Mari join..:)

Friday, June 3, 2016

Jenjalan Penang dengan adik-adik.

Ni adik-adik kandung k, bukan adik-adik yang nama kat IC Salleh tapi dipanggil Sally itu. Kehkehkeh. Kan entri sebelum ni ada cite pasal I pergi kenduri kat Bertam Penang tu, so ni cerita selepas balik kenduri tu.


So dah sampai kenduri dalam pukul 3pm++, pastu tunggu mak bersembang dengan sedara mara dia, azan asar pun berkumandang masa kami nak balik tu. Sebelum tu adik aku yang bongsu tu masa jem tu dia bantai tido, so sampai kenduri tu dia mamai2 lagi terus tanya, "tak semayang lagi". Terharu mak aku. Wow baik budak ini huhu. So dari kenduri tu pegi semayang dulu baru la nak gerak ke Penang (pulau).


Pastu mak aku kate tak nak ikut pergi Penang, nak balik terus sebab dia tak bawak baju lebih, dia kata tak selesa nak semayang pakai baju tu sampai ke malam. So mak ikut Dila balik dulu. So yang tinggal aku, Saadah, Alip dengan Adik. Adik of course la, dia siap bawak baju nak mandi laut sebab aku dah cakap siap2 nak mandi. Alip aku memang suka bawak dia ke mana-mana, sebab dia co-pilot yang bagus. Lagipun dia tau drive manual (walaupun baru 16,takde lesen lagi) so lehla kalau nak suruh dia drive walaupun dia bawak slow,pastu kalau ada problem apa2 kat kereta pun leh harap. Bodyguard kakak dia ni katakan haha.


So aku bawak diorang naik feri, sambil tu on the way aku saja ikut jalan lama ikut Mak Mandin. Saja nak bagi diorang tengok tempat aku kerja dulu (motip betul) lagipun kedekut nak bayar RM1.20 tol sungai nyior tu haha. Motip tol mahal sangat padahal highway sekangkang kera pastu kalau ikut jalan lama pun bukannya jauh. Yang sebenarnya aku tak pernah bawak kereta naik feri. Satunya, malas beratur. Line memang panjang k. Kedua, aku kan selalu lone ranger, so macam takde feel je nak menikmati seorang diri. Few times jugak aku naik feri tapi jadi pejalan kaki je,bayar RM1.20 masa tu. Bawa kereta jadi RM7.70. Lagi mahal dari naik jambatan sebenarnya, tapi pengalaman tu yang penting. Pelancong mesti nak jugak naik feri tu walaupun sekali.


Aku pernah la bawak member2 dari KL naik feri, tapi dari pulau ke mainland la. Tapi member yang drive. Masa tu lepas Penang Bridge Marathon.


So saja la nak bagi adik2 merasa, kesian diorang. Kan cuti sekolah. Memang tiap2 kali depa cuti sekolah aku try nak bawak pergi mana2. Ayah aku susah nak berjalan sekarang sebab dia kerja Sabtu. Tapi yang tak syoknya, feri yang kami naik tu bahagian bawah semua kereta. Pulau Kapas kot nama feri kami naik tu. Feri yang aku rasa best yang dinding dia jaring2 tu so leh tengok laut. Yang ni kena bagi Adik panjat nak tengok laut. Dia tak puas hati tak nampak haha.




Pastu sambil tunggu tu adoi..lamanya. Tapi aku fikir,kalau naik jambatan pun mesti jem jugak sebab cuti sekolah kan. Hari biasa pun memang jem jugak kalau weekend,ni kan cuti sekolah. So tunggu jela. Sampai je pulau, terus gerak ke Batu Feringghi. Masa dalam feri Adik nampak orang beli air tin ngan botol, dia nak la. Aku cakap tunggu la sampai pulau nanti kita gi singgah mana2 beli. Pastu dah sampai seberang dia tuntut haha. Aku suh tunggu sampai kat pantai je. Budak ni memang tak suka minum air masak. Nak air manis2 je.


Tapi tak sampai pun Feringghi. Mandi ja kat Shamrock tu sebab jam pun dah pukul 7 something. Takut tak sempat pulak dia nak mandi. Sampai2 beli air kelapa dengan pau untuk dia, terus mandi manda. Pastu aku dengan Saadah try laksa kat gerai tepi sekali tu, sedap. Recommended!


Agak2 pukul 8 something, kitorang gerak balik. Suh adik tukar baju kering je,nanti sampai RNR baru mandi. Boleh tak haha. On the way balik tu cari jeruk madu Pak Ali,dila pesan. Ok jugak cawangan tu sebab takde GST,orang pun tak ramai. Mula2 ingat nak beli kat RNR sungai perak je,pastu on the way tu adik2 ternampak kedai tu terus berenti. Area Tesco Tanjung Pinang.


Saadah boleh tanya aku masa on the way balik "yong kamu memang tau jalan ke kamu main bantey je?"Cessssss. Sampai hati meragui kakakmu ini. Kalau Gemok dengar mesti dia iyekan. Sebab aku memang selalu blur pasal jalan. So masa balik tu saja la aku lalu jambatan kedua, dekat pun dekat nak balik Perak pastu diorang tak pernah sampai lagi. Sebenarnya pak long aku ajak stay hotel kat Feringghi, dia kata nak book bilik untuk kami tapi sebab kami masing2 tak bawak persediaan nak tido. Pastu mak pun takde sekali, rasa tak selesa lak. Bukan tak selesa dengan pak long,tapi mak long huhu.


Sepanjang jalan balik, aku suruh Saadah pastikan adik tak tidur supaya leh mandi haha.


Harap2 nanti ada rezeki lebih leh bawak diorang jalan jauh lagi. Trip kali ni trip jimat sebenarnya sebab belum gaji haha. Touch n go dah topup siap2 RM50, minyak pun isi RM50 ja masa nak bertolak. Sampai rumah kol 12tengah malam tinggal 2bar.

No comments:

Post a Comment