Mari join..:)

Wednesday, June 29, 2016

Sebelum kahwin...

Tajuk macam nak kawin,pastu buat wasiat siap2 kan. Haha no la..belum ada yang meminang lagi. Calon untuk meminang pun takde huhu.


Sebenarnya memandangkan umur dah 28 tapi belum berkahwin..I'm thinking of doing something that are meaningful. Yelah, aku rasa banyak benda yang aku dah missed. Maybe sebab dulu aku fikir terlalu banyak, so banyak benda aku tak nak buat. Bila dah tua ni,rasa nyesal pulak.


1. Travel, I'm doing part of it. Tapi tak la nak travel all around the globe. Ada few countries yang aku betul2 nak pergi. Mula2 nak cover Asean je. Biggest constraint ialah duit dan masa huhu. Actually aku ada buat list tapi dah hilang pulak haha. Aritu kan fon aku problem,habis semuanya hilang. Tak connect kat google lak tu. So takde chance nak retrieve. Takpe, i simpan list tu dalam hati I cia cia cia.


2. Hiking. Aku tak la target the highest mountain of the world. Even the highest mountain of Malaysia or highest in Peninsular ni pun aku takde keinginan. Huhu. Cukupla highest in Penang- Bukit Bendera haha. Highest in Perak means crazy. Perak banyak gunung kot. Kan part of Titiwangsa ke apa tu. Aku rasa G7 banyak kat Perak. Hampir semua huhu. G7 tu maksudnya gunung yang berketinggian lebih 7000kaki, kira kaki hiking memang aim la G7 ni.


3. Jungle trekking. Cey, jungle trekking je pun. Macam poyo je kan. Aku macam target nak pergi semua national park kat Malaysia. Setakat ni baru pergi err..Bako, Niah, Penang huhu. Tu je kot. Lambir Hill setakat tengok dari luar je haha. Tapi agak menakutkan jugak masuk hutan sejak aku rajin baca kisah mistik semasa masuk hutan ni. Cis. Tapi tu lah,aku selalu masuk hutan niat nak tengok keindahan alam dan exercise je. Kita jangan fikir nak merosakkan, cakap bukan-bukan atau membangga diri. Bahaya ooo..dia macam masuk rumah orang, nanti tuan rumah marah habisla. Erkk



4. Running or berekot. Berekot tu bahasa Sarawak, selalu tengok member2 unimas guna huhu. Setakat ni pernah nak join run 3 kali dah,tapi semuanya tak berjaya sebab ragu-ragu dengan diri sendiri huhu. So kumpul t-shirt or jersi running jela. Haha. 


5. Road trip. Setakat ni paling jauh pernah drive, ermm kalau ke selatan Melaka kot. ke jengka lagi jauh? huhu. Eh tu jalan highway la. Ke utara pulak paling jauh drive sampai Jeti Kuala Kedah, ikut jalan lama hehe. Kalau ke utara naik highway tak la jauh benor. Dari Penang ke sempadan bukit kayu hitam 2 jam je. Teringin nak pergi Kelantan dan Terengganu, tunggu la nanti.






6. Adventure. Sekarang ni aku teringin nak masuk The Amazing Race. Walaupun sedar kelemahan diri, arghhh but cannot resist. Asyik teringat2 walaupun sedar takde partner huhu. Ada sapa2 nak join aku tak? Ciri2 utama kena sabar dengan aku haha. #seriousbuyer








No comments:

Post a Comment