Mari join..:)

Friday, June 3, 2016

Five Enough lagi dan lagi dan lagi


Hahaha.. tak menahan betul cite ni. Sebab aku missed episod 28, so pegi download la 28-30. Malam tadi kol 2 pagi baru habis tengok. Nasib tak sakit kepala arini. Makin mendebarkan lak. Harap aku tak nampak macam makcik2 yang layan soap opera huhuhu. 



Satu trait yang aku suka pasal Kim Sang min. Mulut ala2 puaka dengan orang luar, tapi dia memang sayang adik dia. Tak taula camna nanti bila dia tau ex-crush Yeontae tu adik dia sendiri haha.


Betul sangkaan aku sebelum ni, memang dulu dia suka Yeontae. Haha. So sweet. 


Episod tiga2 ni sedih sikit part hero dan heroin utama. Sebab mak Sangtae masuk campur dalam kisah percintaan diorang, dan cakap bukan2 pada Ahn Mi Jeong. So Mi jeong pun mintak break dengan Sangtae. Hmm kesian. Macam la janda anak 3 tu dosa kan. 


Part Hotae dengan awek dia tu. Dah nak kawin pun. Part diorang tak menarik sebab aku tak suka cara pompuan tu cakap. Macam buat2 manja. Pompuan tu berlakon dalam My Mother is a Daughter In Law ke apa tajuknya. 


Part Sangmin dengan Yeontae. Sangmin ni asyik la nak uji Yeontae kononnya. Tapi dia ingat tak berjaya. Blur la dua2. Stress aku. Tapi tak lama lagi bercinta la tu. Cuma aku stress sebab rasa nak tolong pergi ketuk kepala dua orang tu bagitau perkara sebenar haha. By the way, aku rasa tak ramai yang jenis berterus terang apa yang ada dalam hati. Sebab tu masing2 susah nak faham apa yang partner dia fikir. Pastu jadi la macam2 salah faham. 


Part Tae Min dengan Jin Joo. Tae Min dah jumpa dengan parents Jin Joo dan parents dia cakap bukan2 jugak pada Tae Min. Kesian Tae Min. Tu yang jadi kes macam gambar atas sekali tu. Parents dia kan suka Sangmin,so dia kata la Tae Min tak layak untuk anak dia la bagai. Siap cakap anak dia pegi dating dengan Sangmin. Padahal Jin Joo terpaksa date dengan Sangmin sebab parents dia, Sangmin lak perlukan Jin Joo untuk buat Yeontae jeles. Haha adoi. 


Last sekali episod30 tu mak mertua Sangtae, mak Sangtae dengan nenek Mi Jeong tengah tarik menarik rambut. Adoi hillarious.



Tolongggg aku tak sabar nak tengok episod seterusnya!

No comments:

Post a Comment