Mari join..:)

Wednesday, June 22, 2016

Kepada Allah jua kita kembali.

Pagi tadi bangun tido je nampak mesej Gemok. Katanya kawan baik dia yang ada dalam gambar dia bagi malam tadi,eksiden teruk.

Ni gambarnya.

Citenye..Petang semalam balik kerja Gemok kata pergi bengkel, tukar clutch plate moto. So masa berbuka gitu saja la tanya, berbuka apa #bukansweet. Sebab aku tau dia kat bengkel. Dia kata minum ja. Kawan2 dia berhenti buat kerja repair moto tu,gi berbuka. Aku takla kenal sangat pun kawan2 dia,tapi ada la 2,3 orang budak Honda jugak,and selalu la diorang gi mana2 sekali. So aku cam la budak honda tu. Tak silap aku diorang sekolah menengah pun sekali,dekat je rumah diorang area Seberang Jaya jugak.


So dalam gambar tu aku cam la kawan dia tu,pakai baju hitam tulisan oren (nampak separuh muka je tu).


So dia kata, kawan dia yang tu la eksiden. Kritikal. Dia eksiden masa test motor yang baru kuar bengkel tu. Gemok balik rumah pun 1lebih. Aku rasa kejadian tu maybe dalam kol 2-3 camtu. Sebab sebelum tu kitorang sembang,tetiba senyap. Pastu dia mesej aku bagitau 5lebih. Sebagai mat motor, memang selalu jugak la Gemok cite, ada kawan eksiden masa race la balik kerja la. Aku rasa last aku dengar, adik or abang kawan dia yang repair moto tu pun meninggal eksiden jugak. 



10am: "Kat spital penang.truk.pndarahan dlm kpala.paru2 pn rosak"

10.50am: "doktor dah kua bgtaw mmg xleh buat apa dh.srh stnby bila2 boleh xda"



Aduhai.. apa la perasaan keluarga dia, Gemok pun mestila sedih sebab kawan baik dia. Aku dah pernah mengalami, adik aku darah beku besar penumbuk dalam kepala,dan doktor pun kata tak boleh buat apa dah. Macam flashback. 


Sebelum ni ada jugak kes budak Honda mati. Bawah tanggungjawab aku la jugak. Sebab aku production engineer (Assembly Frame) bahagian safety, accident traffic or industrial, yang melibatkan pekerja AF aku kena ambik tahu. Kena pergi investigate and buat report. Segala benda la,kerosakan kenderaan, condition jalan ke,semua kena report. Dan kalau ko tak confirm lagi pastu accident, kena extend la ko punye probation tu. So masa kes budak mati sebelum ni tu, aku on the way balik kampung. Ada akak engineer department lain mesej aku cakap "huda, ada budak AF meninggal. Eksiden kat BKE"


Aku macam terkejut sangat sebab masa tu aku baru je sampai rumah. Terus tanya siapa. Rupanya budak tu, dia pasang tayar depan. Tempat dia buat kerja tu betul2 depan opis aku je. So memang selalu nampak dia walaupun tak rapat. Tapi sebab kes melibatkan kematian, terus head of department aku dengan safety department yang kena pergi settle. 


Yang kes tu, ada la kes mistik dan spekulasi jugak keluar. Kata dia datang kilang kol 2-3 pagi la,tau sebab kat guard house ada bunyi orang scan pastu bila check, nama dia keluar. Tapi guard tak nampak orang yang scan tu Pastu ada orang nampak dia bawak motor yang dah siap pasang tu pusing2 area depan kilang. Ada nampak dia kat surau. Macam2 la. Kata dia kejar awek dia dengan jantan lain la, yang tu wallahualam.


Aku rasa aku terkesan sebab yelah,walaupun tak rapat pun. Tapi macam,eh semalam aku baru tengok dia elok je, harini dah takde. Kalau jadi kat kawan sendiri, tak tau la camne. Dulu masa arwah Fadilah meninggal sebab leukemia, dia meninggal masa form2 @ 3, aku baik dengan dia masa form1. Masa tu macam blur2 kejap, pastu baru datang sedih. Yelah,dia dahla baik. Senyum je, tak pernah masam muka ke marah2 ke. Rajin puasa sunat, memang baik sangat. Of course, tak pernah la carut kawan2 haha.



Hmm semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 


No comments:

Post a Comment