Mari join..:)

Thursday, July 14, 2016

Raya Entri.

Setelah seminggu beraya, so up la sikit cite I tahun ni. 


So Jumaat 1/7 tu I dah berdebar2 nak balik raya,excited huhu. Cuti lama katakan,seminggu. Pastu mak I suruh pickup Alip kat KV Slim River. So ok la, I amik half day, tepat 12.15 blah terus. Dalam kol 2.40 sampai tol Slim. Call Alip, katanya kat stesen keretapi, kononnya nak balik sendiri. Puiii, adik2 aku yang sekolah menengah kat kampung gajah je ni,mana la tau nak naik public transport ni. huhu


Sampai kampung dah 4lebih, ya Allah panas betul la Perak ni rasanya. Alip kata dah berapa hari memang tak hujan. Walaupun aku tak puasa, pun rasa flat dah. Nak gi bazar ramadhan pun tak sanggup rasanya, tunggu 6lebih baru gi pulak. Tu pun sebab tahun ni memang I tak jalan bazar lagi. 



Then tragedi raya. Sebenarnya hari Khamis 30/6 n Jumaat 1/7 tu dah ada tragedi, aku renew insurans kereta tapi takde confirmation, duit dah tolak. Tapi alhamdulillah tengahari 1/7 tu setel dah. Cuma sticker road tax takleh amik lagi la. Lepas cuti raya nanti baru dapat. Takpela,aku tunjuk jela resit renew roadtax nanti. Lepas tu satu lagi prob muncul...


Sabtu pagi ayah gerak aku, suruh bawak adik2 pergi beli kasut raya. Aku lak, bawak adik2 pergi tengok Finding Dory hahah. 




Lepas tengok, baru pergi cari kasut. Teluk Intan biasa la,nak raya, jem gila la. Balik dari shopping, I balik tido. Bangun2 ayah kata aircon kereta aku rosak, pelik lak sebab aku bawak tadi ok je. Pastu malam tu berbuka kat luar, aku bawak la kereta tu. Ok je sejuk. Balik dari berbuka bawak dila, fendi dengan anak buah Qaisara sekali pergi teluk intan shopping lagi. Masa nak balik tu, haah aircon aku rosak. Bahang rasanya dalam kereta. 


So esoknya...

Try nak servis sendiri.


So Isnin kot aku pergi dengan Alip. Orang kedai tu kata, compressor rosak. Gemok kata, jawapan standard la tu. Sebenarnya tak rosak pun. Tepon ayah, ayah suruh balik. Petang tu adik aku Apis pergi bawak repair. Lega huhu. Tapi terbang jugak RM300, nasib mak taja haha.


Tragedi seterusnya, kuih raya huhu. 


Mula2 aku buat kek coklat. Ok je kek tu, jadi elok dan sedap. Pakai tepung segera je haha. Tambah air, telur dan minyak je. Senang sangat. Adik aku kata laku je masa orang datang raya ketiga tu. Huhu eh kedepan sangat cite ni.


Tragedinya bermula.. Aku cari bahan nak buat kuih, chipsmore cookies. Tapi aku pergi berapa kedai, TF la kedai kek la,kedai 1 malaysia semua takde. Malas nak pergi Giant ke Tesco. Sudahnya hari sebelum raya baru dapat. So dapatla membuat biskut tu huhu. Gemuk2 biskut I, macam tuan dia haha.

yang dah siap tak capture gambar, dapat 1 tupperware je. Pasni kalau buat kena buat kecik2 dan kurangkan serbuk koko. Sebab masa gi rumah orang,sedap pulak yang takde koko tu.


Tragedi paling dahsyat sekali...

Inti cream puff macam jem haha.

Komot2, sebab mula2 adunan dia terlampau cair. So aku tambah banyak tepung, konon nak bagi keras. Last2 fedup and hajat nak jadikan muffin je. Sekali eh jadi pulak kau. Tapi tak cantik la kan huhu. So Selasa tu kerja I buat kuih je, adik aku Dila kata,yong amik tender buat kuih tahun ni. Ceh. Mula2 berhajat nak buat cheese tart, tapi takde keberanian setelah kes cream puff tu haha. 


Tapi laku je sepupu2 makan cream puff tu masa first raya tu. Oh ye, tahun ni turn raya first kat Perak, 2nd raya baru balik Selangor. So rumah I penuh la first raya tu sebab adik beradik ayah semua ke sini. Rasanya yang takde maksu Penang, dengan ayah alang Kulim. Adik beradik ayah aku 8 orang, 4 laki 4 pompuan. Ayah aku nombor 4, tapi untuk adik beradik laki dia anak no3,faham tak hehe. Sebab yang kedua tu perempuan,meninggal masa kecik. So jadi 4 yang atas semua laki, 4 yang bawah semua perempuan. Pandai planning ye opah dengan atok huhu.


Ada cerita lawak. Ayah aku cakap nak masak lemang tahun ni. Gigih suruh sepupu dia hantar buluh kat rumah. Pastu nak pinjam bekas nak rebus lemang tu dari opah cik (tiap tahun kami order lemang kat opah cik, sediakan barang2 opah cik yang masak) sudahnya petang tu aku tanya la, aik kata nak masak lemang sendiri tahun ni. Ayah aku senyap je. Rupanya tak jadi,suh opah cik jugak HAHA. By the way, lemang rebus lagi sedap tau dari bakar. Bakar dia jadi macam ada kerak tu.


Tema tahun ni, hijau.




Oh alamak! Takde gambar family huhu. Baju aku, Saadah, izzah dengan mak semua sama. Dila lain la,dia kan da kawin huhu. Tapi I punya tragedi sikit, tak cukup kain nak buat kainnya, so kain I kaler itam je sobsss. Tengok la tudung aku tu, bulat gile. Lawak lak tengok muka sendiri haha. I pakai lip cream Fame kaler nude je dengan bedak Pixy natural white. Motip cerita detail kan haha.


So raya pertama tu, dok rumah pastu petang sikit pergi rumah opah cik. I dapat duit raya k haha. Jadi la, tiba2 mak nyah nak bagi haha. Opah cik masak nasi tomato dengan bihun tomyam. Rumah aku ada bihun sup,nasi impit kuah kacang dengan rendang ayam je, rasa kurang pulak sebab selalunya kami masak soto. 


Raya kedua, mak masak nasi arab (macam nasi minyak huhu) dengan ayam berempah. Sedap2. Letak pulak sambal kicap tu, bertambah I makan heheh. Dasarrr. So pagi tu mak terus gerak balik kampung dalam 9 lebih camtu, kata nak singgah beraya rumah besan kat Slim River. Aku pulak rilek je tak mandi lagi tengok tv, pastu dah nak tengahari ingat nak beraya rumah kawan2, gigih la mintak location bagai. Sudahnye sampai Kg Gajah tengok jem, cancel semua. Balik kampung terus huhu. Jalan dari selatan agak banyak kereta, tapi ke selatan pun banyak jugak. Meriah betul orang balik kampung tahun ni. 


Dalam 2jam sampai la Tanjong Malim, singgah makan KFC dulu. KFC penuh dengan Melayu. Motip betul semua kejar KFC, masa puasa pun time berbuka penuh jugak dengan Melayu. Tiba2 cakap macam sendiri bukan melayu hahah. Sebenarnya frust berapa kali nak berbuka dengan KFC tak dapat. haha


Seram tak tengok mata I? huhu. Baju ja baru, tudung lama

Co-pilot. Dia dengan izzah je naik dengan aku masa balik kampung tu. Yang lain dah balik dulu. Apis tak balik kampung sebab Jumaat tu dah keje.



Baju raya I yang kedua takde tragedi haha. Suka baju ni. Selesa sangat, I pakai sampai malam. Hahaha. Malam tu gi beraya rumah Opah Yang kat Gedangsa. Memang tak mandi la hahahahaha. 


Tapi petang raya kedua tu ada tragedi. Tapi bukan pada aku la. Pada kawan ayah aku merangkap ayah kawan aku jugak. Pakcik tu nama Zamri. Dia pergi Bota sebab nak ziarah kubur mak mertua, tapi masa balik terlibat dalam kemalangan area Hospital Changkat Melintang. Meninggal di tempat kejadian. Kawan aku naik kereta lain dengan anak isteri,belakang kereta tu je. Isteri dan anak bongsu pakcik tu dibenarkan balik, tapi anak kedua tu teruk sikit,masuk ICU. Tapi hari kedua kemalangan isteri dan anak bongsu tu kena submit ke KPJ ipoh sebab ada pendarahan,muntah darah pulak. Tak taula cerita sekarang ni camne hmmm. Puncanya mengantuk, dah nak ajal kan. Alfatihah.


Raya ketiga pagi tu hujan lebat gile kat kampung, tapi takleh lena pulak kol 4 pagi tu. Raya ketiga tu aku ajak mak pergi Kuala Kubu. Saja beraya umah Tok Alang. Soeharto ni alamat memang Kuala Kubu, tapi rase jauh no nak pergi Kuala Kubu tu pun,lagi dekat pergi Tanjong Malim je. padahal dalam 45minit je pun huhu. Tok Alang ni adik arwah tok. Bekas askar. Adik tok sorang lagi kat Jengka, yang tu tak pergi la. Ayah aku pagi tu balik dah dengan Saadah dan Alip sebab Pakcik Zamri nak dikebumikan pagi tu. Dila and Fendi beraya kat Slim River.


Candid sepupu I si Aiman. Dia ni baru form 1,tapi badan besar macam umo 20 dah. 


Sepupu mak dan husband

Mak si Aiman tadi, mak uda dengan tok alang. Masa ni diorang ramai pergi solat. Yang kecik2 main kat luar,tengok arnab la apa.

pak uda dengan opah. Masa ni tengah bincang pasal tanah,tu yang muka serius je tu.

Adik aku Izzah dan Khairuddin.

Yang pakai kepiah tu Naim,abang Aiman.

Kami pergi beraya 2 kereta ja, sebab Pak Usu dan Mak teh balik kampung suami isteri masing2 kat Kedah. Paklong lak raya kat rumah maklong kat Gedangsa. Pergi 2 rumah je,pastu balik huhu. Sebab dah nak maghrib pun.


Raya keempat masih di kampung. Aku dah rasa tak senang duduk dah sebab bosan huhu. Pak uda  tengahari tu dah gerak ke Tapah rumah kakak ipar. Tinggal lah kami je dengan opah. Tunggu Pak Usu sampai baru boleh balik.


So raya keempat I pakai kurti. Haha,dah lama beli tapi tak pakai2 lagi. Ayah cakap macam India. Aku kata, kite kan putih, mana leh rupa macam India. Haha ayat tah pape. Patutla masa kat KFC orang dok usya je baju I haha. Sebab kaler tu kot. huhu. KFC lagi? Yelah, khairuddin tu hari2 nak ayam. Benda lain semua tak selera. Nyampah.


Sudahnya raya kali ni tak pergi rumah kawan2 langsung, sebab sampai rumah dah dekat senja. Kawan2 semua mesti dah ready nak balik KL huhu. 


Soalan terakhir,


takde ke orang nak jemput I pergi rumah terbuka? Tak puas lak rasanya, nak makan rendang lagiiiiiii



No comments:

Post a Comment