Mari join..:)

Saturday, May 21, 2016

Terpakai produk ber merkuri

Hoiii tak kusangka tak kuduga aku mengalaminya. Sebelum ni,aku pernah beli krim benzoyl peroxide 10%,tak ingat jenama apa. Tapi 10% sebab aku rasa jerawat aku agak teruk. Dibantainya muka aku gatal2,mengelupas rasa kasar. Buh moisturizer baru lega sikit. Tapi rasa nak garu2 la masa tu. Terus stop pakai.
 
 
So jerawat aku macam cendawan selepas hujan,sebab yang lama tak hilang, dia surut pastu naik balik or ada jerawat baru yang tumbuh kat tempat lama tu. Ngeri tengok muka sendiri sebenarnya huhu. Tu la aku jarang tengok cermin,in denial kah?huhu
 
 
Aku rasa macam2 jugak aku try, tapi memang tak jadi apa. Dulu aku pernah pakai dalacin-t kan,ok jugak bagi jerawat kecut. Muka pun tak gatal. Tapi lepas habis tu,aku tak gi beli lagi sampai sekarang huhu. Kemalasan aku ke kedai memang di tahap kritikal sekarang ni. Tunggu terpaksa baru pegi.
So ada sorang kawan ni suggest 99 ni,satu set ada sabun dan krim malam siang. Harus dijelaskan di sini,aku memang tak suka pakai krim. Tapi dulu masa sekolah aku rajin jugak pakai temulawak. Aku buh kat parut kat muka ni,masa tu jerawat nasi je ada. Jerawat aku stat jadi besar2 masa keja prai dulu kot. Maybe asap welding mempengaruhi kot huhu. So sebab kawan kata ok,aku pun tak tau dah produk apa nak pakai nak bagi ilang jerawat ni. So beli la rm15 1set.
 
 
So khamis malam aku cuci muka,ok la rasa. Memang positif habis la. Malam tu pun pakai krim malam. Rimas tapi terpaksa. Esoknya lupa pakai krim siang. Tapi malam tu,lepas cuci muka. Shikin tegur muka aku merah gila,demam ke. Aku kan tak tengok cermin,tak perasan la. Pasty malam tu aku pakai krim malam. Masa buh kat bawah hidung tu ada rasa pedih2 sikit. Pastu pagi lepas semayang,aku buhla krim siang.
 
 
Pastu aku try tido tapi takleh. Rasa nak kencing,lepas kencing aku tercuci muka dengan air. Lupa ada krim. Pastu aku buhla balik krim,masa tu rasa pedih dan gatal2. Terus google kesan,ramai kata normal la pedih semua masa mula pakai. Tapi kat bawah tu ada komen "jaga2,produk ni ada merkuri". So terus google lagi. Memang confirm sebab tu information dari kkm ke apa.masa tu kecoh pasal produk Quputeh ada merkuri. So 99 ni pun masuk dalam senarai. Aduhai,napela aku tak check sebelum pakai.
 
 
Pastu aku terus cuci muka dan tepek moisturizer. Nak keluar beli makan berbuka tadi,aku tepek bedak nak cover merah2 tu.
Ni,sambil taip ni sambil rasa nak garu2 muka. Gatal gile weh.
 
Ngeri tak? Waktu meeting pagi tadi pun gataiiiii,pastu ni pedih kena aircon or air
 

No comments:

Post a Comment