Mari join..:)

Saturday, July 30, 2016

Dah lama tak membaca.

Percaya tak, aku dulu masa kecik ulat buku. Cakap macamlah retis terkenal haha. Aku sedar sejak kebelakangan ni aku semakin malas membaca. It used to be my hobby, mesti la rasa pelik kat diri sendiri bila ada perubahan kan.


Pak cik aku kata,aku boleh baca masa umur 4tahun camtu,aku pun tak sure sangat. Yang aku ingat aku lehla baca muqaddam pastu khatam Quran masa darjah 1. Pastu dah besar malas ngaji. Ape nak jadi tah. Hmmm


So dari kecik, aku jenis tak suka duduk satu tempat lama2. Cepat bosan. So tiap kali gi mana pun, aku bawak buku. Contoh masa tu I tengah bergiat dengan satu buku latihan math ni, gi mana pun i bawak,kecuali jamban. Haha.


Gi rumah opah cik,bawak buku. Balik kampung,wajib bawak. Tidur pun tepi bantal wajib ada buku. Actually tabiat tu ada sampai kat unimas. Tak sedar bila stop. Aku rasa sejak dok rumah sewa. Sebab masa tu dah jarang ada masa untuk membaca. Entahla. Tapi eh,aku ada rak buku masa tu.mesti ada membaca kan, hmmm.


Dulu paling suka sekali bila pergi kedai buku. Tiap bulan ayah mesti bawak. Maklumla dulu susah,mana ada kereta. Kalau keluar, mesti gilir2. Harini aku, esok adik,camtu la. Tapi masa tu keluar dekat2 je, pekan air kuning tu la. Jalan teruk lak tu. So sebulan sekali ada la pergi kedai buku kat Kampar. Tak ingat lak naik ape haha.


Dulu pergi kedai buku, rambang mata. Tapi bajet ayah bukan banyak pun, takdela borong2. Adik beradik pun ramai jugak,selang 2-3tahun sorang. Paling legend, masa darjah 5, gi beli buku form 1. Masa tu tokey kedai tanya, ai sape yang sudah tingkatan 1 ni?


By the way, buku form 1 tu memang susah. Macam taraf add math kot. Sebab bila aku form 1, tengok balik soalan tu macam taraf KBAT jugak le. Aku buat pun, tengok contoh, try tiru pastu check jawapan. Tak la genius I ni.


Apa yang kita baca, boleh mempengaruhi kita. Masa aku darjah2 ni, ada satu buku ni. Aku tak ingat tajuk atau isi kandungan. Tapi dia ada gambar2. Bagi aku memang menarik sangat, dan selalu buat aku nak jadi rajin. Tiap kali baca je,aku jadi rajin. Macam magik.


Dah besar sikit, mula baca komik dan novel. Aku ingat dulu novel cinta first aku baca, tulisan Ras Adiba Radzi. Tak ingat tajuk, tapi aku ingat heroin dia nama Ratna, guru tadika. Dalam tu selalu ada lirik lagu Roy "keringkanlah pipimu,ratnaku..cubalah senyum" cite tu ada part sedih, nangis teruk jugak la masa tu,haha. Buku mak long aku,iaitu adik bongsu ayah yang beza 11tahun dengan aku. Maklong ni pun banyak pengaruhi aku jugak. Mak kata aku pandai macam maklong (dulu la). Maklong sekolah taayah jugak, pastu kelas pun sama. 1T dan 2S. Tapi masa form 3 dia 3R. Aku still kst 3S. So tengok dia masuk taayah,aku pun nak jugak. Tulisan maklong unik,macam tulisan computer. Pernah tiru kejap tapi lupa dah. Dia sekarang cikgu, tak taula tulisan dia dah berubah ke belum. Oh btw,maklong dulu amik sains computer kat USM,tapi I tak tiru la hehe. Eh dah tersasar.


Sebenarnya banyak buku aku baca dulu2 kala, maklong punya. Opah kata pinjam je mana2. Masa aku dok rumah maklong lepas grad dulu,ada la sebulan. Sampai tak mampu membaca dah. Novel dia banyak gila. Bosan baca yang melayu, baca english punya. Pastu baca balik yang melayu. Sampai bosan dah sebab banyak jalan cerita yang lebih kurang. Aku rasa ni la sebabnya aku dah tak minat baca novel sekarang. Hahaha. Aku cari yang betul2 aku rasa lain dari yang lain je.


Dah besar sikit, aku baca buku ilmiah. Dulu ada sekali Gemok pengaruh aku pasal pelaburan emas. Gigih jugak aku beli buku, baca pasal emas ni. Tapi tak praktik pun. Sebab ada banyak pendapat, dan aku amik pendapat dr.zaharuddin pasal tu. Sebelum tu,banyak gak seminar pasal emas yang aku pergi.


Sekarang ni, sedang memikir arah tujuan hidup. Yelah,umur dah banyak. Tengok kawan2 yang dah stabil,risau juga. So aku fikir nak menuntut je ilmu sebanyak mungkin,dan teruskan pekerjaan sekarang. Setelah 2kali bertukar profesion, aku rasa kerja sekarang paling kena dengan jiwa. Gaji mungkin taklah banyak mana kalau nak compare rakan sebaya dengan kelayakan yang sama, tapi insyaAllah satu hari nanti mungkin okey. So aku ingat, nak start balik la tabiat membaca tu.


Dah kata menuntut ilmu, walaupun pengalaman adalah guru terbaik, membaca pun jambatan ilmu. Tapi sejak2 ada smartfon ni, 24jam dengan fon. Tak ber-whatsapp, buka facebook, pastu bosan bukak instagram,pastu bukak COC, pastu candy crush, pastu word brain. Tengok2 eh dah waktu tidur. Bila nak membaca nya? #bebelkatdirisendiri


Ok bukak buku huda. Letak fon kat tepi lepas publish ni k.



No comments:

Post a Comment