Mari join..:)

Thursday, May 12, 2016

Wanderlust &backpacking.

Seiring dengan taik lalat di kaki, tandanya suka jalan. Memang mak aku asyik komplen, jalan sesaja. Well I'm not the kind of active person, ramai cakap aku pasif. Kadang2 belajar la cara nak jadi agresif, maklumla bila masuk alam pekerjaan ni orang suka yang agresif dari pasif walaupun pleasant. So ada time tu tunjuk agresif sikit. Aku ni walaupun baran tapi time kerja jarangla baran tu keluar pun. Selalu dia keluar masa drive, hahaaaaa.


Masa dok unimas, ada la kawan yang jenis suka jalan ni. Macam ada sorang senior aku ni, Syawal, dia kata dia apply unimas sebab nak ronda Sarawak. Dia ada pakcik kat sarawak. Pastu dia extend 1 sem ke 2sem tah, so 5 tahun la dia dok sarawak. Dia kata bosan dah sebab dah pusing semua. Ada classmate aku pulak, Eton dan Asri (depa ni couple pastu kawin masa final year) jenis jalan jauh2 sikit. Yang aku ingat diorang pi Beijing. Tak silap aku diorang cite bas kat sana free je. Masa ni tak femes lagi backpackers semua tu. Tapi aku heran juga la mana la diorang ni dapat duit berjalan. Dah tu sah2 la Asri yang tanggung semua, tak taula camne kan sebab tak pernah tanya. Cuma depa ada la buat bisnes kereta sewa nak dekat final year gitu.


Masa tu I dengar je, maklumla duit pun takde nak jalan sangat. Masa first sem tu agak boros, siap pergi Sabah lagi masa cuti mid sem. Pastu second sem nganga. Start tu insaf tak nak jalan dah haha. Tapi gi Sabah tu pun bukan melancong, pergi sebab saja nak tengok tempat orang. Angie (roommate aku) nak jumpa boyfriend dia kat sana, pastu aku beli tiket baru bagitau ayah sekali ayah tak bagi pergi. Haa amik. So aku cakap dengan Angie tak jadi pergi pastu pagi kami nak pergi tu dia gerak aku bangun pastu nak2 kena pergi jugak sebab kesian tengok dia huhu. kesimpulannya pergi sabah semata-mata UMS je.


Pastu masa aku kat UTM, my biggest influencer la si Gemok tu. Aku kan nak pergi Bandung sebab conference, masa tu dia dok sebut la backpackers backpackers. Aku kan facebook memang tak berapa sangat,even Amran Fans pun aku follow tapi macam tak pernah nampak dia kat news feed. Pastu tau la isu dari grup wasap je. Masa kat UTM tu masa habis kat COC ke,wasap gitu la. FB tak berapa. So bila dia suh bukak grup BBM tu aku bukak jela tapi tengok gitu2 je. Siap pergi central market belikan badge BBM untuk Gemok jumpa la abang Edy yang admin group BBM tu, dia kata selamat ber-backpacking tapi aku blur je haha.


Tapi setakat pergi Bandung untuk kerja, aku pergi ITB je, memang sampai2 naik teksi terus ke ITB, lunch and supper suma sana, pastu tidur dengan lecturer aku, dah tu follow je kengkawan UTM makan malam, esoknya sepanjang hari kat ITB lagi, pastu habis conference pergi shopping sikit, makan,balik hotel. Pagi besoknya checkout terus fly balik KL. So kat mana yang nak kajinya huhu.


Lepas tu kan dah ada pasport, so fikir la,takkan la pasport ni semata-mata untuk Bandung je. Dahla RM200, 5tahun lak tu. Rugi2. Masa tu mula la fikir nak pergi serata Asia Tenggara je. So fikir mana la nak cari duit. Gemok masa tu bising pasal nak pergi Krabi. Dia dok cite la Krabi best apa semua. Pastu dia pergi dengan family kak dengan abang ipar dia hantar gambar semua kat aku. Ceh. Bikin panas.


So boleh kata, Krabi tu first destination la try ber-backpack. Gemok cite semua kat aku, nak naik bas apa kat mana semua dia cite. So I follow je apa yang dia ajar masa pi Krabi tu. Oh ye, backpacking ni basically pergi ke sesuatu tempat dengan usaha sendiri, belajar cara kehidupan local, dan try to survive with small amount of money. So kalau setakat bawak backpack pastu pakai agen, follow itinerary yang agen buat, its not backpacking at all.


Ada few backpackers yang I kagum, sebab dok beberapa bulan pergi vietnam, thailand,laos,kemboja, myanmar cara backpacking dengan bajet bawah RM2000,sorang pun ada, ko mampu? Diorang travel naik bas, train, flight maybe masa pergi or balik dari Malaysia untuk jimat masa, pastu naikla tuktuk ke sewa basikal ke motor masa kat sana,itinerary sendiri buat of course, kadang2 tempat yang diorang pergi tu takde pun dalam google. Contoh kalau backpacker German tiba2 ada kat kampung aku (kampung aku takde dalam google maps). Ok i tak mampu backpacking cara gitu,sebab takde masa yang cukup gitu. Lagipun aku ni cerewet ya amat pasal makan huhu. Satgi orang goreng ulat memang aku sanggup lapar je haha. Tapi serius, masa berjalan makan memang jadi no2,3 so memang selalunya aku kurus sikit haha. Nak2 aku pulak bukan jenis suka simpan jajan ke cekelat ke dalam beg. Balik malaysia lelemak tu semua datang balik,tak sempat rindu haha.


So setel Krabi, Miri, Brunei, Singapore n Lombok..nak pergi negara Asia Tenggara lain pula. First country aku nak pergi, Kemboja. Arghhh tapi dah berapa bulan ni, takde duit lagi huhu. Nanti la bila ada duit.Aku ingat nak road trip Malaysia je,memandangkan ada 3 negeri dalam malaysia ni yang aku tak sampai lagi, tapi takde geng yang sekepala huhu. Hiking trekking pun aku buat, tapi yang dekat2 jela, yang mencabar belum try lagi. Tapi setakat yang aku minat nak gi jela,target G7 apa2 tu aku tak rasa nak buat pun, Annapurna tu memang bye2 aku tak rasa nak cabar diri sehebat itu. Pastu aku jugak suka naik train (adakah aku ni lalang?), bole rujuk entri yang aku pi Singapore tu,rasa nak ulang lagi je naik train jejauh tu. Wishlist aku melambak,aku rasa macam ahh aku nak setel dulu wishlist ni baru kawin leh tak camtu. Nanti dah kawin camne nak bawak "handbag" kulu kelo (ke hulu ke hilir) huhu.


So tujuan saya menulis entri ni..takde yang nak join saya ni? Dijamin jimat sebab saya kedekut orangnya :P


Wishlist:
1. Kemboja
2. Royal Belum
3. Gua Tempurung (lol)
4. Gua Mulu
5. Lambir Hills National Park
6. Gua Kelam
7. Kelate/Ganu/Perlis
8. Jepun


and the list bertambah panjang tak yah tulis banyak2 huhu..harap dapat setel yang malaysia dalam tahun ni jugak






No comments:

Post a Comment