Mari join..:)

Tuesday, June 28, 2016

Kisah Quran dan Ramadhan 1437H.

Dah lama tak bersiaran, huhu. Last week memang agak busy, pastu dah settle tu, mood pulak down sikit huhu. Memang menyendiri habis la,sebab aku siap uninstall telegram dan whatsapp terus. Wechat dah memang takde, tinggal facebook je. Weekend aku habiskan dengan candy crush haha.



So nak cite la, bebudak Taayah ni ada group ODOJ. One day One juzuk. Mula2 kami buat aku rasa dalam 2013-2014 gitu la. Setiap orang baca bahagian masing2 sampai la kitorang berjaya complete 30 juzuk. Sape period tu, ade la orang lain tolong backup kan. Tapi actually tu practice je, yang sebetulnya kena buat gaya tadarus, maksudnya setiap orang baca, kita kena dengar. Tapi ni kan memasing bukan dekat2 pun, so camne nak dengar kan memasing baca. Sebab tu dipanggil prektis hehe.


Aku ni memang pemalas sikit bab ni. Tak bergerak la juzuk 4 dari zaman bila tah. Tu la mak aku bising kat kami, korang ni semua dah khatam takdela nak baca Quran dah. Adik aku Apis rajin jugak ngaji,boleh kata hari2 jugak,alhamdulillah la. Maybe sebab dulu sekolah Izzuddin, ada la tempias sikit kealiman itu huhu.


So puasa ni, admin kami pun mengingatkan la sebab group kami senyap terus. So aku tekad nak rajin sikit. So dalam jem aku baca, kat opis bila ngantuk2 sikit buka la, dapat 10ayat jadi la. Pastu antara maghrib dan isyak, and lepas terawih aku baca la jugak. Tambah dekat2 aku rasa macam nak period je, banyak sikit la baca. Yang kelakar, aritu aku sakit kepala,so malam tu lepas isyak aku terus bom. So malam esoknya, Sabtu,aku baca la banyak sikit, dalam 3 surah gitu. Masa tu juzuk 18-19 dah. Sampai habis surah ke-26 tu, I stop. Dalam sejam gitu, eh kawan baik orang  perempuan pun datang. Patut I rajin haha. So kena la cuti beberapa hari sobsss. Sempat ke tidak la nak habiskan lagi 10juzuk tu huhu.



Btw, aku baca Quran kat fon je, kat surah.my . So ada la terjemahan sekali. Sambil baca, jeling2 sekali terjemahan. Walaupun I sekolah taayah, arab I so-so je. Tak la boleh faham semuanya. So kebanyakan surah kan ada cerita, kalau tengok ayat dia semua lebih kurang camni " Dan ingatlah Muhammad, kisah Nabi kami.. Musa" or Yusuf, or Ibrahim etc. Dan ada cerita Nabi2 tadi. Kebanyakan kita dah dengar kan cerita Nabi2 ni masa kecik. So kebanyakan cite ni kite dah tau.



Cuma tu lah,terharu kan bila baca. Sebab Allah sayangkan Nabi kita. Dan semua dalam tu amaran untuk kita jugak. Sebab tulah, Nabi kata "aku tinggalkan 2 perkara di mana kamu takkan sesat kalau berpegang padanya, Al Quran dan sunnahku" lebih kurang gitu la ayatnya. Hmm adakah pengakhiran kita baik nanti? Wallahua'lam.



P/s: Andai kata aku pergi dalam masa terdekat ini, maafkan dosa-dosaku ya kawan2... Agak terkesan dengan banyak kes kemalangan yang melibatkan "orang muda" sekarang ni


No comments:

Post a Comment