Mari join..:)

Wednesday, June 29, 2016

Secret love song.

Secret love song

When you hold me in the street
And you kiss me on the dance floor
I wish that it could be like that
Why can't it be like that
Cause I'm yours


We keep behind closed doors
Everytime I see you, I die a little more
Stolen moments that we steal as the curtain falls
It'll never be enough

It's obvious you're meant for me
Every piece of you, it just fits perfectly
Every second, every thought, I'm in so deep
But I'll never show it on my face

But we know this.
We got a love that is homeless

Why can't you hold me in the street?
Why can't you kiss me on the dance  floor?
I wish that it could be like that
Why can't we be like that
Cause I'm yours

When you're with him, did you call his name
Like you do when you're with me? Does it feel the same?
Would you leave if I was ready to settle down?
Or would you play it safe and stay?

Girl, you know this
We got a love that is hopeless

Why can't you hold me in the street?
Why can't you kiss me on the dance floor?
I wish that it could be like that
Why can't it be like that
Cause I'm yours

And nobody knows I'm in love with someone's baby
I don't wanna hide us away
Tell the world about the love we're making
I'm living for that day
Someday

Why can't I hold you in the street?
Why can't I kiss you on the dance floor?
I wish that we could be like that
Why can't we be like that
Cause I'm yours, I'm yours


Oh, why can't you hold me in the street?
Why can't I kiss you on the dance floor?
I wish that it could be like that
Why can't it be like that?
Cause I'm yours

Why can't I say that I'm in love?
I wanna shout it from the rooftop
I wish that it could be like that
Why can't we be like that
Cause I'm yours

Why can't we be like that
Wish we could be like that 


Sebelum kahwin...

Tajuk macam nak kawin,pastu buat wasiat siap2 kan. Haha no la..belum ada yang meminang lagi. Calon untuk meminang pun takde huhu.


Sebenarnya memandangkan umur dah 28 tapi belum berkahwin..I'm thinking of doing something that are meaningful. Yelah, aku rasa banyak benda yang aku dah missed. Maybe sebab dulu aku fikir terlalu banyak, so banyak benda aku tak nak buat. Bila dah tua ni,rasa nyesal pulak.


1. Travel, I'm doing part of it. Tapi tak la nak travel all around the globe. Ada few countries yang aku betul2 nak pergi. Mula2 nak cover Asean je. Biggest constraint ialah duit dan masa huhu. Actually aku ada buat list tapi dah hilang pulak haha. Aritu kan fon aku problem,habis semuanya hilang. Tak connect kat google lak tu. So takde chance nak retrieve. Takpe, i simpan list tu dalam hati I cia cia cia.


2. Hiking. Aku tak la target the highest mountain of the world. Even the highest mountain of Malaysia or highest in Peninsular ni pun aku takde keinginan. Huhu. Cukupla highest in Penang- Bukit Bendera haha. Highest in Perak means crazy. Perak banyak gunung kot. Kan part of Titiwangsa ke apa tu. Aku rasa G7 banyak kat Perak. Hampir semua huhu. G7 tu maksudnya gunung yang berketinggian lebih 7000kaki, kira kaki hiking memang aim la G7 ni.


3. Jungle trekking. Cey, jungle trekking je pun. Macam poyo je kan. Aku macam target nak pergi semua national park kat Malaysia. Setakat ni baru pergi err..Bako, Niah, Penang huhu. Tu je kot. Lambir Hill setakat tengok dari luar je haha. Tapi agak menakutkan jugak masuk hutan sejak aku rajin baca kisah mistik semasa masuk hutan ni. Cis. Tapi tu lah,aku selalu masuk hutan niat nak tengok keindahan alam dan exercise je. Kita jangan fikir nak merosakkan, cakap bukan-bukan atau membangga diri. Bahaya ooo..dia macam masuk rumah orang, nanti tuan rumah marah habisla. Erkk



4. Running or berekot. Berekot tu bahasa Sarawak, selalu tengok member2 unimas guna huhu. Setakat ni pernah nak join run 3 kali dah,tapi semuanya tak berjaya sebab ragu-ragu dengan diri sendiri huhu. So kumpul t-shirt or jersi running jela. Haha. 


5. Road trip. Setakat ni paling jauh pernah drive, ermm kalau ke selatan Melaka kot. ke jengka lagi jauh? huhu. Eh tu jalan highway la. Ke utara pulak paling jauh drive sampai Jeti Kuala Kedah, ikut jalan lama hehe. Kalau ke utara naik highway tak la jauh benor. Dari Penang ke sempadan bukit kayu hitam 2 jam je. Teringin nak pergi Kelantan dan Terengganu, tunggu la nanti.






6. Adventure. Sekarang ni aku teringin nak masuk The Amazing Race. Walaupun sedar kelemahan diri, arghhh but cannot resist. Asyik teringat2 walaupun sedar takde partner huhu. Ada sapa2 nak join aku tak? Ciri2 utama kena sabar dengan aku haha. #seriousbuyer








Tuesday, June 28, 2016

Kisah Quran dan Ramadhan 1437H.

Dah lama tak bersiaran, huhu. Last week memang agak busy, pastu dah settle tu, mood pulak down sikit huhu. Memang menyendiri habis la,sebab aku siap uninstall telegram dan whatsapp terus. Wechat dah memang takde, tinggal facebook je. Weekend aku habiskan dengan candy crush haha.



So nak cite la, bebudak Taayah ni ada group ODOJ. One day One juzuk. Mula2 kami buat aku rasa dalam 2013-2014 gitu la. Setiap orang baca bahagian masing2 sampai la kitorang berjaya complete 30 juzuk. Sape period tu, ade la orang lain tolong backup kan. Tapi actually tu practice je, yang sebetulnya kena buat gaya tadarus, maksudnya setiap orang baca, kita kena dengar. Tapi ni kan memasing bukan dekat2 pun, so camne nak dengar kan memasing baca. Sebab tu dipanggil prektis hehe.


Aku ni memang pemalas sikit bab ni. Tak bergerak la juzuk 4 dari zaman bila tah. Tu la mak aku bising kat kami, korang ni semua dah khatam takdela nak baca Quran dah. Adik aku Apis rajin jugak ngaji,boleh kata hari2 jugak,alhamdulillah la. Maybe sebab dulu sekolah Izzuddin, ada la tempias sikit kealiman itu huhu.


So puasa ni, admin kami pun mengingatkan la sebab group kami senyap terus. So aku tekad nak rajin sikit. So dalam jem aku baca, kat opis bila ngantuk2 sikit buka la, dapat 10ayat jadi la. Pastu antara maghrib dan isyak, and lepas terawih aku baca la jugak. Tambah dekat2 aku rasa macam nak period je, banyak sikit la baca. Yang kelakar, aritu aku sakit kepala,so malam tu lepas isyak aku terus bom. So malam esoknya, Sabtu,aku baca la banyak sikit, dalam 3 surah gitu. Masa tu juzuk 18-19 dah. Sampai habis surah ke-26 tu, I stop. Dalam sejam gitu, eh kawan baik orang  perempuan pun datang. Patut I rajin haha. So kena la cuti beberapa hari sobsss. Sempat ke tidak la nak habiskan lagi 10juzuk tu huhu.



Btw, aku baca Quran kat fon je, kat surah.my . So ada la terjemahan sekali. Sambil baca, jeling2 sekali terjemahan. Walaupun I sekolah taayah, arab I so-so je. Tak la boleh faham semuanya. So kebanyakan surah kan ada cerita, kalau tengok ayat dia semua lebih kurang camni " Dan ingatlah Muhammad, kisah Nabi kami.. Musa" or Yusuf, or Ibrahim etc. Dan ada cerita Nabi2 tadi. Kebanyakan kita dah dengar kan cerita Nabi2 ni masa kecik. So kebanyakan cite ni kite dah tau.



Cuma tu lah,terharu kan bila baca. Sebab Allah sayangkan Nabi kita. Dan semua dalam tu amaran untuk kita jugak. Sebab tulah, Nabi kata "aku tinggalkan 2 perkara di mana kamu takkan sesat kalau berpegang padanya, Al Quran dan sunnahku" lebih kurang gitu la ayatnya. Hmm adakah pengakhiran kita baik nanti? Wallahua'lam.



P/s: Andai kata aku pergi dalam masa terdekat ini, maafkan dosa-dosaku ya kawan2... Agak terkesan dengan banyak kes kemalangan yang melibatkan "orang muda" sekarang ni


Wednesday, June 22, 2016

Kepada Allah jua kita kembali.

Pagi tadi bangun tido je nampak mesej Gemok. Katanya kawan baik dia yang ada dalam gambar dia bagi malam tadi,eksiden teruk.

Ni gambarnya.

Citenye..Petang semalam balik kerja Gemok kata pergi bengkel, tukar clutch plate moto. So masa berbuka gitu saja la tanya, berbuka apa #bukansweet. Sebab aku tau dia kat bengkel. Dia kata minum ja. Kawan2 dia berhenti buat kerja repair moto tu,gi berbuka. Aku takla kenal sangat pun kawan2 dia,tapi ada la 2,3 orang budak Honda jugak,and selalu la diorang gi mana2 sekali. So aku cam la budak honda tu. Tak silap aku diorang sekolah menengah pun sekali,dekat je rumah diorang area Seberang Jaya jugak.


So dalam gambar tu aku cam la kawan dia tu,pakai baju hitam tulisan oren (nampak separuh muka je tu).


So dia kata, kawan dia yang tu la eksiden. Kritikal. Dia eksiden masa test motor yang baru kuar bengkel tu. Gemok balik rumah pun 1lebih. Aku rasa kejadian tu maybe dalam kol 2-3 camtu. Sebab sebelum tu kitorang sembang,tetiba senyap. Pastu dia mesej aku bagitau 5lebih. Sebagai mat motor, memang selalu jugak la Gemok cite, ada kawan eksiden masa race la balik kerja la. Aku rasa last aku dengar, adik or abang kawan dia yang repair moto tu pun meninggal eksiden jugak. 



10am: "Kat spital penang.truk.pndarahan dlm kpala.paru2 pn rosak"

10.50am: "doktor dah kua bgtaw mmg xleh buat apa dh.srh stnby bila2 boleh xda"



Aduhai.. apa la perasaan keluarga dia, Gemok pun mestila sedih sebab kawan baik dia. Aku dah pernah mengalami, adik aku darah beku besar penumbuk dalam kepala,dan doktor pun kata tak boleh buat apa dah. Macam flashback. 


Sebelum ni ada jugak kes budak Honda mati. Bawah tanggungjawab aku la jugak. Sebab aku production engineer (Assembly Frame) bahagian safety, accident traffic or industrial, yang melibatkan pekerja AF aku kena ambik tahu. Kena pergi investigate and buat report. Segala benda la,kerosakan kenderaan, condition jalan ke,semua kena report. Dan kalau ko tak confirm lagi pastu accident, kena extend la ko punye probation tu. So masa kes budak mati sebelum ni tu, aku on the way balik kampung. Ada akak engineer department lain mesej aku cakap "huda, ada budak AF meninggal. Eksiden kat BKE"


Aku macam terkejut sangat sebab masa tu aku baru je sampai rumah. Terus tanya siapa. Rupanya budak tu, dia pasang tayar depan. Tempat dia buat kerja tu betul2 depan opis aku je. So memang selalu nampak dia walaupun tak rapat. Tapi sebab kes melibatkan kematian, terus head of department aku dengan safety department yang kena pergi settle. 


Yang kes tu, ada la kes mistik dan spekulasi jugak keluar. Kata dia datang kilang kol 2-3 pagi la,tau sebab kat guard house ada bunyi orang scan pastu bila check, nama dia keluar. Tapi guard tak nampak orang yang scan tu Pastu ada orang nampak dia bawak motor yang dah siap pasang tu pusing2 area depan kilang. Ada nampak dia kat surau. Macam2 la. Kata dia kejar awek dia dengan jantan lain la, yang tu wallahualam.


Aku rasa aku terkesan sebab yelah,walaupun tak rapat pun. Tapi macam,eh semalam aku baru tengok dia elok je, harini dah takde. Kalau jadi kat kawan sendiri, tak tau la camne. Dulu masa arwah Fadilah meninggal sebab leukemia, dia meninggal masa form2 @ 3, aku baik dengan dia masa form1. Masa tu macam blur2 kejap, pastu baru datang sedih. Yelah,dia dahla baik. Senyum je, tak pernah masam muka ke marah2 ke. Rajin puasa sunat, memang baik sangat. Of course, tak pernah la carut kawan2 haha.



Hmm semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 


Monday, June 20, 2016

Aku yang dulu bukan yang sekarang.

Pagi tadi punya conversation. Dalam pening2 sempat lagi wasap huhu. Kelab tahfiz? Agak macam tak padan je dengan aku kan huhu. I kan lagho sikit T_____T


Dulu masa sekolah rendah, ada few times join pertandingan tahfiz. Tapi aku ni memang malas menghafal pun, so rasanya memang tak menang pun haha. Sebab dah takde orang kot, masuk jela. Aku ingat dulu ada ihtifal kat sekolah agama sungai galah, masa surah panjang. Hampir semua ayat ustaz tu kena betulkan haha. Pastu masa masuk Taayah, time orientasi. Entah macam mana, tak tau la aku volunteer ke apa. Aku wakil masuk tahfiz. So masa nak bertanding tu, diorang bawak la aku jumpa sorang akak ni. Dia memang terer la tahfiz, pastu baca Quran pun berlagu, alaaa secara tarannum tu. Suara dia pun sedap. 






Pastu entah macam mana I boleh terjoin kelab tahfiz, jadi AJK lak tu. Aku ni jadi AJK memang fail, I suka tido je dulu kahkah. Yang lawak part kismis, aku sendiri pun lupa dah. Tak sangka ada member yang ingat haha. 

Saturday, June 18, 2016

Karok.

Malam tadi gi karok. Tiba2 je member aku ajak. So lepas makan terus gi karok kat Perda. Rasanya belas2 kali dah kot gi karok tu masa dok Perai.


So amik sejam sebab berdua ja. Kalau 2jam kang sampai tak tau nak nyanyi lagu apa selalunya.


So dia sibuk nak cari lagu yang baru-baru. Aku lak nyanyi ja lagu Hazama sementara dia dok pilih tu. Sekarang ni dah jadi lagu wajib dah, Sampai Mati & Relakan Jiwa.


Pastu tengok2 dia amik lagu All about that bass la, i mana la reti nyanyi lagu gitu haha.

Then tengok2 lagu Janna Nick,mungkin saja. Aduhai, I dahla tak suka lagu tu sebab macam tangkap lentok je. Pastu kata I comel nyanyi lagu tu. Ceh.


Jarangla I amik lagu pompuan sebab aku tak suka suara soft aku. Aku suka keluarkan suara garau aku tapi kadang2 bila tinggi suara jadi pecah. Tu yang tak best.


Then rasa nak kencing. Masa tu aku nampak dah next song Gurauan berkasih. So gi pee cepat2 balik. Masa lagu tu aku tanya la,dah ppilih ke next song. Pastu dia tekan eject, dan lagu seterusnya tak pilih lagi. Adoi heng kejap lak. Rugi masa.


Tapi syok la malam tadi. Amik lagu rock2 pastu jerit2. Satu ja tak puas hati. Lagu seroja search tu, aku suka nyanyi part "lamunanku tersentak..lalu ku mendongak" tapi dia sibuk je nak nyanyi part tu. Dua2 kali part tu lak tu. Cis.


Oh..ombak rindu best. Hehe..n lagu wajib duet kitorang..Baldu biru.



Mimpi bunian.

Aku rasa ni sebab tido siang kot,jadi mimpi merapu. Kami satu family ada kat rumah kawan mak aku. Kawasan tu agak besar, atas bukit. Kan kalau tepi2 highway ada bukit yang dipotong bertingkat tu. Untuk elak hakisan rasanya. So kawasan rumah dia ni atas tu.


Diorang cakap bahasa yang kami tak faham. Pastu kami macam terpinga-pinga. Pastu dia kata, kami boleh cakap melayu jugak. Masa tu fikir, oo kat selangor pun ada loghat pelik gini.


Pastu kami turun dari bukit tu, tiba2 tengok rumah2 tu semua hilang. Tengok lagi sekali,eh ada pulak. Mak cakap tu la dia memang ada kat situ. Tapi biasanya kita tak nampak. T___T


Pastu aku terjaga. Bila tido balik mimpi yang lebih kurang mistik. Tapi bukan sambung tadi.


Ada anak raja 3orang,semua laki. Pastu yang sulung tu suka kat ...? So tiap kali jumpa,pastu tiba2 mak dia datang. Perempuan ni kena la menyamar jadi tiang la apa. Tapi salu kantoi. Tau je mak dia tu. Masa tu otak aku gigih berfikir gak, menyamar jadi apa yang takkan kantoi.haha


Pastu mak dia buat pertandingan cari menantu. Kena masak. Bahan2 macam ayam gitu. Pastu sambil tunggu giliran aku gi tanya 3orang tu, mak diorang suka apa. Pastu diorang kata mak diorang suka ayam ala2 BBQ camtu. Tapi sampai giliran aku masak ada ja gangguan sampai kesudah I tak masak2.


Tapi masa tu I konpius. Macam aku lah pompuan tu,tapi dalam masa yang sama aku leh nampak "aku" dalam badan orang lain. Musykil2.


Bangun2 tengok jam dah kol 1 petang. Haha lama gila aku tido.

Friday, June 17, 2016

Makanan berbuka udez tak berapa menarik.


Ternampak gambar ni, ni makanan berbuka masa ganti puasa aritu. Minggu ni aku busy sikit dengan kerja, so makan pun ala kadar. Isnin tu aku goreng daging burger 2 ketul,pastu roti sambal bilis. Kenyang jugak la. Roti tu sebenarnya bekalan sahur. Tapi aku risau expired so makan jelah berbuka haha. Sahur dahla memang minum air je.


Selasa I makan nasi lemak Pak Raja, nyum2 I like. Terus mintak nasi tambah (maksudnya jadi 2mangkuk) dengan telur dadar,sambal bilis extra. RM5.20. Agak mahal sebenarnya, tapi tak kisahla sebab sedap. Mahal lagi nasi lemak old town kan haha. Pastu nampak tau fu fa pun hentam, sedap tol taufu fa time berbuka. Cuma terlebih manis aritu, I tak suka manis gitu. 



Rabu, nasi lemak lagi. Mula2 nak makan KFC, aku balik kerja kol 7, aku bajet sampai sana 7.15 order makan, terus berbuka dah. Sekali perghhhhhh meja penuh, line kat kaunter pun panjang gila. So lupakan, pergi Old Town je. Old town harusla makan nasi lemak. Perghh dua hari berturut nasi lemak. 


Tunggu malam ni, I dah berapa hari teringin chicken chop ni huhu

Tuesday, June 14, 2016

Five Enough ep 33 & 34

Ko memang nak buat review setiap episod? kahkah. Sebab takde geng yang tengok cite ni,so terpaksa sembang sorang kat blog. Bile aku balik kampung, bukak je cite ni. Adik aku apis tu mesti tanya "takde cite lain ke?" Menyampah betul. Kalau dia tengok tv jangan harap orang lain dapat tukar. Kalau kite pulak nak tengok sibuk je.


So terpaksa la I download tiap2 minggu untuk ketenangan hati semasa menonton kikiki.


So episod lepas Yeontae dan Sangmin dah bercinta kan. So Sangmin ni kan excited, nak hantar Yeontae pergi kerja katanya. Pastu dia tanya la you kerja mana? Yeontae kata la "Sekolah Rendah..." Terkejut la si Sangmin. Rupanya dia baru tau Yeontae tu cikgu. Pastu tanya dulu dia grad U mana? Haha, memang la sama dengan si Tae Min. Baru la dia tau 7years crush Yeontae tu Taemin. Dahla memang dulu2 masa Taemin suka Yeontae tu, memang dia cerita kat abang dia. So dia terus rasa insecure.


Malam tu patutnya diorang gi boling. Pastu sebab tak sedap ati, Sangmin pergi berlatih golf. Bila Yeontae call tanya dia kat mana, dia suh manager dia jawab kata pergi camp seminggu tak leh jawab call. haha pun boleh


Pastu buat perangai pelik2 dekat adik dia sampai Tae Min pun heran. I wonder apa jadi bila diorang semua tau huhu.


Hero + heroin sangat sweetttttt. Sebelum ni heroin asyik nak escape, pergi interview kerja lain la apa. Tapi kali ni dia nekad nak teruskan. So heroin jumpa bakal ayah mentua, pakcik tu memang dari awal lagi okey je. Bakal mak mentua yang problem. Pastu hero pun cakap dengan ex parents in law dia, nak kawin dan bawak anak2 dia keluar dari rumah tu. Mak mentua dia sampai tak lalu makan sebab nak berpisah dengan cucu.


Next episode maybe diorang akan bagitau anak2 diorang. I expect some conflicts among them later huhuhu. Banyak episod lagi ni, adoi lame nak tunggu. 




Monday, June 13, 2016

Aktiviti minggu pertama bulan puasa.

Bulan puasa tahun ni.. lain la dari tahun lepas. Tahun lepas ramai geng bukak puasa,tahun ni sendu. So first day tu aku puasa kat kampung,so first day berbuka tu meriah la. Adik2 pun semua ada kecuali Dila. Ayah pulak,memang tiap tahun berbuka kat masjid. Tahun lepas mak sampai cakap kat ayah, berbuka la kat rumah, anak2 semua ada ni. Huhu. Pengerusi masjid ni kan.


Second puasa dah koje. So malam tu, I makan kat bawah jambatan dengan kengkawan kak Liza. Kak Liza ni kerja sekali dengan aku. Tengahari tu sistem down so dia datang la opis. Pastu dia capture makanan2 atas meja aku ceh. Habis kerja aku terus gi Jabil letak kereta. Naik kereta kak Liza pergi fetch orang lain. Kawan kak Liza masak macam2. Aku bawak diri je hari tu haha. 



Semangat kak Boboi makan. Meriah kan lauk kami? Seri muka tu sedap. I siap tapau bawak balik haha.


3rd day aku makan PAMA dengan biskut cicah nescafe je. Diet kan,hari tu aku puasa ganti selang sehari aku makan nasi. Memang ringan rasa badan huhu. Lagipun sebenarnya dah bosan makan nasik. T_T 


Fourth day aku gi beli nasi ayam dekat2 rumah, fifth day nasi tomato. Arghhh nasik pulak berderet. Tapi lega, bulan puasa ni sistem pencernaan aku A. =D


Pastu aku memang teringin ikan bakar, tah nape bulan puasa mesti nak jugak sekali makan. So ajak kak Liza hari Sabtu tu,dia kata kita makan bawah jambatan dulu, nanti malam sikit baru gi ikan bakar. Oh no no no no, gemuk la nanti haha. Pastu makan bawah  jambatan tu pun,kompem lauk banyak. Tengok2 memang betul banyak. Dahla ada nasik, laksa lagi. I makan laksa sepinggan, nasi 2 pinggan HAHA.

Tah bile la diorang capture gambar aku tetiba ada ja. Sedap laksa tu, terus teringat laksa mak Gemok. lagi lazat. Tah bile dapat makan lagi. Lauk malam tu ikan goreng ireng (hangus sikit) dengan sayur campur daging. Makan tu pun dah selera dah. Ikan temenung kan,mana leh tolak huhu.

Dari kiri: Tanti (orang jabil), Hani anak kak Liza, Ela (orang Jabil jugak) and kak Nik (tukang masak kita)


Pastu Kak Liza ajak sahur kat Kapitan,makan beriani. So lepas habis sesi bawah jambatan, balik rumah diorang. Dekat kol 10 gak baru keluar balik. Nak pergi Little India katanya, tapi sampai sana dah tutup pun kedai sebab dah kol 11. So sudahnya selfie je. Pastu round2 area town tu,jenuh tangkap gambar semua, gerak ke Padang Kota.





Parking kat Fort tu, tengok nape ramai sangat. Rupanya ada promo filem Kabali, ada Rajnikanth, Rosyam Nor, Norman hakim, Yank Kassim, dan ramai lagi artis Malaysia. Sape yang tak kenal Rajnikanth tu, google pi. Haha


12 something pergi dok kat Tiang Biru. Ada 1 McDonald kat situ. Hani la, dok berzikir nak main roller blade. So pergi beli mcD drive thru, dan parking. Pastu dia dok hasut aku main sekali. Sudahnya I main jugak haha.

Meniti tepian sajor.

Nampak tak beza saiz di situ huhu


Habis main lebih 2 pagi, gerak ke Kapitan Queensbay. Cadangnya nak makan kat Kapitan town je, tapi Tanti dah mengantuk. Masa kami main roller blade tu dia tido dalam kete.

Selpik sikit dengan tab nih. I makan Spicy Chicken McDeluxe je, tak makan beriani pun.


Sampai rumah 4.30 gitu. Terus mandi semayang kroh3. Alarm subuh pun tak dengar dah. Jaga2 dah kol 10.30 T___T


Esoknya Ahad tu jom ke ikan bakor. Mula2 nak makan area Teluk Kumbar, tapi takde set. So pegi Teluk Tempoyak. Order:

Ikan Siakap Bakar
Ikan Siakap masak pedas
Ayam Masak Paprik
Kangkung Masak Belacan
Kangkung Biasa
Tomyam Campur 4 orang makan
Nasi 7 
Air 2 jag (oren & Sirap)

Dah habis makan tambah pulak sotong goreng tepung.

Total: RM170


Chalet ni dekat Seri Idaman tu,tapi dah tutup katanya. Nampak menarik tak? aku teringat masa aku pergi Kampung Ayer Brunei dulu. Dari sebelah sana chalet leh nampak jambatan kedua.

I tengah mesej dengan gemok tak pasan ade orang tangkap gambor kite. 





kalau pasal selfie serah kat depa ni 

Sebelum dibaham.

Meja sebelah tu Indon,depa siap tanya, kami ada celebrate apa2 ke. Agaknya sebab meriah sangat kot haha. Padahal meja sebelah kami tu lagi dasat.

Star of the night huhu. Sedap! I yang tak makan sotong pun leh makan sekali.






Kenyang hoi. Aku pasang niat dah, start minggu kedua aku kena control makan berbuka haha.



Now mengidam western food. Ada sapa2 nak teman aku makan kat FAIS? 




Thursday, June 9, 2016

Things you dont know wont hurt you

Haha. Malam tadi member grup travel yang aku dah left aritu, mesej aku. Nama dia Amoy. Dari mula aku left tu memang selalu dia cite kat aku apa yang diorang tulis kat grup. Bukan mengadu domba, saja nak share sebab dia pun kena macam aku cuma dia tak left sebab tak nak kena macam aku haha.


Dia cakap semalam ade sorang tu stalk wechat aku. Pompuan yang jual insurans tu lah. Pompuan tu takde facebook dan ig,tapi dia ada wechat. So dia fren dengan aku kat wechat je,lama dahla. Ada sekali je dia mesej aku kat wechat dulu. So nak jadi cerita, lepas kejadian kat grup wasap tu, lepas aku left tu ada kes lain kat grup. Ade sorang lagi pun left jugak. Dia tu mysterious,dia rapat la dengan penjual insurans ni. Ada jumpa beberapa kali pastu selalu wassap berdua. Aku kan tak pernah pun jumpa sape2 dalam grup tu secara berdepan. So kira diorang ni bff la jugak.


So penjual insurans ni bukak la cite pasal si misteri ni dan semua rasa si misteri ni menakutkan. Macam2 cite la kuar kan dari penjual insurans ni. Pastu dia stalk la status si misteri ni kat whatsapp la ig la. Status dia masa tu lebih kurang "fake friend is easy to find". Si misteri ni lepas left tu terus block kitorang semua kat ig. Pelik, aku pun dia block jugak.


So aritu ada la Amoy cakap yang penjual insurans tu kutuk aku apa kan. So lepas aku tau yang penjual insurans ni memang rajin stalk. Bayangkan la eh, kalau ko read je mesej dalam grup tapi tak berbunyi. Dia boleh sound cakap kenapa ko read je tapi tak reply. Apakah. Sukati la kan. Bukannya mesej penting pun kena balas. Lainla kalau pinjam duit dia ke,pastu tanya bila nak bayar tapi tak respon. Tu takpela nak sound. Adoi. So aku block dia dari boleh view moments wechat aku. Pastu aritu aku block terus dia. So kalau dia nak mesej aku pun tak boleh. Orang camni bukan leh jangka sangat dia nak buat ape.


Pastu semalam tetiba dia stalk aku,pastu dia cakap status wechat aku ikut si misteri tu. haha apakah. Dah ko memang fake friend pun. Memang aku tuju status tu kat ko. Lagipun bukan si misteri tu yang cipta perkataan fake friend tu. Sukatila nak guna. Tapi aku update status tu lama dah,aku pun takleh bukak dah wechat. Ni baru dia stalk. Siap bising napa aku hide moment dari dia. Motip tak move on lagi?


Ingatkan dah bulan puasa ni takdela kes dah. Lagipun dia bukan budak lagi. Dah pernah kawin,anak pun dah masuk sekolah rendah. Tapi pemikiran macam tu. Aku rasa dia lagi scary dari si misteri tu. Macam cite Friend Request tu haha.


Tapi lantakla dia nak kutuk ape lagi pun, things you dont know wont hurt you kan. Dah tau pun tak rase apa sangat sebab dah tau perangai dia camne.


Wednesday, June 8, 2016

Five Enough lagi dan lagi dan lagi dan lagi

Minggu lepas I balik kampung..sebab cuti 3hari. Aku ingat tak nak balik,sekali rupanya cuti public holiday tu replacement Isnin. Isnin lak first day puasa. Perghh terbaik. So lambat sikit la layan episod 31 &32. Kat Astro baru 29&30.


So pagi tadi bangun sahur minum air sikit pastu download cite. Haha. Sahur dengan download cerita Korea. Ko mampu? Aku download sekali Pretty Ugly episod 5. Pretty Ugly ni ada sorang kawan promot kat komen entri lepas, tapi dia kan kat 393, so tak leh tengok kat sini. Kat kampung aritu baru tengok episod 3&4. Kat online aku tengok dah episod 8.


Episod 31&32 ni sedih lagi untuk hero & heroin. Bila mak2 masuk campur hal percintaan anak, anak tu pulak jenis taat tapi sayang girlfriend. Aku rasa memang jalan berliku la untuk hero pergi yakinkan mak2 dia untuk terima heroin. Episod semua ada 50 kan, bertabahla ye Ahn Jae Wook. Kikiki.


Pasangan favourite aku, Kim Sang Min & Yeontae...ahhh dah bersatu huhu. Sangmin nak test Yeontae dengan keluar date dengan Jinjoo, so masa first date tu Yeontae datang masa diorang dah balik. So tak berjaya. Pastu berjaya jugak sebab Yeontae datang masa date ke2. Yeontae datang tengok Sangmin takde. Rupanya Sangmin pergi toilet,balik2 nampak Yeontae tengah tanya waitress kat situ pasal Sangmin. Pastu nangis2. Terusla kantoi perasaan Yeontae. Si Sangmin pun seronok, Pastu bermulalah percintaan diorang. Sangmin tu memahami gila,tau si Yeontae tu malu dan tak reti bercinta. So dia pesan macam2. Arghhhhh so sweet. #tampardirisendiri


Pastu Sangmin cakap dengan Yeontae,dia ada tournament so tak dapat jumpa sampai habis la. Dia tanya Yeontae ok ke? Dah tu Sangmin pesan suh tengok dia main kat TV secara live. Menang tournament, ada press conference dia sebut nama Yeondu kat TV. Yeontae punya blushing, masa tu pulak parents dia, dengan abang dan kak ipar dia datang depan TV. Haha kelakar. Semua seronok. Mak dia lupa terus pasal anak sulung yang nak kawin dengan janda anak 3 tu.



Berbalik pada hero, dia tunjuk caring dia sebagai seorang ayah. Layan anak2 dia berkhemah, angkat dan hantar anak heroin ke hospital. Bagus betul. Terharu I tengok huhu. Tak sabar tunggu episod seterusnya huhu.



**Pretty Ugly pun sweet, tapi heroin dia muka macam G-dragon versi pompuan pulak kadang2. Konpius kejap haha.

Friday, June 3, 2016

Five Enough lagi dan lagi dan lagi


Hahaha.. tak menahan betul cite ni. Sebab aku missed episod 28, so pegi download la 28-30. Malam tadi kol 2 pagi baru habis tengok. Nasib tak sakit kepala arini. Makin mendebarkan lak. Harap aku tak nampak macam makcik2 yang layan soap opera huhuhu. 



Satu trait yang aku suka pasal Kim Sang min. Mulut ala2 puaka dengan orang luar, tapi dia memang sayang adik dia. Tak taula camna nanti bila dia tau ex-crush Yeontae tu adik dia sendiri haha.


Betul sangkaan aku sebelum ni, memang dulu dia suka Yeontae. Haha. So sweet. 


Episod tiga2 ni sedih sikit part hero dan heroin utama. Sebab mak Sangtae masuk campur dalam kisah percintaan diorang, dan cakap bukan2 pada Ahn Mi Jeong. So Mi jeong pun mintak break dengan Sangtae. Hmm kesian. Macam la janda anak 3 tu dosa kan. 


Part Hotae dengan awek dia tu. Dah nak kawin pun. Part diorang tak menarik sebab aku tak suka cara pompuan tu cakap. Macam buat2 manja. Pompuan tu berlakon dalam My Mother is a Daughter In Law ke apa tajuknya. 


Part Sangmin dengan Yeontae. Sangmin ni asyik la nak uji Yeontae kononnya. Tapi dia ingat tak berjaya. Blur la dua2. Stress aku. Tapi tak lama lagi bercinta la tu. Cuma aku stress sebab rasa nak tolong pergi ketuk kepala dua orang tu bagitau perkara sebenar haha. By the way, aku rasa tak ramai yang jenis berterus terang apa yang ada dalam hati. Sebab tu masing2 susah nak faham apa yang partner dia fikir. Pastu jadi la macam2 salah faham. 


Part Tae Min dengan Jin Joo. Tae Min dah jumpa dengan parents Jin Joo dan parents dia cakap bukan2 jugak pada Tae Min. Kesian Tae Min. Tu yang jadi kes macam gambar atas sekali tu. Parents dia kan suka Sangmin,so dia kata la Tae Min tak layak untuk anak dia la bagai. Siap cakap anak dia pegi dating dengan Sangmin. Padahal Jin Joo terpaksa date dengan Sangmin sebab parents dia, Sangmin lak perlukan Jin Joo untuk buat Yeontae jeles. Haha adoi. 


Last sekali episod30 tu mak mertua Sangtae, mak Sangtae dengan nenek Mi Jeong tengah tarik menarik rambut. Adoi hillarious.



Tolongggg aku tak sabar nak tengok episod seterusnya!

Jenjalan Penang dengan adik-adik.

Ni adik-adik kandung k, bukan adik-adik yang nama kat IC Salleh tapi dipanggil Sally itu. Kehkehkeh. Kan entri sebelum ni ada cite pasal I pergi kenduri kat Bertam Penang tu, so ni cerita selepas balik kenduri tu.


So dah sampai kenduri dalam pukul 3pm++, pastu tunggu mak bersembang dengan sedara mara dia, azan asar pun berkumandang masa kami nak balik tu. Sebelum tu adik aku yang bongsu tu masa jem tu dia bantai tido, so sampai kenduri tu dia mamai2 lagi terus tanya, "tak semayang lagi". Terharu mak aku. Wow baik budak ini huhu. So dari kenduri tu pegi semayang dulu baru la nak gerak ke Penang (pulau).


Pastu mak aku kate tak nak ikut pergi Penang, nak balik terus sebab dia tak bawak baju lebih, dia kata tak selesa nak semayang pakai baju tu sampai ke malam. So mak ikut Dila balik dulu. So yang tinggal aku, Saadah, Alip dengan Adik. Adik of course la, dia siap bawak baju nak mandi laut sebab aku dah cakap siap2 nak mandi. Alip aku memang suka bawak dia ke mana-mana, sebab dia co-pilot yang bagus. Lagipun dia tau drive manual (walaupun baru 16,takde lesen lagi) so lehla kalau nak suruh dia drive walaupun dia bawak slow,pastu kalau ada problem apa2 kat kereta pun leh harap. Bodyguard kakak dia ni katakan haha.


So aku bawak diorang naik feri, sambil tu on the way aku saja ikut jalan lama ikut Mak Mandin. Saja nak bagi diorang tengok tempat aku kerja dulu (motip betul) lagipun kedekut nak bayar RM1.20 tol sungai nyior tu haha. Motip tol mahal sangat padahal highway sekangkang kera pastu kalau ikut jalan lama pun bukannya jauh. Yang sebenarnya aku tak pernah bawak kereta naik feri. Satunya, malas beratur. Line memang panjang k. Kedua, aku kan selalu lone ranger, so macam takde feel je nak menikmati seorang diri. Few times jugak aku naik feri tapi jadi pejalan kaki je,bayar RM1.20 masa tu. Bawa kereta jadi RM7.70. Lagi mahal dari naik jambatan sebenarnya, tapi pengalaman tu yang penting. Pelancong mesti nak jugak naik feri tu walaupun sekali.


Aku pernah la bawak member2 dari KL naik feri, tapi dari pulau ke mainland la. Tapi member yang drive. Masa tu lepas Penang Bridge Marathon.


So saja la nak bagi adik2 merasa, kesian diorang. Kan cuti sekolah. Memang tiap2 kali depa cuti sekolah aku try nak bawak pergi mana2. Ayah aku susah nak berjalan sekarang sebab dia kerja Sabtu. Tapi yang tak syoknya, feri yang kami naik tu bahagian bawah semua kereta. Pulau Kapas kot nama feri kami naik tu. Feri yang aku rasa best yang dinding dia jaring2 tu so leh tengok laut. Yang ni kena bagi Adik panjat nak tengok laut. Dia tak puas hati tak nampak haha.




Pastu sambil tunggu tu adoi..lamanya. Tapi aku fikir,kalau naik jambatan pun mesti jem jugak sebab cuti sekolah kan. Hari biasa pun memang jem jugak kalau weekend,ni kan cuti sekolah. So tunggu jela. Sampai je pulau, terus gerak ke Batu Feringghi. Masa dalam feri Adik nampak orang beli air tin ngan botol, dia nak la. Aku cakap tunggu la sampai pulau nanti kita gi singgah mana2 beli. Pastu dah sampai seberang dia tuntut haha. Aku suh tunggu sampai kat pantai je. Budak ni memang tak suka minum air masak. Nak air manis2 je.


Tapi tak sampai pun Feringghi. Mandi ja kat Shamrock tu sebab jam pun dah pukul 7 something. Takut tak sempat pulak dia nak mandi. Sampai2 beli air kelapa dengan pau untuk dia, terus mandi manda. Pastu aku dengan Saadah try laksa kat gerai tepi sekali tu, sedap. Recommended!


Agak2 pukul 8 something, kitorang gerak balik. Suh adik tukar baju kering je,nanti sampai RNR baru mandi. Boleh tak haha. On the way balik tu cari jeruk madu Pak Ali,dila pesan. Ok jugak cawangan tu sebab takde GST,orang pun tak ramai. Mula2 ingat nak beli kat RNR sungai perak je,pastu on the way tu adik2 ternampak kedai tu terus berenti. Area Tesco Tanjung Pinang.


Saadah boleh tanya aku masa on the way balik "yong kamu memang tau jalan ke kamu main bantey je?"Cessssss. Sampai hati meragui kakakmu ini. Kalau Gemok dengar mesti dia iyekan. Sebab aku memang selalu blur pasal jalan. So masa balik tu saja la aku lalu jambatan kedua, dekat pun dekat nak balik Perak pastu diorang tak pernah sampai lagi. Sebenarnya pak long aku ajak stay hotel kat Feringghi, dia kata nak book bilik untuk kami tapi sebab kami masing2 tak bawak persediaan nak tido. Pastu mak pun takde sekali, rasa tak selesa lak. Bukan tak selesa dengan pak long,tapi mak long huhu.


Sepanjang jalan balik, aku suruh Saadah pastikan adik tak tidur supaya leh mandi haha.


Harap2 nanti ada rezeki lebih leh bawak diorang jalan jauh lagi. Trip kali ni trip jimat sebenarnya sebab belum gaji haha. Touch n go dah topup siap2 RM50, minyak pun isi RM50 ja masa nak bertolak. Sampai rumah kol 12tengah malam tinggal 2bar.