Mari join..:)

Wednesday, May 4, 2016

My heritage- Mandailing

Baru2 ni pergi kenduri dua pupu kat Bangi. Ni first time kot drive gi sana. Dulu aku pernah stay sana lepas grad,sebab kononnya nak sambung master kat UPM. Ayah we dan mak we aku ni lecturer kat sana,fakulti bahasa. Ayah we ni sepupu mak,tapi adik beradik susuan jugak. So kiranya dengan ayah we ni,dan adik beradik dia semua boleh salam. Mak dengan sepupu2 dia bole tahan rapat, childhood diorang selalu bersama sebab dok dekat2 kot. Opah dok Soeharto,tok wo(abang sulung)dan opah yang dok sebelah2 kat felda sebelah je,gedangsa. Opah cu je jauh sikit kat KL. So adik beradik opah ni la,keturunan Mandailing. Tapi tak berapa kuat sebab belah pompuan kan. Arwah tok aku Temusai.



So Ayah we ni anak Tok Wo,kira pure Mandailing. Siap masuk persatuan Mndailing Malaysia,sekali Ahmad Termimi Serigar yang pelakon tu. Apa yang aku baca, keturunan Mandailing ni kena ada nama siregar tu or Nasution,or Harahap. Tapi takdela dalam family aku nama semua tu. Tapi kalau korang dengar nama gitu maksudnya diorang tu Mandailing la. Jihan Muse pun Mandailing(tetiba). Pastu ayah we ni selalu gak la masuk media sebab Mandailing ni. Aku syak sebab dia paling pandai cakap kot huhu.


So Mandailing ni tak famous macam Jawa,Banjar. Diorang ramai kat Perak and Selangor (yang aku tau lah). Bahasa dia,aku memang tak tau langsung haha. Jangan ditanya. Bahasa Perak pun I cukup2 makan je,nak tambah bahasa Mandailing. Fail terus huhu.


So masa anak Tok Wo yang bongsu tu kawin 2-3 tahun lepas,memang buat adat mandailing. Baju pengantin lelaki dia ada kain tergantung kat bahu,tak berapa meriah. Yang pompuan la meriah. Pastu makanan dia lain sikit dari biasa. Tapi tak taula lauk tu lauk Mandailing ke mana. Mak kata makanan "orang kite". Aku tak tanya lelebih sebab mak ngah sembang ngan orang lain. Masa kenduri tu memang meriah, siap panggil gordang sembilan. Gordang tu gendang. Masa anak sulung ayah we pun adat mandailing jugak (dia tulis kat kad siap) tapi aku tak gi,sebab masa tu Liza anak arwah kawan baik ayah merangkap kawan sebilik dan sekelas aku dulu kat Taayah kawin jugak tarikh yang sama. Mak kata tak sampai hati tak gi sebab mak Liza siap datang menjemput kat rumah. Huhu.


So masa anak kedua ni, camne pun mesti gi la kan.

Ni lah sepupu tu,yang lelaki.

Ni kumpulan yang menyanyi lagu Mandailing,tak taula dia nyanyi apa. Huhu.
 
 
Mak aku tanya Tok Wo, tau ke orang tu nyanyi apa. Dia pun tak tau huhu.

 

No comments:

Post a Comment