Mari join..:)

Sunday, August 7, 2016

Celoteh sebelum tidur.

Pagi tadi aku bangun awal sebab nak hiking. Terpaksa sebab training untuk trail next week. Aku hiking petang2 tu tak berapa mencabar trail dia,sebab tak tinggi sangat. Tapi tangga semua, tu yang letih. Semalam 10.30 da tido,bangun 5.30 camtu. Satu pencapaian untuk bangun seawal itu pada pagi Ahad huhu.


So balik hiking dengan kaki melecet di bahagian atas tumit kanan dan bawah ibu jari kaki kanan, sempat singgah beli teh ais dan nasi campur sebelum balik rumah. Pastu lepak sampai malam. Tengok tv, bukak fon tengok doctors, baca novel,pastu makan,pastu keluar jap pegi drive thru mcD. Kesimpulannya aku tak tido langsung selepas letih hiking. Tu main pointnya haha.


So disebabkan aku letih tapi tak dapat tido. Better aku menulis di sini apa yang ada dalam kepala otak ni.


Aku ada satu perangai, tak suka orang complain bila aku drive. Nak tegur ke apa boleh tapi sekali je cukup. Aku kan kerap bawak mak merata, paling stres bila tak jumpa jalan dan mak sibuk nak call makcik pakcik. Dari praktikal sampai lepas grad,aku berpindah randah rumah pakcik makcik aku. Bukan ramai pun,adik beradik mak 5orang masuk mak, pastu ada dok umah adik2 ayah jugak. So basically aku taula kawasan rumah diorang. Tapi dah masa tu aku tak drive,so tak berapa ingatla jalan. Makanya, bila diorang sibuk nak call masa aku tengah mengingat tu,mula la aku nak angin. Aku kalau call and diorang bagitau direction pun,aku tak dapat concentrate and ingat. So baik aku cari sendiri.


Pastu lagi satu kawan yang complain kata rapat dengan kete depan. Dahla aku yang bawak,tak kisah sangatla pun nak bawak, yang rimasnya bila aku kena tunggu. Sebelum gerak aku bagitau. Aku sampai simpang mana2 aku akan update. WhatsApp ada,tapi memanjang off data,nak kena call pulak bila sampai. Bila cakap dah sampai, dia kata baru nak turun. Amboih banyak cantik muka dia. Sekali sekala takpe, dah kerap sangat lama2 aku rasa nak meletup jugak. Haritu aku rasa 10-15minit aku tunggu.


Sabtu tu kitorang nak kuar. Aku mesej cakap nak gi umah mak studen makan2 kol 3,kol 2 aku nak gi amik dia. Dia cakap ok. So aku siap2 terus gi umah dia. Sampai tu aku mesej cakap dah sampai. Dia call tanya sampai mana. Aku cakapla,sampai rumah kak la. Dia leh kata, akak kat tempat kerja lagi la. Patutnya kol 3 baru akak nak balik rumah, jannah amik. Aku macam,wth aku dah cakap nak pickup dia kol 2 dan dia habis kerja kol 12, ingat aku ada ilmu tilik tau dia ada kat kilang ke rumah. Dah reply ok tu,cakapla ada kat kilang.


Dahla jalan nak ke rumah dia bertentangan dengan jalan nak pi destination kami,tak pasal je kena patah balik. Pastu dah alang2 aku gi isi minyak jap, 4-5 kali call dengan jannah sekali pun call aku sebab katanya aku ilang. Padahal baru 20minit. Ingat rumah dia dengan Jabil tu 5minit je ke, traffic light lagi. Area rumah dia tu pun jem. Aku tunggu dia banyak kali masa nak lunch,tak pernah la nak call 2-3kali. Sekali cukup. Tau dah orang nak sampai,lagi nak call banyak2. Nak bawak kete pun tak senang.


Pastu konon2 lepas makan nak pergi melawat kawan dia sakit. Aku tak kisah pun mula2 nak pergi tu, pastu kata nak tido sane pulak,member lain buat BBQ. Aku cakap tak nakla tido. Aku balik tengah malam pun takpe. Pastu dia kata huda tak nak ikut pun takpe, kete akak ada dah. Kawan da balik niaga. Perghhh..Senang gila.


Haritu smock tertinggal kat rumah. Dia boleh call aku suruh amik pastu hantar kat Jabil. Sorry la,dahla jalan nak pi sana tu jem,pastu kol berapa pulak aku nak sampai tempat kerja aku. Nasib masa dia kol tu aku mandi, dah nampak missed call baru tanya kenapa. Aku ni jenis tak reti cakap no. Tu la payah. Jumpa pulak orang macam tu.


Pastu dah hantar dia balik umah, sampai2 parking rumah aku perasan smock dia tinggal dalam kete aku. Lantakla kau. Semedang je tinggal pun.


Haritu lagi syok. Minggu lepas sabtu diorang buat jamuan raya. Tak taula apa benda yang seronok sangat,ahad malam kot baru diorang balik. pastu isnin dia pergi ambik mc. Mc yang bukan sakit la. Call bagitau on the way nak hantar mc. Aku masa tu ingat nak tido, time rehat pulak. Waktu tu dalam 12.50-1pm. Pastu dah kata on the way,dekat relau,aku gi la tunggu kat luar. Tunggu punya tunggu dah dekat 1.30,nak habis rehat.aku pun masuk opis. Bengang pun ada. Call macam dah nak sampai sangat. Padahal aku 24jam check WhatsApp. Sudahnye aku cakap, nanti bagi kat guard je. Tengok2, dekat pukul 3 baru mc tu sampai. Huh. Sia2 masa rehat aku menunggu,dahla panas lagi.


Kesimpulannya,hot gile dengan perempuan ni. Patut gak Gemok cakap tak payah kawan dengan dia.








No comments:

Post a Comment