Mari join..:)

Monday, June 13, 2016

Aktiviti minggu pertama bulan puasa.

Bulan puasa tahun ni.. lain la dari tahun lepas. Tahun lepas ramai geng bukak puasa,tahun ni sendu. So first day tu aku puasa kat kampung,so first day berbuka tu meriah la. Adik2 pun semua ada kecuali Dila. Ayah pulak,memang tiap tahun berbuka kat masjid. Tahun lepas mak sampai cakap kat ayah, berbuka la kat rumah, anak2 semua ada ni. Huhu. Pengerusi masjid ni kan.


Second puasa dah koje. So malam tu, I makan kat bawah jambatan dengan kengkawan kak Liza. Kak Liza ni kerja sekali dengan aku. Tengahari tu sistem down so dia datang la opis. Pastu dia capture makanan2 atas meja aku ceh. Habis kerja aku terus gi Jabil letak kereta. Naik kereta kak Liza pergi fetch orang lain. Kawan kak Liza masak macam2. Aku bawak diri je hari tu haha. 



Semangat kak Boboi makan. Meriah kan lauk kami? Seri muka tu sedap. I siap tapau bawak balik haha.


3rd day aku makan PAMA dengan biskut cicah nescafe je. Diet kan,hari tu aku puasa ganti selang sehari aku makan nasi. Memang ringan rasa badan huhu. Lagipun sebenarnya dah bosan makan nasik. T_T 


Fourth day aku gi beli nasi ayam dekat2 rumah, fifth day nasi tomato. Arghhh nasik pulak berderet. Tapi lega, bulan puasa ni sistem pencernaan aku A. =D


Pastu aku memang teringin ikan bakar, tah nape bulan puasa mesti nak jugak sekali makan. So ajak kak Liza hari Sabtu tu,dia kata kita makan bawah jambatan dulu, nanti malam sikit baru gi ikan bakar. Oh no no no no, gemuk la nanti haha. Pastu makan bawah  jambatan tu pun,kompem lauk banyak. Tengok2 memang betul banyak. Dahla ada nasik, laksa lagi. I makan laksa sepinggan, nasi 2 pinggan HAHA.

Tah bile la diorang capture gambar aku tetiba ada ja. Sedap laksa tu, terus teringat laksa mak Gemok. lagi lazat. Tah bile dapat makan lagi. Lauk malam tu ikan goreng ireng (hangus sikit) dengan sayur campur daging. Makan tu pun dah selera dah. Ikan temenung kan,mana leh tolak huhu.

Dari kiri: Tanti (orang jabil), Hani anak kak Liza, Ela (orang Jabil jugak) and kak Nik (tukang masak kita)


Pastu Kak Liza ajak sahur kat Kapitan,makan beriani. So lepas habis sesi bawah jambatan, balik rumah diorang. Dekat kol 10 gak baru keluar balik. Nak pergi Little India katanya, tapi sampai sana dah tutup pun kedai sebab dah kol 11. So sudahnya selfie je. Pastu round2 area town tu,jenuh tangkap gambar semua, gerak ke Padang Kota.





Parking kat Fort tu, tengok nape ramai sangat. Rupanya ada promo filem Kabali, ada Rajnikanth, Rosyam Nor, Norman hakim, Yank Kassim, dan ramai lagi artis Malaysia. Sape yang tak kenal Rajnikanth tu, google pi. Haha


12 something pergi dok kat Tiang Biru. Ada 1 McDonald kat situ. Hani la, dok berzikir nak main roller blade. So pergi beli mcD drive thru, dan parking. Pastu dia dok hasut aku main sekali. Sudahnya I main jugak haha.

Meniti tepian sajor.

Nampak tak beza saiz di situ huhu


Habis main lebih 2 pagi, gerak ke Kapitan Queensbay. Cadangnya nak makan kat Kapitan town je, tapi Tanti dah mengantuk. Masa kami main roller blade tu dia tido dalam kete.

Selpik sikit dengan tab nih. I makan Spicy Chicken McDeluxe je, tak makan beriani pun.


Sampai rumah 4.30 gitu. Terus mandi semayang kroh3. Alarm subuh pun tak dengar dah. Jaga2 dah kol 10.30 T___T


Esoknya Ahad tu jom ke ikan bakor. Mula2 nak makan area Teluk Kumbar, tapi takde set. So pegi Teluk Tempoyak. Order:

Ikan Siakap Bakar
Ikan Siakap masak pedas
Ayam Masak Paprik
Kangkung Masak Belacan
Kangkung Biasa
Tomyam Campur 4 orang makan
Nasi 7 
Air 2 jag (oren & Sirap)

Dah habis makan tambah pulak sotong goreng tepung.

Total: RM170


Chalet ni dekat Seri Idaman tu,tapi dah tutup katanya. Nampak menarik tak? aku teringat masa aku pergi Kampung Ayer Brunei dulu. Dari sebelah sana chalet leh nampak jambatan kedua.

I tengah mesej dengan gemok tak pasan ade orang tangkap gambor kite. 





kalau pasal selfie serah kat depa ni 

Sebelum dibaham.

Meja sebelah tu Indon,depa siap tanya, kami ada celebrate apa2 ke. Agaknya sebab meriah sangat kot haha. Padahal meja sebelah kami tu lagi dasat.

Star of the night huhu. Sedap! I yang tak makan sotong pun leh makan sekali.






Kenyang hoi. Aku pasang niat dah, start minggu kedua aku kena control makan berbuka haha.



Now mengidam western food. Ada sapa2 nak teman aku makan kat FAIS? 




No comments:

Post a Comment