Mari join..:)

Monday, May 23, 2016

Smule.

Sape kat sini ada smule? Sekarang kan femes smule ni, aku tau beberapa bulan lepas. Masa tu keluar dengan Gemok, dia suruh aku drive, dia dok tepi pastu dok nyanyi2. I stress je dahla kena bawak kereta,pastu tanya nak hala ke mana,tak jawab sebab dok nyanyi. Ceh. Dulu kan aku rajin pergi karok dengan dia. So dia kata pasni tak mau pi karok dah, sebab dah ada smule. Ok fine.


So satu hari ni,aku pergi install smule ni. Check2 bulan 12 taun lepas aku install. Aku rasa sebab Syeirli promote kat group Taayah. Tapi memang tak berapa aktif pun smule. Sebab? Aku pakai pakej internet maxis yang 500MB 5hari,1GB 2am-7am RM10 tu. So, smule ni agak kuat pakai kuota,dan kalau line internet ko so-so je,memang benda tu dok loading sampai ke sudah. Dan satu laginya,sebab kan kalau kuota dah habis, or dah expired, aku still boleh guna internet tapi agak slow. Dan aku,memang jarang topup. Yela,yang penting leh wasap,leh main coc,fb ok la kan. Youtube sume tu aku memang jarang bukak. Bila dah gitu,smule pun takleh le bukak. Sudahnye uninstall je.


Tapi ada sekali tu,sebelum uninstall la, aku drive tau balik kampung. Sepanjang jalan tu hujan lebat. Maka aku bawak kereta dalam 50km/j gitu, kat highway. Haha macam kura2 kan. Aku kan tak leh drive slow gila gitu,mula la gelisey, pastu dah hujan opkos la ngantuk. Maka,sepanjang jalan tu aku ber-smule. Tapi pastikan semua lagu yang aku tau lirik la,lagu melayu. Gile nak tengok lirik sambil drive hujan lebat gitu. Menempah maut namanya. Sedar2 eh dah sampai exit yang dituju haha. Melalak habis2 an,lagu hazama la apa.


Pastu baru2 ni kan femes khai bahar semua tu,pastu macam eh ramai pulak pakai smule. Fon aku yang lenovo tu dah takleh start,so aku pakai tab asus tu je. I install la balik. Fon baru, nak install ape pun boleh huhu. Lenovo aritu berjuta kali asyik kena format,tu yang uninstall terus smule. Letih keje nak install balik je. So saja bosan2 maklumla sejak kengkawan ramai pindah la apa, takde kaki dah nak pi karok. Takpela,kita karok sorang2 jela dengan kengkawan maya.


Aritu mula2 install dok nyanyi la lagu yang aku biasa nyanyi kat karok,lagu hazama,kristal,wings gitu. Pastu aritu, teringat big bang. Diorang kan ada lagu jepun dan korea. So aku nyanyi lagu jepun tu,tajuk dia Koe Wo Kikasete sebab dulu aku ada video clip dia siap lirik,so selalu nyanyi sekali,kira macam dah boleh hafal la. Nasib jugak dia letak lirik in romanisation. Kalau macam lagu korea, dia letak hangul. Matikla mana la ceq tau nak baca hangul tu. Huhu.


 

 
Unbreak my heart ada 2,sebab aku nyanyi dua2 part haha. Nampak tak obses
 

 

 
Haha, gila pergi screenshot part orang komen tu nak tunjuk kat orang. Sebenarnya aku screenshot benda tu tunjuk kat Gemok,sebab dia kata aku dok rosakkan lagu orang. Pfffft.
 
 
2kali aku nyanyi lagu avenged sevenfold, memang gila lah. Yang seize the day tu ala2 ballad sikit, video dia dulu pasal dia kena tinggalkan bini dia. Bini sarat mengandung, kengkawan datang ajak pergi merompak. Bini kata jangan,tapi dah laki sayang kawan,pergi jugak merompak. Pastu kantoi kena masuk penjara. Sedih la cite nye kan. Lagu ni tak de part high note yang gila2 tinggi tu. Tapi still tak cukup napas haha. M.Shadows tu kan bole nyanyi note yang tinggi gila, lagu yang lain perghhh. Mampu humming jela part jerit tu haha.
 
 
Yang I won't see you tonight tu ada part jerit2 tu,nasibla partner aku semangat.Takpe bagi dia je jerit haha.
 
 
By the way,smule ni kena pakai earfon baru jelas. Sebab kan dia record segala bunyi termasuk bunyi2 yang tak sepatutnya,so macam bila aku drive tengah jem pastu nyanyi,memang tak berapa dengar. Satunya segan jugak nak melalak kuat2 risau kereta sebelah2 nampak haha. Kan tinted i dah tak gelap. Pastu bunyi enjin pun kacau la jugak kan walaupun bunyi kereta i tak la macam kereta racing punya huhu. Tapi dia tetap akan tutup suara you tu okey. Eh motip i you pulak.
 
 
Kalau rajin,bolehla beli mic kecik comey mey mey tu untuk melalak. Mesti suara sedap. Ada omputih yang berduet dengan aku kat smule tu,siap ada suara ala2 robot tu. Perghh mesti mic mahal huhu. Aku earfon untuk tab ni memang takde,ada la kisah masa beli fon tu dulu. Budak tu,kawan adik aku,sebab asyik berborak agaknya,mula2 masa beli salah bagi charger. Pastu aku pergi tukar, dia pergi amik pulak earfon tu. Aku pun dah berapa hari lepas tu baru perasan earfon tu takde. Malas dah aku ulang alik kedai tu,biar jela. Lagipun tak pakai sangat.
So aku selalu nyanyi je lantakla situ,bukan nak bagi orang dengar. Janji dapat melalak kan haha.
 
 
Satu benda yang perlu tau, korang kalau nak nyanyi tapi tak nak orang lain dengar, senang je. Nyanyi je pastu takyah la publish or share. Simple. hehe.
 
 

No comments:

Post a Comment