Mari join..:)

Wednesday, May 25, 2016

Tak nak kawan dengan sesiapa!

Haha, berlarutan dari kes Lombok aritu, pastu group whatsapp pun ada,sudahnya aku rasa lonely sekarang. Haha. Group whatsapp aku leave satu2 tinggal berapa group je. Group yang ada pun aku senyap je. Kalau tak dulu aku la paling aktif,talkative gila. Risau pulak orang menyampah so aku slow down. Tapi aritu takpela, takde group pun ada orang dok layan aku sembang. Tah pape sembang pun dia layan je.Aku pun heran. Yela,dah kenal 5tahun, tau dah dia tak suka topik apa semua. Tapi kali ni leh pulak dia layan. Hmm musykil.


Tapi semalam... dengan dia pun aku senyap jugak haha.


Aku tak kisah layan topik apa pun,tapi ada dua tiga benda la yang aku paling malas. Satu, bila dia cite pasal orang lain. Contoh dia cite kawan tempat kerja yang nak pergi Australia lepas dia cite kat kawan dia tu yang orang kerja sana dapat RM4000 seminggu. Kawan dia dah ada anak bini, lepas tu kat tempat kerja sekarang kerja tak susah pun sebab kawan dia tu dah kerja lama, siap ada part time pasar malam. So dia kata dia rasa serba salah sebab dia yang sampaikan info tu. Aku just cakap, kenapa nak serba salah. Kawan dia tu dah ada anak bini,maksudnya dia dah cukup matang untuk buat keputusan untuk diri sendiri. Bukan kita paksa dia pun. Dia mesti dah fikir segala baik buruk sebelum decide. So dia kata kalau aku dah kawin mesti aku biar je laki nak buat apa pun,nak kawin lain pun aku kasi.


Ceh. Terus aku hangin. Nak cerita pasal kawan dia cerita la. Yang kaitkan dengan aku nape. Aku memang jenis malas nak ambik tau pasal orang. Sebab tu aku tak suka orang nyibuk hal aku huhu. Sekarang ni, orang tanya ape2 je kat aku,semua aku malas jawab. Family ke kawan2 ke, aku memang takde mood nak jawab. Aritu housemate aku pun,diorang keluar mana tah tak ajak la kan. Balik2 tu aku nak keluar,sibuk pulak tanya nak pergi mana. Aku rasa malas nak cakap dengan sape2. Balik kampung pun, sebab rindu je. Bila mak tanya pasal study semua, aku malas nak jawab. Aku balik kampung nak release stress. Tak nak aku fikir pasal study kat kampung. Mood swing gila sekarang.


Memang soalan yang orang dok tanya aku sekarang "bila nak habis belajar". Aku dahla rasa nak berenti, serius rasa menyampah bila fikir yang aku lulus atau tak depends pada sesi viva nanti. Menyesal amik research,pastu bidang networking yang aku memang dah tak berapa minat sejak degree. Aku amik networking tu sebab ada lecturer yang aku jumpa dulu suggest aku amik master dalam bidang yang related dengan degree aku. Ok la mula2,dah lama2 aku rasa suffocated.



So why la aku tak amik bidang yang aku suka masa degree dulu, Math? Arghhhhhhh rasa loser lonely semua ada. Umur sekarang ni, yang orang lain semua dah berjaya. Aku lak terkedek2 tak tahu hala tuju lagi. Diorang gaji pun hurmmm, aku yang graduate engineering dengan pointer yang ok ni pun tak terbanding. Kadang2 cakap kat diri sendiri "hidup pun menyusahkan orang.tapi nak mati pun takleh, amal tak cukup nak bawa ke sana" Hurmmm cakap pasal mati, dok bayang la mati atas jalan kat mana2. Seram pulak tiap kali terbayang tu. Sebab adik pun meninggal sebab accident, walaupun jasad sempurna je takde apa. Yang aku dok terbayang tu,memang yang dahsyat punya la. Tu la tengok lagi final destination dulu.


Aku rasa kena jumpa psychiatrist.







No comments:

Post a Comment