Mari join..:)

Friday, May 20, 2016

Udez Review: X-Men:Apocalypse

Semalam keluar X-men sequel baru..dan..aku sebenarnya takla excited bebenor. Aku rasa,ada few sequels yang aku miss. Tapi ada satu good reason yang membuatkan aku gigih tengok walaupun aku puasa dan akan berbuka di dalam panggung haha. Apakah reason itu...tunggu...

 
Aku rasa, Mystique dengan Hank je muka lama.Last sequel, X-Men: Days of Future Past baru Quicksilver aka Peter tu muncul,tapi sikit je.Macam introduction gitu. Dalam Avengers Quicksilver muncul sekali pastu mati.Ceh. Tapi pelakon lain. Walau bagaimana pun, dua2 kacak haha. Haa dapat tangkap tak good reason tu? Hikss
 
Ok muncul pun dia setelah lama menunggu..tak ingat last sequel dia ada sebut pasal bapa kandung dia ke tak..tapi dalam ni,dia fikir nak cari bapa dia..sape bapa dia?
 
Main Pac-Man huhu

Sekolah diorang hancur..dan Peter kebetulan baru sampai,dia selamatkan semua..kecuali yang start kehancuran itu..iaitu Havok sebab Havok macam hilang terus,aku dok tertanya2 jugak,Havok tu terikut sekali Apocalypse ke camne.. Well Apocalypse tu datang secara teleport dan culik Professor sebab Apocalypse tu tau pasal kelebihan Profesor masa Profesor cari Magneto using Cerebro. So Apocalypse ada dengan Magneto masa diorang sembang secara telepati tu, dia takde kuasa tu, so dia jadi berminat nak ambik Profesor X masuk team dia. Dalam team Apocalypse masa tu ada Angel, Storm,Magneto dan Psylocke. So Havok try nak stop diorang dari amik Professor, malangnya tak dapat. Camtu je dia mati.

  
So ni la geng X-men kali ni..diketuai Mystique dan Hank,yang lain baru nak develop kuasa (Jean, Scott aka Cyclops,Kurt aka Nightcrawler)

Dia memang selalu ada spec dan aku rasa macam ada few jenis
 
So Apocalypse ni asalnya Tuhan Matahari Mesir Kuno kalau tak silap aku, sebab dia kata nama dia Ra,En Sabah Nur la. So Mesir Kuno kan puja tuhan ni,so dia rasa hebat la.Memang dia ada few kuasa, macam pasir. Jenis boleh tukar orang jadi pasir sekelip mata,or benam orang dalam pasir gitu. Pastu dia boleh transfer kuasa, macam masa mula2 dia jumpa Storm dia bagi Storm kuasa advance, Angel dan Psylocke pun sama. Pastu Magneto yang tengah kesedihan sebab baru kehilangan keluarga masa dia dah "cuci tangan", Apocalypse pengaruh dia untuk buat kemusnahan kat muka bumi ni. Kat sini aku blur,aku ingat apocalypse tu bermaksud kiamat, tapi rupanya tu nama Ra haha.


Oh ye,ada teori illuminati la pasal movie ni, kan ada piramid,mata satu bagai. Tapi Apocalypse mata dua. Huhu.


Aku rasa nak tulis warning spoiler alert kat atas, tapi biarlah kan. Huhu. Setengah orang suka spoiler,setengah orang tak suka. yang tak suka tu mesti takkan baca entri aku kan hehe.


Walau bagaimanapun,semalam panggung tak full house pun.Aku amik seat A4 macam biasa, banyak je tempat kosong. Belakang aku kan kosong,so aku rasa seram semacam pulak. Haha. Kejap2 aku toleh belakang. Takpela kalau ada pun,janji tak kacau aku huhu.


Ok see you next sequel eh Peter! Hahaaa cannot wait. Bila la dia nak bagitau Magneto yang dia anak Magneto,eh terbagitau pulak.

No comments:

Post a Comment