcik2 pun ada, kalau tengok macam baik je orangnya. Tapi takdela aku pernah berkenan ke apa dengan dia, harap korang tak silap faham hahah.



W ni sebab dah pernah kena kan, D tu ada perempuan lain. Lepas kawin dia amik langkah berjaga-jaga la. Pergi kerja,balik kerja dia hantar dan jemput laki dia. Sanggup wey. Diorang ni dahla kerja syif, pastu dia kena tunggu lagi. Hari2 la nampak dia depan kilang.



Tak lama pastu kan aku pindah KL, bulan 9 2014 tu. So taktau cite sangat. Pung ada mesej2 jugak,tapi tak panjang sangat sembang pun. Pastu tengok kat FB nampak dia balik Vietnam, ada anak. Ok mungkin nampak aku macam tak ingat kawan sangat kan haha. Aku ingat dia balik vietnam dia kawin. Sebab dia pernah cakap dengan aku, ada laki vietnam nak kat dia. Tapi aku tak ingat sangat cite pasal laki tu.


Ok berbalik pasal soalan kak Mas tu.


Aku cakap la, oh yeke? Tak tau pun. Pastu kak Mas cakap,datang bawak anak. Aku pun ooo okey la kan,takkan nak tinggal anak tu. Pastu kak mas sambung.. "datang JCY tunjuk anak kat bapak dia,D"


Okey jap. Bapak budak tu D??????


Aku macam..... terpinga jap. Patutla semalam kat group kak Ilya cakap dia datang JCY tengok anak. Tapi tak ambik pot la sangat. Ingat kot anak buah ke apa.


Pastu aku pergi stalk tadi,rupanya aku tak friend pun dengan D. Pastu lupa nama sebenar D ni,search punya search jumpa gambar D dengan sorang budak. Muka ala2 anak Pung tu. Tapi bila baca komen, nama melayu. Anak Pung tu nama Vietnam. Lagipun takkan la D nak letak gambar anak tak sah taraf dia kat FB dia kan.


Aku lak rasa disturbed kejap. Nak kesian ke nak apa. D tu pun, beza umur anak W dengan anak Pung pun tak jauh,berapa bulan je. W tu muda lagi, dalam 22,23 camtu. D tu 27 rasanya, Pung ni dalam 30 tapi nampak muda. Disturbed sebab kawan aku menanggung benda macam ni,kat Vietnam maybe takde kecoh apa sebab bukan Islam pun, tapi mungkin la mak dia marah jugak sebab takde bapak. Pastu balik Malaysia, family D dan W nak terima ke budak tu. Pastu kat surat beranak nak letak camna,macam2 lak aku fikir. Kak Mas kata D dengan W macam nak cerai,aku pun tak taulah.


Yelah, dimadukan pun rasa sakit. Ni kan pulak laki sendiri ada anak dengan perempuan lain, secara tak halal pulak tu. Hmmmm. Sebelum ni bapak studen aku, dah kawin dengan Indon sekarang. Anak sulung dia bersama Indon tu beza setahun je dengan adik bongsu studen aku tu. Mak bapak studen aku cerai dalam 2014 ,2015 camtu. Hati mana tak luluh bila tau kan.



P/s: Ni bukan nak memalukan sape2, aku cuma takleh terima semua ni. Arghhhh








No comments:

Post a Comment