Mari join..:)

Saturday, June 18, 2016

Mimpi bunian.

Aku rasa ni sebab tido siang kot,jadi mimpi merapu. Kami satu family ada kat rumah kawan mak aku. Kawasan tu agak besar, atas bukit. Kan kalau tepi2 highway ada bukit yang dipotong bertingkat tu. Untuk elak hakisan rasanya. So kawasan rumah dia ni atas tu.


Diorang cakap bahasa yang kami tak faham. Pastu kami macam terpinga-pinga. Pastu dia kata, kami boleh cakap melayu jugak. Masa tu fikir, oo kat selangor pun ada loghat pelik gini.


Pastu kami turun dari bukit tu, tiba2 tengok rumah2 tu semua hilang. Tengok lagi sekali,eh ada pulak. Mak cakap tu la dia memang ada kat situ. Tapi biasanya kita tak nampak. T___T


Pastu aku terjaga. Bila tido balik mimpi yang lebih kurang mistik. Tapi bukan sambung tadi.


Ada anak raja 3orang,semua laki. Pastu yang sulung tu suka kat ...? So tiap kali jumpa,pastu tiba2 mak dia datang. Perempuan ni kena la menyamar jadi tiang la apa. Tapi salu kantoi. Tau je mak dia tu. Masa tu otak aku gigih berfikir gak, menyamar jadi apa yang takkan kantoi.haha


Pastu mak dia buat pertandingan cari menantu. Kena masak. Bahan2 macam ayam gitu. Pastu sambil tunggu giliran aku gi tanya 3orang tu, mak diorang suka apa. Pastu diorang kata mak diorang suka ayam ala2 BBQ camtu. Tapi sampai giliran aku masak ada ja gangguan sampai kesudah I tak masak2.


Tapi masa tu I konpius. Macam aku lah pompuan tu,tapi dalam masa yang sama aku leh nampak "aku" dalam badan orang lain. Musykil2.


Bangun2 tengok jam dah kol 1 petang. Haha lama gila aku tido.

No comments:

Post a Comment