Mari join..:)

Tuesday, May 17, 2016

Group Whatsapp.

Korang banyak tak group whatsapp? Aku rasa zaman sekarang ni, asal ada trip ke,projek ke,masuk tempat kerja baru ke,mesti ada group. Tu yang ada orang kata,nak pergi berjalan berdua pun nak buat group,padahal 2 orang je ko nak sembang private pun boleh.Haha.


So antara group yang aku ada, group family ada 2- Anak Cucu Haji Zakaria (tok belah ayah) dengan Fmily Hajjah Fatimah Nuri (Opah belah mak), pastu ada group Batch 40 Taayah, Nak Sembang Apa ek (group kilang JCY,semua perempuan),group ODOJ (ni pun bebudak Taayah jugak,group mengaji),Housemate Comey, SKSC 1988(sekolah rendah), pastu ada la 2-3 trip yang tak delete.


Group paling aktif aku ada, group Batch 40 tu dengan 1 group travel ni. Kat fb Backpackers Buddies Malaysia ni, ada la pompuan ni nak buat group whatsapp, ladies je. So aku join la sebab semua perempuan. Tapi sudahnya memang sembang macam2 kat situ sampai la satu masa ni admin yang mula2 buat group tu sound suruh sembang pasal travel je, walau bagaimana pun admin tu ada jugak la sembang pasal anak angkat la diving la,sama jugak la dia pun tersasar haha.


Group Taayah ni masa mula2 wujud dulu,aku masuk pastu sembang terlalu banyak,aku lak tak mute, tak hide notification,sehari ribu2 mesej. Gila la. Pastu aku ada left sekali sebab banyak sangat sampai rasa sesak nafas (ecey),serabut dengan benda lain sama. Pastu masuk balik, kemain aktif pulak. Setiap masa ada je dalam group. Sampai ada orang tegur, nape aku selalu sangat online tapi tak mesej dia haha.


Group travel tadi tu pulak, sebab dah kena sound tu, sorang ni buat la group lagi satu,khas untuk yang sembang merapu ni. Supaya tak kacau group sebelah yang serius tu. Sudahnya memang merapu sungguh la, tak payah cite la hal pompuan kan haha.


Pastu sejak akhir2 ni,aku rasa sejak balik Lombok kot. Rasa macam malas je nak berkawan. Dulu kalau ter-miss conversation,sanggup scroll baca satu2. Sekarang ni,lantak la. Scroll sekali lalu je. Pastu kadang2 je masuk sembang. Dulu hari2 la good morning apa. Kalah boyfriend girlfriend. Group pun tahla,tak meriah da,maybe sebab ramai kawan2 yang dah kawin. Lepas kawin semua busy,tak sembang. Masa belum kawin kemain aktif kat group. Ramai jugak yang dah kawin tapi aktif, tapi pastu macam sorang2 left. Dulu masa boleh sumbat 50orang je dalam group,sampai tak cukup kuota. Sekarang sendu je. Ramai jugak silent reader, tapi tak nak left sebab seronok baca.


Pastu ada la beberapa kali jugak left group Taayah,pastu masuk balik. Memang sunyi la hidup aku masa takde group tu, tapi napa tah,rasa bosan tetiba. So left. Pastu group travel tu pun,aku left. Oh ye,ada sekali tu diorang gado dalam grup travel tu. Ada sorang ni,dia rajin cite pasal kawan baik dia,lelaki la. Pastu ada sorang BBNU ni, umo 21 kot, dia ni jalan merata dah tapi book flight pun suruh orang lain bookkan. Dia penah nak pergi Singapore sekali dengan aku,tapi suruh aku bookkan flight dia, pastu duit dia kata nanti bank in. Nasib la masa tu ada problem,TAC tak sampai2. Satunya,aku tak pernah jumpa dia depan2,satgi dia lesap memang duit aku tak dapat balik la. Keduanya, cara dia suruh tu macam aku orang gaji dia pulak. Huhu. So BBNU ni pergi sound la budak yang rajin cerita tu. Memang kaw-kaw dia bubuh. Yang kena sound tu umo 31 gitu. So dia accept tu secara matang la,mintak maap semua lepas tu left. So admin datang lepas tu marah balik,suruh cakap elok2 kalau tak puas hati pun dan add balik kawan kena sound tadi. Sejak tu memang suasana agak tak harmoni kat group.Aku pun malas nak masuk dah huhu. So dah senyap2 tu, last2 aku left la.


So group travel tu kan ada 2, satu yang serius,satu yang aktif. So yang aktif tu, ada sorang agen insurans. Asyik la tanya bila aku nak amik insurans dengan dia. Aku dah jawab dulu,kalau aku nak,aku akan cari ko. Ni bila dia rasa takde customer kot, dia akan tanya huda bila nak amik dengan aku. Aku macam ergghhhh pompuan ni. Macam paksa2,nak kata BBNU anak dua dah pun. Of coursela, tua dari aku tapi main wechat huhu. Kelakar, sebab wechat ni memang ramai BBNU. Kadang2 bila baca moment BBNU ni rasa nak muntah pun ada.


So back to agen insurans tadi, aku dah malas nak layan so aku jawab je taknak. Pastu datang sorang ni bebel2 kat aku pasal kepentingan insurans. Yang kelakar, dia kata kalau mak ko kena warded camne. Aku macam erk,bukan ke personal insurance tak cover family. Yang tu kena ambik lain kan,takpela aku pun bukan reti sangat. Tapi ayat2 tu,aku dah tau lama dah. Kan aku pernah amik insurans pastu stop,masa aku gi sambung belajar tu. Pastu kat facebook pun berlambak je kawan aku yang jual insurans,kalau aku nak ambik aku pilih je sorang. Motip bebel kat aku pasal insurans macamla aku baru habis sekolah. Sudahnya rimas,aku left je.


Pastu ada sorang lagi budak group aku kena bebel jugak,umo 23 gitu. Dia mesej la aku cakap lepas aku left,dia pulak yang kena bebel. Pastu dia cite la ape yang diorang kata lepas aku left. Sakit hati jugak baca, agen insurans tu kata "takpela huda sihat sampai umo 100tahun". Hangin juga la,tapi malas nak layan. Yang benarnya,aku memang nak amik insurans balik,tapi aku tak nak amik dengan dia. Sebab satunya,aku tak berapa berkenan sangat dengan dia tu. Nanti kalau nak deal dengan dia tapi rasa tak seronok,baik tak payah kan. Seriously,kawan aku ramai je jual insurans. Tapi ayat diorang camni je "wey aku jual insurans,kalau ada sesiapa nak,pm la aku ye". Berhemah la aku rasa dari yang jenis paksa pastu orang tak nak,nak perli2.


Eh dah macam mengumpat pulak.

No comments:

Post a Comment