Mari join..:)

Friday, June 17, 2016

Makanan berbuka udez tak berapa menarik.


Ternampak gambar ni, ni makanan berbuka masa ganti puasa aritu. Minggu ni aku busy sikit dengan kerja, so makan pun ala kadar. Isnin tu aku goreng daging burger 2 ketul,pastu roti sambal bilis. Kenyang jugak la. Roti tu sebenarnya bekalan sahur. Tapi aku risau expired so makan jelah berbuka haha. Sahur dahla memang minum air je.


Selasa I makan nasi lemak Pak Raja, nyum2 I like. Terus mintak nasi tambah (maksudnya jadi 2mangkuk) dengan telur dadar,sambal bilis extra. RM5.20. Agak mahal sebenarnya, tapi tak kisahla sebab sedap. Mahal lagi nasi lemak old town kan haha. Pastu nampak tau fu fa pun hentam, sedap tol taufu fa time berbuka. Cuma terlebih manis aritu, I tak suka manis gitu. 



Rabu, nasi lemak lagi. Mula2 nak makan KFC, aku balik kerja kol 7, aku bajet sampai sana 7.15 order makan, terus berbuka dah. Sekali perghhhhhh meja penuh, line kat kaunter pun panjang gila. So lupakan, pergi Old Town je. Old town harusla makan nasi lemak. Perghh dua hari berturut nasi lemak. 


Tunggu malam ni, I dah berapa hari teringin chicken chop ni huhu

No comments:

Post a Comment